Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..moga kasih Allah sentiasa membasahi diri abi,umi n khalifatullah jua seluruh umat islam.Kaifa halaku ya khalifatullah?abi arju an takuna fi sihhah.Dah syahadah dah arini?Ingat selalu pesan abi yer..’Ashadu alla Ila ha illallah,Waashadu anna muhammadu rasulullah’..ha camtulah khalifatullah abi n umi.Ingat sentiasa basahkan mulut khalifatullah dengan zikrullah ye,kerana kita semua adalah hamba Allah.
Sedar tak sedar dah 32 minggu dah umur khalifatullah dalam perut umi ye.Bila ingat2kan balik,cepat sangat masa berlalu.Walaupun khalifatullah tak lahir lagi,hakikatnya nama khalifatullah sentiasa membasahi mulut umi n abi.Khalifatullah kan Anugerah n Amanah yang tak ternilai dari Allah.Kerana itu,abi n umi perlu siap2 kan diri untuk pegang amanah ini.Dah banyak juga persediaan yang abi n umi dah buat,dari aspek fizikal jua mental.Abi tahu,khalifatullah ni bukan calang2 orangnya kan,bakal pewaris wasilah rasulullah.Sebab itu,ada juga sedikit rasa berdebar dalam diri abi ni.Yela abi ni insan yang sangat biasa.Tapi InsyaAllah abi kan cuba buat sedaya upaya untuk pegang Amanah dari Allah ini.
Sekadar Muqoddimah dari Abi.InsyaAllah abi akan kunjungi lagi kemudian ari.. Sebenarnya malam ni abi baru je balik dari hospital,kena night round pula untuk posting paedetric ni.Kesian kat umi kena berbuka dengan kawan dia kat hostel sebab abi tiba2 je cancel berbuka kat rumah.Pepun abi tahu imi n khalifatullah memahami kan.Abi tengah member khidmat kerana Allah..Umi n khalifatullah penguat semangat abi.Insyallah..
Sehingga kita berjumpa lagi khalifatullah yer…ingat..jangan lupa zikrullah yer…maa salamah





New Born
No comments:
Post a Comment