Sahabat Setia

Thursday, April 18, 2013

Rutin malam umar dan ahmad






Assalamualaikum wrh.. 

Umar dan Ahmad yang dikasihi kerana Allah swt...

Apa khabar? semoga kalian sihat2 selalu hendaknya.. Rajin ummi updates blog hari ni.. =) Alhamdulillah Allah bagi sedikit masa lapang...

Umar sekarang dah makin besar. Sesekali ummi tengok umar, dan makin tinggi, makin slim, makin banyak patah-patah percakapan umar yang mencuit hati ummi dan abi.. makin pandai fikir.. Alhamdulillah.. Nikmat Allah swt yang nyata. Begitu juga Ahmad. Ahmad juga sentiasa menghiburkan hati. Ada saja keletahnya. Semuanya mahu ikut cara abang Umar. Abang umar lompat2, dia pun lompat2.. abang umar panjat2, dia pun sama panjat2.. Cuma bezanya.. abang umar buat sikit2 sahaja, Ahmad pula lompat tak kira tempat. Bila panjat, pun panjat lebih tinggi dari abangmu Umar...

Begitulah..anak walaupun lahir dari insan yang sama, dididik dengan cara yang sama.. tetapi mempunyai karakter yang berbeza.. Hebat dan unik Allah buat manusia itu...

sekarang ni, rutin malam-malam kita, solat maghrib bersama. Umar pasti mahu sejadahnya di hamparkan lebih ke hadapan dari sejadah Ummi. mahu jadi imam persis abi la tu.. dan adik di suruhnya berdiri di sisi Ummi.. kemudian, selesai solat, Umar akan mengaji iqra.. selepas itu, akan mula membuat latihan ABC atau Huruf 1,2,3 seterusnya.. atau menulis jawi... selesai itu, Umar biasanya akan meminta ummi bacakan buku pendidikan tauhid kegemarannya - I wonders how many dan Allah loves us.. yang ni ahmad biasanya akan take part juga..dia suka tengok cartoon2 yang soleh dalam buku tersebut... =)

pemilihan buku-buku untuk Umar dan Ahmad sebenarnya di buat secara syura dengan abi. Abi dan ummi sama-sama buat carian dari masa ke masa, apa saja bahan bacaan yang sesuai untuk Umar dan Ahmad. adakala tu bahan bacaan atau bahan pendidikan itu mungkin ada berbeza dengan orang lain. tapi itulah dia.. Ummi dan abi ada sebab dan alasan sendiri. Apa jua bentuk pendidikan yang boleh membawa manfaat untuk deen anak-anak, kita perlu bagi ruang untuk mereka memahami deen itu dari pelbagai sudut yang berbeza. namun begitu, tetap tidak boleh lari dari neraca syariat islam dan kaedah tarbiyatul awlad yang diunjurkan oleh para ulamak...(subhanallah mereka yang soleh ini adalah ikutan kita)

ye biasanya, setelah selesai urusan membaca story-book tadi.maka selesailah urusan pembelajaran Umar dan Ahmad malam tu. Biasanya umar akan request untuk tengok cerita2 kesukaannya di Ipad/komputer... 
ummi ikutkan sahaja kehendak umar. Hanya untuk tempoh 30 min, sebelum umar tidur..Adik? adikla paling happy bila dapat tengok cartoon.


ini rutin kita apabila abi locum... tapi jika abi ada bersama kita di waktu malam, lain pulala kisahnya.. =)


No comments: