Sahabat Setia

Thursday, August 27, 2009

Ultrasound Khalifatullah






Assalamualaikum wrh...


Khalifatullah apa khabar hari nie?...Ummi dan abi doakan semoga khalifatullah sentiasa sihat, gembira dan bertenaga, menjalani saki baki kehidupan khalifatullah dalam perut ummi...




Hari ni, ummi rasa agak gembira kerana semalam ummi dapat tengok khalifatullah..Semalam abi bawa ummi ke Pusat Bersalin Barakah untuk follow up check up bulanan. Berat badan ummi sudah naik 2 kg. Sekarang 61 kg. Hem, ummi yang berat atau khalifatullah yang makin besar ni hem...? hehe..tak kisahlah, yang penting anak ummi ni sentiasa sihat kan..usia khalifatullah 32 minggu sudah. Sekarang ni, berat khalifatullah sudah hampir mencecah 2 kg..boleh tahan juga berat anak ummi ni kan.. Bila dr.khairiah sentuh perut ummi, mulanya dia kata khalifatullah taklah besar sangat..Tapi bila di scan..rupanya agak besar juga.. Khalifatullah ikut abi ke ni..? Abi dulu pun besar masa di lahirkan...Abi anggarkan berat khalifatullah masa lahir hampir 3.4 kg..barangkali... Apapun, ummi tak kisah berapa berat yang perlu ummi tanggung untuk bawa khalifatullah.. Asalkan khalifatullah selamat dan sihat sejahtera...




Semalam wkatu di scan, abi kata nampak khalifatullah sedang angkat jari telunjuk.. pula tu, asyik dongak-dongakkan kepala sampai rapat ke dinding rahim.. Hem..musykil ummi..apa agaknya yang khalifatullah sedang buat tu ek..? abi kata khalifatullah sedang solat terawih..hehe..lucu pula rasanya..Solehnya anak ummi dan abi ni.. Insya-Allah, semoga khalifatullah lahir sebagai anak dan hamba Allah swt yang taat beribadah kepadaNya...




Hari ni, ummi lenguh sangat-sangat satu badan..terutamanya bahagian belakang. Mungkin ini kesan dari ubat kancing gigi yang disuntik semalam..Berat betul rasa badan ummi hari ni.. Tambah lagi dengan situasi puasa, buatkan ummi rasa nak baring saja sepanjang masa. Tapi baring pun tak menghilangkan lenguh...hem..bila khalifatullah gerak-gerak, terhibur hati ummi.. Hilang rasanya sakit dan lenguh tu.. Untuk kesihatan dan kebaikan khalifatullah.. Ummi tak kisah sakit sikit pun...insya-Allah ummi tahu, Allah sediakan pahala untuk orang yang sabar.. 




Kat sini, ummi letakkan gambar ultrasound dari awal khalifatullah berada dalam perut ummi iaitu seawal 9 minggu. Masa ni, mula2 kami tengok khalifatullah...sangat kecil seperti satu gumpalan daging.. Melihatkan ada denyut nadi lain dalam perut ummi, ummi rasa sangat tersentuh mengenangkan kebaikan dan kemurahan Allah swt, mengurniakan khalifatullah buat ummi dan abi...Begitulah Allah swt dengan sifat Ar-rahim dan Ar-rahmanNya...




Dari bulan ke bulan, khalifatullah ummi ni semakin membesar.. Abi selalu ingatkan ummi untuk letakkan Al-quran Digital yang abi hadiahkan, dekat perut ummi..agar khalifatullah membesar dengan alunan ayat-ayat Allah swt...Harapan abi terhadap khalifatullah, sangat tinggi.. Melihatkan kesungguhan abi, ummi sendiri rasa tersentuh.. Mungkin ummi pun tak seperti itu dalam bab kesungguhan.. Ummi yakin, waktu itu..abi telah bersedia untuk menerima kehadiran khalifatullah lebih dari persediaan ummi sendiri....




Khalifatullah.....




Semalam legala hati ummi mendengar penjelasan dr.khairiah..dia kata, insya-Allah khalifatullah dalam keadaan yang baik dan sihat.. Abi pun lega bila ummi lega.. Kasihan abi setiap kali perlu melayani karenah ummi dengan soalan-soalan yang tak pernah berpenghujung...Tiada awal dan akhirnya... Alhamdulillah, Allah kurniakan abi kesabaran yang tinggi...




Hem..hari ni abi oncoll lagi..Tinggal kita berdua saja... Khalifatullah temankan ummi na.. Malam ni, kita dengar nasyid kesukaan khalifatullah.. Nabi Ibrahim...










No comments: