Sahabat Setia

Thursday, September 3, 2009

Khalifatullah 33 minggu..

Assalamualaikum khalifatullah...

kaifahaluka ya nurel 'aini ( cahaya hatiku )...semoga hendaknya khalifatullah dalam peliharaan Allah swt sentiasa. Sihat sejahtera, ceria dan bahagia. Semalam, khalifatullah telah mencapai usia 33 minggu. Mengikut perkiraan ummi dan abi dari ultra-sound yang Doktor buat dulu. Namun, usia sebenar khalifatullah, hanya Allah yang lebih mengetahui..

Hm..sudah 3 hari rasanya ummi tak menulis untuk khalifatullah kan. Maafkan ummi. Beberapa hari ni, ummi agak sibuk sedikit. Hambatan masa yang mencemburui waktu ummi bercerita dan memberi perhatian lebih pada khalifatullah..Alhamdulillah, tadi ummi telah menyelesaikan test law of equity dan juga presentation client counseling. jazakallah khalifatullah menemani dan memberi kekuatan pada ummi. khalifatullah dah mainkan peranan seperti abi pula kan..hehe


Dua hari yang berlalu, ummi dan abi kerisauan juga. Mana tidaknya, khalifatullah kurang sangat gerak. Less movement and less kicking than before. Kenapa ni sayang..? Khalifatullah buatkan ummi bimbang saja tau..atau mungkin khalifatullah penat kerana disiang hari ummi berpuasa. Tapi insya-Allah ummi yakin, berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan keperluan pemakanan khalifatullah kan. Bila berbuka, ummi akan makan sedikit nasi kerana malam nanti, ummi perlu makan nasi lagi untuk makan vitamin obimin, itu sebetulnya keperluan zat khalifatullah..


Cerita tentang vitamin obimin ni sangat menyeramkan bagi ummi. Salah gaya makan, akibatnya menyebabkan sakit perut, cirit-birit, muntah, sakit kepala dan juga sakit kaki..kenapa kesannya sebegitu rupa, ummi pun tak tahu. Penyelesaiannya, ummi tak boleh makan vitamin tu jika perut ummi kosong. Perlu makan nasi terlebih dahulu..Hm.agaknya kerana itulah khalifatullah ni berat juga kan..? hehe..tak mengapa..senang hati ummi dan abi melihat khalifatullah membesar dengan sihat dan sempurna..


Agaknya, pemikiran ummi tidak jauh. Setiap kali khalifatullah kurang gerak, ummi akan beranggapan khalifatullah kurang sihat. Sedangkan abi kata, ada waktunya khalifatullah akan aktif dan ada waktunya khalifatullah akan banyak tidur dan rehat. Benarkah? Walaupun begitu penerangan abi, hati ummi tetap selalu dalam kerisauan. Tapi bila difikirkan kembali, apalah ertinya hidup bertuhan jika kita tidak mahu bertawakkal kan..? Barangkali, ummi kurang cakna dengan konsep tawakkal'alallah...


Hari ni, lepas berbuka, alhamdulillah khalifatullah banyak juga gerak-gerak.. Bila ummi letak gelas sejuk kat perut ummi, khalifatullah pun gerak macam menolak gelas tu. Alhamdulillah..Lega sikit hati ummi bila khalifatullah merespon. Masa ummi cakap dengan aunty hana by phone pun khalifatullah gerak-gerak..itu tandanya apa? itu tandanya khalifatullah dah cam suara ummi kan? hehe..Hari ni abi oncoll, khalifatullah temankan ummi lah yea..Khalifatullah kan anak lelaki..anak lelaki perlu kuat kan..? Hari ni Allah izin ummi penat sangat-sangat. Kebetulan banyak pula yang perlu ummi uruskan termasuk permohonan wang ehsan dari kerajaan selangor untuk membiayai pembelajaran diploma ummi. Berbuka pun ummi tak sempat sediakan makanan yang sepatutnya. Ikutkan hati ummi, mahu saja ummi makan maggi..Tapi abi kata, kasihan pada khalifatullah..hm. Untuk itu ummi makan buah mangga dulu. sekejap lagi ummi makan nasi ye..


khalifatullah..
semoga khalifatullah sentiasa di bawah payungan rahmat Allah swt. Doa ummi dan abi agar khalifatullah kelak akan menjadi anak yang soleh yang sentiasa menyintai Allah dan Rasul serta bakal menjadi pemuda yang menyintai ilmu..




salam sayang..


Ummi dan Abi..



No comments: