Assalamualaikum wrh...
Apa khabar anak ummi dan abi? Semoga sentiasa dalam payungan rahmatNya..Dialah Allah, yang wajib disembah, diyakini..yang MAHA ESA..
Semalam 27 Sept 2009, awal pagi abi dah bawa ummi ke Pusat Bersalin Barakah untuk routine medical check-up.. Alhamdulillah, semuanya baik belaka. Seronoknya dapat tengok khalifatullah mll mesin ultrasound tu. Dah besar dah anak ummi abi nie. Cumanya, khalifatullah tak jauh sangat beza berat dari 2 minggu lalu..2 minggu lalu berat khalifatullah 2.3 Kg tapi minggu ni cuma 2.4 + kg saja melalui perkiraan scanning tu..
Abi kata ukuran berat tu dibuat berdasarkan ukuran pada tulang. Tak accurate pun..tak mengapalah..Asalkan khalifatullah sihat-sihat saja kan. Semalam juga, abi n ummi berhajat nak tengok muka khalifatullah, jadi doktor khairiah buat Ultrasound 4D..dapatlah ummi abi tgk sikit2, cumanya khalifatullah asyik tutup muka ngan tangan saja..Lama doktor khairiah try adjust supaya khalifatullah alihkan tangan tu, tapi tak juga alih2...Asyik gerak-gerak kepala, tapi tak alihkan tangan...Semalam juga, ummi abi nampak jari-jari khalifatullah, nampak hidung, mata...ummi rasa2 hidung khalifatullah macam hidung abi la..tapi abi pula musykil..hehe.tak mengapa, betul atau tidak, kita sama2 tunggu dan lihat na...
Khalifatullah sekarang dah 36 minggu lebih. Insya-Allah tarikh kelahiran khalifatullah masih lagi fix pada tarikh asal dulu iaitu 23 October 2009.. Insya-Allah lebih kurang 3 minggu saja lagi kan. Tak sabar pula ummi dan abi menanti saat tu..Semoga Allah swt pertemukan kita di alam nyata..
Selesai di Kelang, Abi bawa ummi jalan-jalan kat Mid Valley..Seronok betul hati ummi. Maklumla malam sebelum tu kami tak sempat nak jalan sepuasnya sebab tak hari malam. Jadi abi gantikan pada pagi ahad semalam. Alhamdulillah, dapatlah ummi abi belikan baju untuk khalifatullah..Kami survey2 stroller, baby carrier..dan bandingkan harga di kedai dengan harga online..Insya-Allah, kalau ada rezeki khalifatullah....adala tu nanti...Ohya, nanti jangan lupa ucapkan jazakallah pada abi yea. Sangat pemurahnya hati abi belikan macam-macam keperluan yang terbaik untuk khalifatullah...Semoga Allah merahmatinya...






New Born
2 comments:
Alhamdulillah...khalifatullah sudah makin besar. apa khabar anti bersama khalifatullah? semoga selamat melahirkan & dikurniakan bayi yang comel seperti abi wa umminya..amin.
seronok ana membaca tulisan diari anti sedari mula khalifatullah dikurniakan Allah.
salam.alhamdulillah.kami berdua sihat.maafkan, ini siapa ye?..
jazakillah sudi luang masa disini.doakan ana selamat melahirkan khalifatullah
Post a Comment