Khalifatullah yang sentiasa dikasihi..
Semoga sentiasa dalam payungan Rahmat Allah swt...
Apa khabar anak ummi dan abi? Hari ini, barulah berkesempatan untuk ummi coretkan hari yang ummi dan abi lalui bersama khalifatullah. Hari pertama iaitu hari kelahiran khalifatullah, adalah hari yang amat panjang buat kami berdua. Menanti saat-saat kelahiran khalifatullah, dalam ujian kesakitan yang Allah beri..hampir-hampir ummi putus asa. Alhamdulillah Allah berikan abi kesabaran yang tinggi untuk terus bagi sokongan pada ummi. Khalifatullah, benarlah kata orang, jika belum pernah kita bergelar ibu dan bapa, kita tidak akan mengetahui betapa besarnya pengorbanan yang mereka lakukan buat kita. Apa yang ummi lalui, benar-benar satu tarbiyah yang besar dalam hidup ummi..kesakitan itu hilang serta merta bila melihat saja khalifatullah lahir dengan selamat dan sihat. Bila Dr.Khairiah letak saja khalifatullah atas perut ummi, terus hilang segala kesakitan tadi. Ummi dengar abi bertakbir melihat khalifatullah lahir..Sungguh benar, anak itu adalah anugerah Allah swt yang cukup besar...
Bagaimana khalifatullah setelah itu, ha itu khalifatullah perlu tanya pada abi la yea. Abi yang menyaksikan bagaimana khalifatullah lahir sehinggalah khalifatullah datang kepangkuan ummi dalam keadaan yang sudah bersih dimandikan..Sayup2 dengar khalifatullah menangis...
Hm..
Hari ni dah masuk hari ke-4 khalifatullah di sisi ummi dan abi. Alhamdulillah, kami sangat gembira dengan kehadiran khalifatullah. Khalifatullah tak banyak ragam, cumanyaa....hm khalifatullah suka jaga malamlaa..macamana nak buat yea. Abi yang cuti tu pun terpaksa oncoll di rumah kerana menjaga khalifatullah..hehe..Puas sudah kami cari ikhtiar agar khalifatullah berjaga siang dan tidur nyenyak di malamnya. Tapi segala formula kami tak menjadi. Hai khalifatullah..khalifatullah... =)
Melihat saja wajah khalifatullah,
ummi selalu terfikir, bagaimanalah agaknya corak didikan ummi dan abi nanti...Khalifatullah adalah amanah yang cukup besar dari Allah swt..berdosa jika amanah ini terabai. Bimbang sangat hati ummi sekiranya dalam kesibukan harian ummi dan abi, kami ada melalaikan hak-hak khalifatullah.. besarnya peranan ibu dan bapa. Smg Allah swt permudahkan...
Khalifatullah...
Semoga menjadi anak yang soleh yea....
nanti ummi sambung coretan lagi..salam sayang





New Born
4 comments:
Salam Anis..tahniah ya..
Subhanallah...sungguh cute baby. Alhamdulillah, ibu + anak semua selamat.
Tahniah Anis. Semoga dgn kelahiran baby ini menambah keserian dlm family Anis.
salam..
nampaknya anti pun dah merasai pengalaman berjaga malam melayani si kecil..biasalah tu anis..dari pengalaman ana..sebulan pertama..mmg malam macam siang..siang pulak mcm malam..hehe..tapi semakin dia membesar..semakin banyak perubahan yang akan kita nmpak..ana dulu pun terfikir..bilala nk dapat tidur malam dgn lebih teratur..rupanya..sampai msanya..baby akan lebih kerap tidur malam dr siang..dlm babycentre ckp,skrg baby xtahu bila siang n malam...semakin mmbesar..dia mula membentuk jadual tidurnya..dzaatin mula tidur malam dengan lenanya sejak berusia 3bln..sebelum tu mmg kerap nk brjaga n nak men2..hehe..semoga allah bantu anis dan zauj sabar melayani karenah si kecil..amat berharga hari2 yang kita lalui bersamanya..
salam anis... hm, dh rs pengalaman seorang ibu baru kan... skrg mmg rs agak sukar sbb kita blum biasa... lm2 kt boleh biasakan diri insya'Allah... baby msh blum blh sesuaikan diri dgn persekitaran baru dia, so kt yg kn sesuaikan diri kt dgn alam baru dia... mcm akak dulu, dh jd cm baby blk... bl anas tdo, akak akan tido sm, bla dia bgn, xde la letih sgt nk layan dia... tmbh plk anis msih baru, letih lg kan... seminggu awal mmg sgt2 meletihkan... dh sebulan nnti, biasa dh, insya'Allah...
baby biasanya ssh tido mlm ms dlm pantang... Anas kan, elok2 genap 44hr bpantang, terus tido lena... sejak tu mmg sgt senang jaga dia... mcm skrg ni, siang byk main, mlm lps maghrib terus tido smpai subuh...
salam ..
aisyah..jzkillah.anti duk serdang dekat je ngan putrajaya, dtgla umah anytime..ehe
laila..ana mmg hajat sgt nasihat2 dan crita2 anti jika ada persamaan dgn situasi yg ana hadapi.sekurg2nya ana tahu mcmn utk tangani kan.jzk anti..
kak shira..btul tu kak. anis msh dlm proses penyesuaian lg. tmbh2 lagi masih dlm pantang,kdg2 terasa proses taaruf dgn bby tu agak ssh. Tp insya-ALlah mmg menyeronokkan berkenalan dgn mujahid baru ni.. =)
Post a Comment