Sahabat Setia

Monday, October 5, 2009

Khalifatullah 37+ Minggu



Assalamualaikum wrh...

Khalifatullah.
Maafkan ummi sudah lama tidak update catatan buat khalifatullah...Akhir-akhir ini banyak sungguh-sungguh taklifan dan kewajiban yang perlu ummi utamakan..terpaksa ummi tangguhkan catatan ummi disini. Bagaimana keadaan khalifatullah disana?..Semoga sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur..

Pagi ahad lalu, abi seperti biasa bawa ummi untuk check-up di Pusat Bersalin Barakah..Abi masih kepenatan baru pulang dari oncoll semalaman di Hospital..kebetulan Allah izin ramai pula pesakit Dr.Khairiah hari tu..hampir sejam setengah ummi dan abi menunggu giliran. Selalu tu cepat saja kami dapat jumpa doktor. Abi sampaikan tertidur di sofa dek kerana lama menanti..Kasihan ummi lihat abi..Dalam kepenatan post-call, sangat-sangat dia ambil berat keadaan kita berdua..Khalifatullah nanti taatilah abi yea...

Kali ini, tidak lama waktu consultation dengan doktor khairiah...Doktor cuma check tekanan darah ummi, bertanyakan bagaimana pergerakan khalifatullah dan juga rutin biasanya, ultra-sound untuk lihat keadaan jantung khalifatullah.. Alhamdulillah,doktor kata semuanya dalam keadaan yang baik.. Kali ini juga, doktor khairiah check perut ummi, khalifatullah dah turun ke bahagian Pelvis sekitar 4/5..Doktor banyak terangkan keadaan tu, cuma ummi kurang faham sangat kerana banyak dia menggunakan term2 medic.. Alhamdulillah abi sangat memahami. Dalam kereta, pada abi ummi minta penjelasan lanjut. Kata abi, bila kedudukan khalifatullah 3/5 dalam bahagian pelvis, itu tandanya khalifatullah sudah engage dan sedia dilahirkan..doktor kata tadi sebelum kami pulang..sekarang, baby sudah sedia dilahirkan bila-bila masa. 37 weeks, baby is mature enough and lets baby decide when to deliver..hai anak ummi abi nie...bilala dapat kita bersua?

khalifatullah,
menanti 2minggu terakhir ni, ummi dan abi makin tak sabar rasanya. Setiap malam ummi berharap akan segera lahirkan khalifatullah..tapi Allah itu lebih mengetahuikan..? Abi kata, Allah menyusun yang terbaik buat kita..hm nampaknya perlula ummi tambahkan lagi kesabaran ummi ni. patutlah ummi lihat kawan-kawan ummi dulu begitu tidak sabar bila menjelang minggu-minggu terakhir kehamilan, rupanya begini perasaan itu..Baru ummi sedari betapa perasaan rindu untuk melihat wajah khalifatullah sangat2 menebal dalam diri ummi..
 

Baiklah khalifatullah, ummi sambung lagi nnti..Berdoalah kepada Allah, semoga Allah swt mempertemukan kita dalam keadaan yang sejahtera dan sihat serta dalam keselamatan deen ini..Amin..

No comments: