Assalamualaikum wrh..
Umar yang Ummi dan abi cintai...
Hari ni, umar dah 14 hari bersama ummi dan abi. Alhamdulillah, sungguh seronok mengenali telatah dan sifat-sifat yang semakin develop dalam diri Umar.. Umar sekarang dah makin berat. Cuma berapa berat sebenar umar, ummi dan abi belum berkesempatan untuk pergi timbang lagi. Umar ni bila abi tak ada di rumah asyik tidur saja, bila abi ada..pandai pula celik mata kan.. Sehari dua ni, bila tidur saja Umar selalu bunyi-bunyi suara. Kadang-kadang senyum sendirian, kadangkala berkerut-kerut dahi, kadangkala juga macam menangis. Agaknya apalah yang Malaikat penjaga Umar ceritakan pada Umarkan..terhibur hati ummi dan abi tengok Umar bila tidur. hi3..
Sementara tunggu Umar tidur, ummi sempat baca tulisan Pakcik Rosdi berkenaan Tarbiyatul Aulad dalam Islam. Alhamdulillah, molek benar untuk dijadikan panduan buat ummi dan abi...
Menanamkan kecintaan kepada Allah
Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.
Kesimpulannya ialah “bahawasanya Iman kepada Allah itu adalah asas perbaikan anak-anak , dan pokok pendidikan akhlak dan jiwa. Tegasnya, bahawasanya tanggungjawab pendidikan keimanan ke atas para pendidik, para ibu bapa, adalah suatu tanggungjawab utama dan amat penting sekali, sebab di situlah tempat sumber segala macam kebajikan, dan tempat timbulnya segala macam kesempurnaan. Bahkan dia itulah tiang asas bagi kemasukan seseorang anak ke dalam benteng dan lingkungan Iman dan Islam. Tanpa pendidikan ini, seseorang anak itu tidak akan mahu menjalankan tanggungjawabnya, dan tidak dapat bersifat amanah, tidak tahu arah dan tujuan, tidak akan menggambarkan dirinya sebagai seorang manusia mulia.
Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah
Secara fitrah setiap anak sebelum mencapai usia baligh mempunyai kecenderungan untuk mencari dan mencontohi seorang yang yang dianggap unggul untuk dijadikan ikutan baginya. Di dalam tarbiyyah Islam para bapa dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan fitrah mencari qudwah ini dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai insan mithali pilihan Allah SWT, yang memiliki keperibadian dan sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh manusia lain.
Jalan-jalan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW
· Membacakan dan menggalakan anak menghafaz hadith-hadith
· Jelaskan kepada anak kedudukan dan kepentingan Allah mengutuskan Rasulullah dan para Rasul
· Membentangkan sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah dalam memimpin manusia keluar dari kesesatan
· Ajarkan dan galakkan anak salawat atas Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.










New Born
No comments:
Post a Comment