Assalamualaikum wrh...
Semoga kehidupan kita sentiasa dibawah payungan Rahmat Allah swt...Setinggi-tinggi kesyukurkan ke hadrat Allah swt..pentadbir sekalian alam..Maha suci Allah yang menjadikan kita sebaik-baik ciptaanNya..
Umar yang sentiasa dalam doa ummi dan abi...
Di kampung tempoh hari..ummi sempat menziarahi sahibah-sahibah ummi di tapak KEM ANAK SOLEH..di pantai melawi.. Ramainya yang masih setia disana..Kak aisyah, amirah, afwa..hajar, nurul, atiqah..maryam dll...Sungguh gembira rasanya dapat bertemu dan duduk bersama-sama mereka setelah sekian lama kesibukan masa menjarakkan kami. Mereka ini adalah teman-teman akrab ummi yang dulunya pernah bersama-sama ke sana-ke mari ..berusrah bersama..rehlah..bermukhayyam....ukhuwah itu masih lagi ummi rasakan hangat dan mekar meskipun masa telah berlalu...Alhamdulillah..Mereka masih lagi komited melaksanakan kerja-kerja membangunkan ummah....
First time umar dapat rasa pasir pantai...
macamana rasanya umar ??
Suka yea....
Umar...
Ada orang kata..kerja ini kerja yang sia-sia..kerja ini kerja yang hanya dilambung angan-angan yang panjang..
kerja ini..tiada keuntungannya..kerja ini hanyalah untuk orang-orang yang merasakan diri mereka baik dan bagus...itu semua..tenulah sama sekali tidak benar umar...ini hanyalah alasan-alasan bagi mereka yang tidak mahu bersama-sama dengan angkatan dakwah..padahal umar..kerja ini subhanallah sangat besar nilainya disisi Allah swt...Kita sedang mengikuti toifah nabi umar...maka adakah mengikuti toifah nabi saw itu dikatakan kerja yang sia-sia ?
Umar..kelak, kita bersabarlah..Kita bukanlah insan yang sempurna..Proses tarbiyah itu akan terus berjalan dalam kehidupan kita sehinggalah kita dipanggil pulang ke sisi Allah swt...Ummi mengingatkan diri ummi dan abi..tidak boleh jemu bersama-sama dengan angkatan ini..kata Allahyarham Ustaz Musafa Masyhur..'biarpun jalan dakwah dan tarbiyah itu panjang..kita akan merintisnya perlahan-lahan..."....
Marilah kita menjadi orang-orang yang sabar berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini...
Berkorban masa, tenaga dan mencurah kemahiran...
Sehingga disini dulu catatan ummi..ummi abi doakan semoga umar sentiasa sihat, ceria dan dipermudahkan proses pembesaran umar...





New Born
1 comment:
Cinta sangat pada tulisan ibu yang punya harapan pada masa depan dakwah anaknya... =)
Insya-Allah..Bersama-sama kafilah Rasulullah saw..betul tu anis.kita semua masih dalam proses tarbiyah..Proses yang memakan masa bertahun-tahun lamanya.. ingat tak kata makcik bib..Proses tarbiyah itu ada permulaannya tetapi tiada penghujungnya..Semoga Allah kasih pada kita sepertimana Allah kasih pd orang2 yang soleh..
Post a Comment