Sahabat Setia

Monday, June 7, 2010

Misi yang belum berakhir..

 More matured..8 months to be..


Bismillahirahmanirahim..

Umar Al-Fateh yang ummi dan abi kasihi..
Lewat waktu-waktu ini Allah izin sungguh sibuk ummi dan abi..beberapa siri peristiwa yang berlaku di sekitar kita, ummi dan abi merasa terpanggil untuk turut serta bersama-sama sahabat-sahabat kami menghadapi saat-saat ini. Umar tahu, Alhamdulillah pasukan misi kemanusiaan Gaza telah selamat kembali ke tanah air, ekoran dari insiden penahanan para aktivis ini dari atas kapal konvoi Mavi Marmara..oleh yahudi Zionis Laknatullah.. yang nyatanya kepulangan ini bukanlah satu titik nokhtah kepada perjuangan pembebasan dan bantuan terhadap penduduk Al-aqsa..bahkan ia hanya permulaan..ummi dan abi yakin, darah-darah perjuangan itu akan terus hangat mengalir dalam jiwa mereka sehinggalah kepuasan yang sebenar bila kita dapat menundukkan yahudi itu Umar..

Jika mengikut cerita-cerita mereka, nyatalah yahudi israel sebenarnya suatu bangsa yang paranoid serta sangat penakut.. mereka takut walau hanya pada pancutan air yang pelahan, takut pada sinaran lampu spotlight kapal, bahkan kata Dr.Syed Haleem, bila mereka tenung muka para tentera israel, mereka terus melarikan mata mereka ke arah lain seakan-akan orang yang dalam ketakutan.. Mereka tiada kekuatan. Yang mereka ada hanyalah sniper-sniper serta laras-laras senapang...Subhanallah, orang-orang yang tidak beriman kepada Allah swt itu sbnrnya mereka tiada kekuatan apa-apa..cuma hari ini, ummat islam diserata dunia, rata-ratanya dilekakan serta dalam tidur yang panjang....
Insya-Allah...Bila ummi dan abi lihat semangat-semangat waja para mujahid Allah di atas kapal mavi marmara, terasa sungguh cemburu..Alangkah kuatnya mereka. Bahkan itulah dia tamrin yang sebenar..Barulah disana kita dapat lihat, siapakah yang benar-benar mampu dan menyahut seruan jihad di bumi Palestin. Jika umar tahu, mereka yang pergi ke sana, bukan hanya seorang aktivis, bukan hanya relawan biasa, bukan juga hanya pencinta misi-misi kemanusiaan..tetapi lebih dari itu mereka adalah orang-orang yang ikhlas yang yakin dengan janji-janji Allah bahawa kemenangan itu adalah milik orang islam dan melalui tarbiah yang konsisten...mereka menjadi individu yang memburu syahid..hati mereka rindu kepadanya..

Dari suatu sudut lainnya, ummi dan abi lihat..dari insiden ini, kita dapat mengetahui dan membongkar rahsia muslihat Israel. Bagaimana mungkin mereka mengatakan bahawa pasukan konvoi telah memasuki perairan negara mereka sedangkan Jika mengikut Dr.Syed Haleem yang merawati tentera israel tentera mereka sendiri dengan tidak sengaja mengatakan bahawa ini adalah perairan antarabangsa, mustahil mereka boleh mendapat bantuan perubatan dari mana-mana negara..Disitu mereka sendiri mengakuinya, justeru itu..ummi rasa..Kali ini..jika benar bantuan dan peranan media itu ada..insya-Allah kejahatan dan kezaliman mereka akan terus tersebar di benak pengetahuan masyarakat sivil amnya...insya-Allah...

 Makan potatoes..


Sudah kenyang..alhamdulillah..




Semoga bertemu lagi...Barakallahufikumm..

1 comment:

Maryam said...

salam..
Alhamdulillah..semangat jihad yang terus membara...insya-Allah, mudah-mudahan terus menular intifadhoh ke3 ini..

khaibar khaibar ya yahud..jaisyu muhammad saufa ya'ud..