Assalamualaikum umar...
Semoga Allah sentiasa memberikan umar kesihatan yang baik..
Yea umar...hari ni 1 Ramadhan...Alhamdulillah, jika tahun lalu umar menemani ummi berpuasa hanya dalam tummy ummi..tahun ni Allah izin, dapatlah kita menjalani bulan ramadhan ini bersama-sama..Bulan ini adalah bulan rahmah..Bulan yang penuh dengan limpahan cinta dan rahmah Allah swt..Bulan ini adalah bulan barakah yang sungguh istimewa..Kebaikannya adalah yang terbaik di antara seribu bulan...Inilah dia umar...bulan yang sangat dirindui oleh Rasulullah saw dan para sahabat..Sehinggakan apabila kedatangannya..mereka tersenyum dan bergembira sambil mengucapkan 'ahlan ya ramadhan..ahlan wa sahlan.."..mereka rindu pada kedatangan bulan ini sehinggakan apabila sampai ke akhir ramadhan Rasulullah saw dan para sahabat pun menangis...subhanallah umar...begitulah hebatnya bulan ramadhan ini di hati Rasulullah saw dan para sahabat...
Umar tahu...
Di bulan, para ulama dan orang-orang soleh bertebaran dan berselerakkan mendiami kota Mekah..mereka mahu berada di tempat yang paling dekat disisi Allah swt..di waktu inilah, kota mekah sungguh bercahaya..bergema-gema suara Imam mengimami solat terawih..sungguh mendayu-dayu bacaannya umar.. Untuk apa ini semua..?...semuanya mahu sangat dekat dan sangat akrab dengan Allah swt... Di awal bulan ramadhan adalah rahmat..dipertengahannya adalah magfirah dan di pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka....
Umar Dan Vespanya..
Vespa untuk pergi solat terawih..
Rajin2 pergi solat terawih ye nak..
Umar...semoga Allah swt mengurniakan kita lebih energy untuk melaksanakan ibadah di bulan ramadhan ini... Jika tahun lalu, alhamdulillah meskipun sedang sarat mengandungkan umar, Allah beri kekuatan untuk ummi solat terawih penuh di masjid meskipun abi oncoll....tahun ini, em mudah-mudahan lebih lagi sebab umar sudah lahir kan..cumanya ummi masih berfikir panjang kerana melihatkan potensi umar sekarang...ya Allah..nanti menganggu jemaah solat yang lainnya...hehe..Maaf ummi beranggapan begini..kerana sememangnya umar sangat aktif ! ..sukar ummi nak sekat2 kamu mar...ada saja benda yang hendak umar buat....
Umar....
Minggu ni, umar sudah masuk genap 10 bulan..subhanallah..sudah besar anak ummi abi...
Sewaktu hari lahir ariff..
Adik beradik asuhan bersama opah..
9 Month Umar..
Isbir ya Umar..
Anak lelaki tak boleh menangis..
Sehingga disini dulu catatan ummi...Sebagai pengakhiran, ummi tinggalkan umar dengan petikan mutiara nasihat dari UMMU ANAS..berkenaan ramadhan..
Pemuda-pemudi yang bertakwa!
Sebagai kesimpulan, semoga pada Ramadhan tahun ini kita mampu menyemak dengan teliti satu-persatu secara menyeluruh sudut-sudut yang berkaitan kesempurnaan ibadah puasa. Semuanya perlulah benar-benar berkualiti;
Bermula dengan sahur hinggalah kepada berbuka yang teratur dengan baik.
Memersihkan pancaindera dari pandangan terlarang,
Pendengaran kepada perkara tidak berguna,
Perkataan dan tindakan sia-sia.
Kemudian perbanyakkanlah;
Zikir dan doa,
Tingkatkan ibadah malam,
Bersungguh-sungguh menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
Sebagai kesimpulan, semoga pada Ramadhan tahun ini kita mampu menyemak dengan teliti satu-persatu secara menyeluruh sudut-sudut yang berkaitan kesempurnaan ibadah puasa. Semuanya perlulah benar-benar berkualiti;
Bermula dengan sahur hinggalah kepada berbuka yang teratur dengan baik.
Memersihkan pancaindera dari pandangan terlarang,
Pendengaran kepada perkara tidak berguna,
Perkataan dan tindakan sia-sia.
Kemudian perbanyakkanlah;
Zikir dan doa,
Tingkatkan ibadah malam,
Bersungguh-sungguh menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
assalamualaikum...












New Born
4 comments:
Subhanallah..nasyid ni sangat nostalgic..
Assalamu'alaikum wbt ya Ukht Anis,
awwalan,nk ucap selamat berpuasa pada kak anis & usrah..insyaAllah,moga2 Ramadhan kalini adalah yang lbih baik dr yang sebelumnya...
kak anis,camner nk upload nasyid dlm youtube tapi kecik kan letak kt tepi cam kak anis tue...
actually,dh lama jadik silent reader dlm blog akak....huhuhu
oklah,kim slm syg kat umar eaa...
AL-FAQIIRU ILA ALLAH,
NIK KHADIJAH BINTI HJ NIK MOHD YUSOFF
X-SMKAM 2005
salam..
anonymous - =)..nasyid ini mmg banyak memori..
khadijah.. - salam ramadhan juga buat anti.ada juga kak anis dgr khabar dr kak sumayyah. em.kak anis cuma guna dari website mixpod.com.anti boleh cuba disana insya-Allah..
Salam Ramadhan buat kak Anis sekeluarga (:
Umar al-Fateh juga. selamat berpuasa. hihi.
semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua.
Post a Comment