Sahabat Setia

Sunday, September 19, 2010

Pemergian Seorang Murobbi..(2)

Bismillahirahmanirahim....
Maha suci yang Allah swt yang menjadikan kehidupan hamba sempurna dalam iman dan islam...


 Beliau bukan sekadar seorang murabbi bahkan seorang mursyid,Qaid sekaligus merangkap Mudir di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH sejak ia ditubuhkan,bahkan beliaulah pengasasnya.Jasa beliau dalam membentuk dan mendidik masyarakat tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

(Gambar dari Syibudin Ahmad)

"..Ustaz Dahlan bukan sekadar seorang peribadi..tetapi dia adalah sebuah institusi..." [ Dr.Zamrin Dimon ]..


Umar, 
kerana umar tidak berkesempatan bertemu dengannya, mengenalinya..ummi abadikan kisahnya disini agar insya-Allah nanti ia menjadi rujukanmu..juga rujukan ummi dan abi sendiri bila kami sudah tua nanti...kisah2 dari pengalaman tarbiah generasi tua adalah suatu kisah yang tidak akan luput dan tidak pula dilupakan. Bahkan ia akan terus menjadi obor dan membakar semangat generasi muda...inilah yang Ustaz katakan dulu, kalau kita nak berada lama di atas jalan ini, kita kena sabar, kena cari orang2 yang lagi tua, yang lagi berpengalaman, yang lagi lama berada di jalan ini..


Memang benar, UDMZ adalah sebuah institusi..Ketika dia berada di ward, jururawat di sana, kehairanan dan tertanya-tanya..siapakah sebenarnya UDMZ..kenapa tidak putus-putus orang menziarahinya, dari golongan doktor-doktor pakar yang datang dari pelbagai hospital di Malaysia, jurutera, arkitek, guru, ustaz, businessman, pensyarah...mereka datang dari segenap negeri demi menziarahi seorang orang tua yang terlantar tidak sedar di katilnya...Mereka berjumpa sekejap sahaja kemudian pergi. Perjalanan lebih lama dari masa mereka berjumpa Ustaz...Inilah dia Ustaz Dahlan. Dia hanyalah seorang Generasi Tua yang biasa tetapi subhanallah...sentuhan didikannya yang penuh tarbawi melahirkan kader-kader dakwah..Sehinggakan umar...kata atuk..sesiapa sahaja yang berada disisinya..pasti merasakan keindahan akhlak dan syaksiahnya....Dari dirinya dan fikrah yang ditanam..terbinanya sekolah-sekolah, klinik, pusat bersalin, koperasi..dan kini..sebuah kolej...kerana itu Ustaz bukan sekadar individu..bahkan dia adalah institusi...




 Ustaz melalui pelbagai mehnah dalam laluan dakwahnya.. Sehinggakan pada awal usahanya dahulu dia pernah dikatakan sebagai membawa ajaran sesat lantaran membina sekolah ditengah-tengah hutan getah bahkan, ada sahabat-sahabatnya sendiri mempersoalkan.. mengapa surau yang dibina terlalu besar?sedangkan yang menjadi pelajar mereka pada ketika itu hanya beberapa orang sahaja yang boleh dikira tanpa mengangkat jari?..waktu ini umar...tiada siapa yang mengetahui hakikat sebenarnya dari surau itu terdiamnya jiwa-jiwa yang sedang dididik oleh ustaz..bermula dari beberapa orang, sehinggalah jumlah itu semakin bertambah dan akhirnya kini itulah dia MATRI...kekal sebagai lubuk tarbiah bagi generasi baru dan ia juga adalah lubuk tarbiah bagi generasi lama...Memang benar seperti kata hilal dalam blognya, didikan Ustaz pekat. walaupun perlahan, namun ia mampu melahirkan manusia-manusia yang kuat dan berkualiti...


Umar tahu, masih lagi basah di ingatan ummi sewaktu atuk dan nenek berprogram di MATRI dulu, ummi  yang ketika itu masih anak kecil, bermain-main di luar surau sehinggalah akhirnya tersesat dan tidak tahu di mana atuk dan nenek umar.. Kemudian Al-Fadhil ustaz yang pada ketika itu masih lagi berkemampuan, dia melihat ummi menangis lalu mendukung dan memujuk ummi. Kemudian dia memberikan ummi sebiji buah. sambil menghantar ummi pada atuk dan nenek..Pada waktu yang lainnya, ketika kami berkunjung ke rumah Ustaz, ustaz melihat ummi, anak kecil yang pernah tersesat dulu, lalu dia mendukung dan memberi salam pada ummi...lalu segera dia mengambil mainan anaknya untuk menghiburkan ummi.. Subhanallah umar, seorang Qaid, pimpinan besar kita rupanya begitu meraikan seorang kanak-kanak.... Peristiwa ini sehingga kini masih dekat di hati ummi....


Dialah Ustaz Dahlan yang namanya sentiasa meniti di bibir-bibir anak didiknya..yang memiliki jiwa yang halus, akhlak yang santun, syaksiah yang tinggi, berpandangan jauh, bersederhana, berhikmah..dan memiliki hati yang penyayang...tidak kira samada tua atau muda, dewasa atau kanak-kanak..pasti merasakan mereka adalah istimewa disisi ustaz dahlan..dek kerana layanannya....


Pemergian Al-fadhil Ustaz benar-benar di rasai oleh sekalian anak didiknya..Meskipun sudah lama tidak ketemu...begitulah Allah memberikannya kemuliaan di bumi...dengan ramainya orang-orang soleh yang kekal setia disampingnya..dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya..Seingat ummi, sedari Ustaz mula masuk hospital sehinggalah Ustaz kembali ke rahmatullah, tidak pernah putus-putus email dan sms updates terkini ustaz..bukan sekadar updates biasa, bahkan maklumat terperinci tentang kondisi ustaz..Subhanallah...begitu tingginya ketsiqahan anak-anak didiknya terhadap ustaz...

 Abu Ammar memberikan penghormatan terakhir terhadap sahabatnya...


Sebuah Ingatan di atas jasa-jasa Ustaz..




[Video - aljazary]

 SANG MUROBBI


Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari

Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka

Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih

Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi

Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami

Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani...


Disekitar Pengebumian Al-Fadhil Ustaz
[Gambar - Hazim Uzair]

Sahabat-sahabatnya..


buat kali terakhir..





Telah ramai mula berkumpul di Matri..









Sahabat-sahabat datang dari dekat dan jauh..
untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap Qaid..



 Sahabat yang setia disampingnya..sejak dari zaman muda sehingga ke lewat waktu ini..









Sahabat seperjuangan di atas jalan dakwah...








Keluarga ustaz..



Semoga Ustaz tenang di sana...



" Apabila dakwah ini menuntut haknya kepada kami dalam bentuk persiapan mengorbankan segala yang kami miliki, murah atau mahal, berisiko atau tidak, demi kemenangan dakwah ini kami akan sentiasa siap untuk melakukannya. Walaupun ia harus ditebus dengan nyawa.."
[Syeikh Abbas Assisy]

1 comment:

Nuruddin said...

innalillah...subhanallah di atas jasa dan pengorbanan murobbi ini..