Assalamualaikum khalifatullah...
Alhamdulillah..Allah beri lagi kesempatan untuk kita merasai nikmat iman, islam..nikmat mawaddah, rahmah dan sakinah dalam keluarga kecil kita...Nikmat-nikmat ini tentunya tidak akan dapat kita kecapi dan miliki sekiranya Allah swt tidak menitipkannya kedalam hati-hati kita...agar kita merasa tenang dan nyaman dengan nikmat ini....Alhamdulillahi robbil alamin...
Untuk ibu-ibu yang masih sedang mencari tempat rawatan kehamilan atau tempat untuk deliver baby, bolehlah cuba mengunjungi PUSAT BERSALIN BARAKAH..harganya insya-Allah sangat murah dan berpatutan sementara anda dilayani oleh Doktor2 Pakar Perbidanan (O&G) ..
Kenapa Harganya murah dan berpatutan ?
Kerana Pusat Bersalin ini ada misi dakwahnya...Bukan atas dasar perniagaan atau meraih keuntungan tetapi ianya adalah bagi membina satu institusi perubatan islam yang berteraskan syarak.. Mudah-mudahan ia menjadi contoh untuk pusat perubatan lain...
Inilah antara keindahan islam..ia memberi manfaat dan kemudahan kepada seluruhnya...
Suasananya insya-Allah conducive..Staffnya juga bagus-bagus..
Ruang yang lapang
Bilik Doktor
Ada 2 bilik doktor, satu bahagian perbidanan..dan satu lagi bahagian klinik..Jadi bukan sahaja untuk ibu-ibu mengandung, malahan untuk seisi keluarga juga boleh...
Boleh scan baby menggunakan teknologi 3D dan 4D juga..Harganya juga murah berbanding di tempat lain..
Setakat ini ramai juga pesakit cina dan india yang bersalin disini...
Ahad pagi lepas, ummi, abi dan abang umar al-fateh mengunjungi Pusat Bersalin Barakah untuk check-up khalifatullah menjelang 5 bulan usia kandunganmu....Sudah lewat 4 hari dari hari sepatutnya..ya Alhamdulillah kali ini berat badan ummi sudah naik 2 kg..hilang sudahla resah hati ummi dalam bulan-bulan lalu...
Kali ini seperti biasa ummi menjalani proses ultrasound lagi...Maklumla inilah saat yang paling mengujakan ummi..the greatest moment bak kata orang putih.. =) kalau boleh ummi rasa nak lama-lama je doktor scan khalifatullah..boleh la lama sikit ummi tengok khalifatullah dalam tummy ummi ni. Kali ini lebih bermakna kerana doktor kata sudah dapat tahu jantina baby. Hurm..Ummi dan abi memang tak sabar untuk tahu jantina khalifatullah...Bila doktor khairiah scan..khalifatullah sangat aktif bergerak, sehinggakan tak sukar nak tengok jantina khalifatullah...
Kata doktor khairiah...Abang umar dapat member main..ha baru ummi tahu rupanya khalifatullah ni anak lelaki yea...heheh...ummi sangkakan doktor main-main tapi bila doktor tunjukan pada ummi satu persatu bahagiannya..barulah ummi percaya. Abi memang awal lagi sudah tahu. Alhamdulillah, apa sahaja...ummi doakan semoga khalifatullah sihat-sihat selalu, membesar dengan cergas dan pintar mewarisi abangmu...Ummi selesa dengan kehadiran 2 pemuda sebagai permata hati ummi dan abi...most hopefully both of you will helping each other to strengthens islam. Insya-Allah...Macam kata Yusuf Islam..."your child is a future of Islam.."
Tempat kesukaan umar setiap kali di Barakah..
Umar nak bawa ummi pergi mana ni hm..?
Dah mula nak panjat la tu..
Abi yang setia dukung umar..sebab ummi dah tak larat nak dukung..
Umar sekarang berat mencecah 13kg..
Alhamdulillah..khalifatullah skrg sgt aktif bergerak. Pada perkiraan ummi khalifatullah lebih aktif bergerak dlm perut berbanding abang umar dulu. di usia 4 bulan ke lima bulan..Mungkin juga sebab abang umar adalah anak pertama, jadi ummi masih belum arif dengan pergerakan baby...
oke. insya-Allah..ummi sambung lagi nanti...





New Born
5 comments:
anis, due kite same ek? akak ingat anis lewat sket dr akak... due akak 19/5/2011... ha'ah, akak pun rasa baby kali ni lagi aktif dr abgnya dulu. ye lah, mgkin sbb kita lbh peka kali ni... akak pun, insya'Allah, boy jugak nih...
SALAM, YA ALLAH BOLEH TAHAN BERAT UMAR YE ANIS... 13 kg... fateh dlm 11 kg. Tahniah untuk adik umar :)
hihi, umar yang semakin berat dan semakin aktif dan bijak:)
kak anis, take care ek, semoga Allah sentiasa melingdungi dirimu =)
slm..
kak syira - ya Allah anis silap taip, anis baru 20 minggu.hihi..afwan kak..insya-Allah due 31 Mei 2011.
Kak hani - ye kak. Umar berat juga skrg.dia kuat makan dan minum susu je.xnak air kosong.
izwah - makasih atas doanya dik..insya-Allah raya cina ni akak balik kg.boleh kita ber'rehlah' sama2 di pantai besut.mudah2an..
Slm kak anis,
poliklinik barokah tue kat klang ke???dan brapa charge unt 3D & 4D ultrasound???
-kinhaifa_89@yahoo.com-
Post a Comment