Wahai putera2 abi dan ummi yang disayangi selalu, apa khabar Iman Umar? Mesti Umar tertanya2 kan ..Ma Ma'na Iman ya Abi?..InsyAllah nnti abi ceritakan pada tulisan abi yang mendatang ye sayang kerana penjelasannya adalah berangkai dengan maksud Islam dan Ihsan..
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)
|
Tak terbayang betapa gembiranya hati abi dan ummi. Makin lama, makin berdebar abi dan ummi menanti kehadiran insan baru. Umar pun sama kan. Nampak reaksi wajah umar tu yang tak sabar2 je tunggu adik. Asyik cium je tummy ummi tu..hihi..
Bagi abi pula, dari masa ke semasa, dari hari ke hari abi akan bekerja lebih keras daripada biasa.
Setiap hari abi akan usaha untuk memberi yang terbaik utk Umar, khalifatullah dan keluarga kita.
Itulah kebahagian bagi abi dan ummi bilamana Umar dan Khalifatullah mendapat keperluan yang sempurna.
Kadang2 masa yang sepatutnya abi duk dirumah untuk temankan umar dan ummi pun terpaksa abi gunakan utk mencari rezeki lebih diluar sana. Bukan apa sayang, bukan setiap masa peluang mendatang. Kadang2 tu,bila abi free, takder pula klinik yang panggil. Ape2pun wahai kalian yg disayangi kerana Allah, walaupun abi lewat pulang kerumah atau terpaksa habiskan banyak masa di klinik, hati abi sentiasa teringat akan Ummi,Umar dan khalifatullah.
Umar n khalifatullah tahu tak, ikutkan hati abi, berada di saat ummi, umar dan khalifatullah saat yang paling bahagia. Setiap masa abi sentiasa ingin disisi kalian, tapi inilah taklifan insan bernama abi. Ini adalah tanggungjawab abi. Kalau abi tidak berusaha mencari rezeki yang lebih, macamanalah abi ingin menyempurnakan keperluan umar dan khalifatullah serta keluarga kita. Abi adalah ketua keluarga dan pada abilah terletak segala harapan kalian. Namun, tidak sedikit pun keluh penat pada hati abi. Semuanya abi lakukan hanya untuk kalian kerana amanah dari Allah. Bilamana melihat raut wajah umar riang gembira jua senyum tawa ummi, hilang terus penat jerih abi. Subhanallah, begitu hebat susun atur yang Allah jadikan dalam sebuah baitul Muslim.Moga Allah sentiasa memelihara keluarga kita dan sentiasa mencurahkan limpah rahmatNya..Ammenn..
“Ya Tuhan-ku, berilah aku dari Sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Ali Imran 38)
Umar dan khalifatullah, walaupun abi mungkin tidak dapat menunjukkan satu qudwah ( contoh tauladan ) yang baik, namun abi akan seusaha mampu utk jadi yang terbaik. Jadi abi dan suami yang terbaik dunia dan akhirat. Umar dan khalifatullah sebagai seorang lelaki, jua bakal jadi seorang ayah dan suami, perlu ingat
Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
Oklah itu sahaja coretan abi kali ini ye..
Arini abi sgt2 gembira sbb ummi hantar juadah buka puasa kat abi..
Umar dan Khalifatullah nak tahu tak..' Masakan ummi lah yang paling sedap sekali tauu..dan masakan ummi sangat membantu dalam proses menggemukkan diri abi dan hasilnya adalah sgt berjaya...hihi..' Shuuu..rahsia tau,jangan bagitau ummi. Nnti ummi rendah diri.
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah 128)
“Ya Tuhan-ku, berilah aku dari Sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Ali Imran 38)
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan 74)
“Ya Tuhan-ku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman, dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” (Nuh 28)
“Ya Tuhan-ku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkau-lah Waris yang Paling Baik.” (Al-Anbiya 89)
“Ya Tuhan-ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri Nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau Ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf 15)

Ini sahaja coretan abi buat kali ini.
InsyAllah sehingga bertemu lagi di lain masa ye..
Ingat..sentiasa jaga hubungan dengan Allah (HDA)
Wassalam..

New Born
3 comments:
Salam ya habibiqolbi..
Jazakallah atas pujian serta doa2 yg indah ini..
Semoga Allah berkati usahamu..umar sgt soleh di rumah..
=}
hihi~ wahh, ni rase nk makan yg kak anis masak nih , sedap !
ish...ish..izwah masak laaagi sedap.hii.
Post a Comment