Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita dan merahmati kita sentiasa...
Alhamdulillahi robbil'alamin, masih lagi Allah swt sampaikan kita ke dalam bulan ramadhan.. Satu bulan yang disebutkan kebaikannya melebihi bulan-bulan yang lainnya...Bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah saw dan para sahabat..yang mana kedatangan bulan ini, Rasulullah dan para sahabat sangat bergembira dan saling mendoakan..
ghalibnya umar..kedatangan bulan ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 183.." Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
...Melangkah masuk ke Madrasah Ramadhan ini, apa yang ummi dan abi harapkan, agar prestasi amal ibadah kami mampu lebih baik dan berkualiti berbanding dulu-dulu..Seronoknya bulan ramadhan ni umar dan amin...sebab kita lihat disekeliling kita, rakan2, masyarakat yang sedar, akan berlumba-lumba membaca quran..berlumba-lumba tanya.."dah berapa juzuk habis.."..nah, siapa yang tak baca quran macam jadi pelik pula..kemudian, berbuka puasa berjamaah di masjid, makan ramai2..tak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak..orang berlumba-lumba untuk bersedekah, malam-malam pun meriah dengan keramaian orang memenuhi masjid untuk sama-sama bertarawih...masya-Allah, inilah antara keistimewaan bulan ini..dan banyak lagilah..betullah kan mar, bulan ramadhan itu bulan rahmat dan bulan berkat...Mudah-mudahan madrasah ramadhan kali ini mampu menjadi medan untuk kita mencapai la'al lakumm tattaqunn..
Mudahan-mudahan kita sampai kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”...
1 Ramadhan, awal2 pagi lagi umar dan amin bangun..turut sama bersahur bersama ummi dan abi.. wah, agaknya kalian juga turut merasa izzah untuk sambut kedatangan 1 Ramadhan ni ye...Insya-Allah, bila umar dan amin sudah besar dan sudah memahami...bolehlah kalian berdua bersama-sama abi dan ummi ke Masjid pula untuk sama-sama bertarawih..Sekarang ini, kami tak boleh bawa lagilah umar.. Bukan tidak mahu mendidik umar ke masjid, cumanya umar sekarang masih tidak memahami keadaan, risau pula umar menganggu para jamaah yang nak menunaikan solat... Namun, terus-terang ummi katakan, ummi dan abi sangat cemburu melihatkan ibubapa yang bawa anak bersama ke masjid..seronoknya tengok...Tunggulah sehingga umar makin mengerti.. =)
Ummi tahu umar maafkan ummi dan abi sebab tak bawa umar sekali semalam...kerana umar seorang yang pemaaf kan?... anta ma'i ya umar..
Selamat menyambut Ramadhan Kareem ...





New Born
No comments:
Post a Comment