Ada satu Ipad yang abi hadiahkan pada ummi.. Sempena apa, hm itu umar dan amin kena tanya abila.. =) Ipad ni sangat berguna pada ummi sebab banyak memudahkan ummi. Abi pun guna kadangkala.. Dengan Ipad ni juga ummi letakkan banyak program pembelajaran secara tidak lansung untuk Umar dan Amin. Dari E-Learning English, Math, Arabic, Iqra', Bahasa Melayu sehinggalah kepada E-Learning berbentuk games seperti Puzzle, mengenal binatang2 melalui bunyi, safari park, mickey mouse, Pororo & Friends dan bermacam lagi. Umar dan Amin seronok melayarinya.
Satu waktu, ummi dan abi bagi kelonggaran untuk umar tengok cerita2 kegemaran umar melalui youtube. Mula-mula ok. Lama2 kemudian, ummi abi sedari umar sudah mula pandai mencari cerita2 sendiri dengan hanya sentuh pada pada image related video dibahagian kanan screen. Youtube is not the best solution or option for parents sebenarnya. Kita tidak tahu sejauhmana atau secepatmana anak kita belajar mengenai sesuatu. He might go more and more..beyond our expection. Menyedari hal ini, mula-mula ummi abi elakkan umar dari buka youtube. Tapi, umar cerdik, dia tetap cari icon youtube di screen Ipad. Ipad memudahkan dia berbanding komputer kerana dia masih belum pandai guna mouse untuk active kan perisian. Bila ummi abi tak bagi, umar akan marah dan menangis-nangis. such as addicted.. abi kata lagi bahaya kalau tak bendung awal2. Kemudian, abi terus buat restriction pada youtube. Hilangla icon youtube pada screen Ipad ummi. Umar pun sudah tidak jumpa dan tak dapat buka. Alhamdulillah....
Kini, Umar dan amin back to normal program ...bermain-main dengan Ipad sambil mengikuti mana saja sesi pembelajaran atau permainan yang mereka sukai..
Apa yang ummi lihat dan dengar-dengar dari kawn2 dan keluarga, sememangnya ada peringkat dimana anak-anak akan ketagihan melayari internet..nauzubillah..semoga Allah melindungi Umar dan amin. Di usia ini, bukanlah waktu yang terbaik untuk mendedahkan anak-anak dengan teknologi ini. Cukup sekadar untuk mengaut ilmu dan menajamkan minda dengan cara yang terkawal. dan paling penting ummi abi boleh mengawal umar dan amin. Itu lebih baik. Supaya apa yang anak-anak kita dapat, dalam pantauan dan perencanaan kita..
Ummi tak larang umar dan amin guna. Banyak kesan positifnya juga kerana melalui pembelajaran melalui gambar, grafik dan bunyian banyak membantu umar dan amin. Cuma kebaikan dan kelebihan itu perlukan juga kepada pimpinan yang betul...Sekarang, rasanya Ipad ni lebih byk program umar amin berbanding program ummi sendiri.. jika ia satu pelaburan untuk kalian berdua, apa salahnya.. mudah-mudahan pelaburan itu beroleh pahala. aminn..






New Born
1 comment:
anak akak 3 tahun usianya. Dia pun cepat tangkap apa yang kita ajar. Kalau buka tab akak/suami...cepat aje dia klik pada folder pembelajaran atau video nasyid. Sekarang ni dia dah hafaz beberapa zikir harian....
Post a Comment