Salam sayang buat Umar dan Ahmad...
Disaat ini, Umar dan Ahmad sedang leka bermain permainan puzzle 'Kids for Ummah' di Ipad ummi.. Ummi ambil masa lapang ummi ni untuk menjengah Blog murabbi ummi - cikgu azmi.. satu artikel yang ditulisnya sangat dekat dihati ummi. Tentang Tarbiyatul Awlad.. disini ummi kongsikan pesanan dan nasihat dalam mendidik anak-anak oleh abu umar, gelaran bagi cikgu azmi..
“Al waqtu juz’un minal ‘aalij”
Masa adalah sebahagian dari rawatan. Inilah pepatah tarbawi yang penting dalam pendidikan anak-anak. Rawatan, Tarbiyyah dan Pengislahan memerlukan masa dan proses yang betul. Saya selalu menegur dalam bentuk gurauan apabila isteri memarahi kenakalan anak-anak; “Kalau kecik-kecik kita nak suruh anak jadi macam orang tua, dah tua nanti kita nak suruh jadi macam siapa pulak?”.
Ya, anak-anak kita memerlukan masa untuk nakal dan belajar akibat dari kenakalan mereka. Biar mereka belajar dari kesilapan, tergesa-gesa, suka bergaduh/mengusik dan sebagainya. Kita pula sentiasa berada disisi sebagai guru yang membimbing dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
PERTAMA: Jangan sekali-kali kita hilang pertimbangan dan kesabaran semata-mata kerana anak orang lain sudah ‘nampak matang’. Kematangan pun sudah ada yang ‘artificial’; Kalau ayah dan jadi sarjan mejar di rumah maka anak akan kelihatan tertib, kemas dan berdisiplin tetapi adakah mereka telah matang atau memiliki hakikat diri mereka sendiri. KEDUAnya, tahap kematangan juga berbeza; ada yang cepat dan ada yang agak lambat. Sama seperti pertumbuhan fizikal; ada yang cepat membesar dan ada juga yang lambat. Jangan kerana melihat anak orang lain dan besar panjang, kitapun paksa anak kita makan banyak-banyak supaya cepat besar. Jadi kalau anak kita lambat kedewasaan atau kematanganya anggap saja sebagai lombong pahala, pujuk hati kita untuk SABAR dan PASRAH, insyaAllah Allah menjanjikan pahala yang banyak untuk KESABARAN dan KEPASRAHAN kita.Segalanya memerlukan masa dan proses. Mungkin, kadang-kadang kita teruja dengan sirah yang kita baca atau ceramah yang kita dengar berkaitan kecintaan anak pada al Quran lalu kitapun memaksa anak-anak membaca al Quran. Adakah jika anak-anak kita cepat khatam al Quran maka mereka akan cinta pada al Quran. Tentunya tidak, ada yang hafiz al Quran tetapi tidak pula menjadikan Al Quran sebagai dustur hidup.Setiap sesuatu ada mula dan akhirnya. Kalau kita ingin anak-anak kita cinta al Quran;
1. Tunjukkan yang memang kita cinta dan tak mampu berpisah lama dengan al Quran,
2. Tunjukkan pencinta al Quran ini (kita) begitu tenang, lapang dada, penuh kemaafan dan hikmah sebagai kesan dari sentuhan al Quran hingga anak-anak ingin jadi seperti ibu ayah mereka,
3. Ajarkan al Quran pada anak-anak kita dengan penuh kesabaran …. Jangan semua kesalahan nak ditegur, jika kita nampak peningkatan maka hargai atau beri hadiah/perangsang, jangan ketika menyemak bacaan tumpuan kita hanya pada kesalahan hingga anak-anak jadi terbeban dan tidak sukakan al Quran. Sekali sekala, biar anak baca sendiri.
4. Dalam masa-masa yang tertentu bincangkan kisah-kisah dan pengajaran yang terkandung dalam al Quran hingga mereka tidak hanya melihat al Quran sebagai bahan bacaan.
Beri masa yang berbeza kepada anak-anak kita mengikut kemampuan mereka. Jika kita mati sebelum selesai didikan kita bagaimana pula? Itu urusan Allah tak payah sibuk-sibuk. Urusan kita:
1. Ikhlas dalam mendidik
2. Ikhtiar yang terbaik,
3. Sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah.
Kita ada masa 7 tahun (Lahir hingga 7 tahun) untuk membina keyakinan diri anak-anak. Sayangilah mereka, puji sebanyaknya, beri kemaafan tanpa diminta, selalu membongkar kebaikan diri mereka bukan sebaliknya sambil-sambil kita mengajarkan adab dan sopan. Kita ada 7 tahun lagi untuk membangunkan jiwa kehambaan (8 – 14 tahun); suruhlah mereka menolong di dapur, menolong dikebun, menolong jiran bila ada kenduri kendara. Semua ini dengan keramahan kadang-kadang tegas hingga mereka merasakan KHIDMAT itu adalah sebahagian dari diri mereka. Kemudian kita ada lagi 7 tahun (15- 21 tahun) untuk jadikan mereka kawan karib kita untuk berkongsi keseronokan dan masalah, bina kebersamaan, bermesyuarat urusan perbelanjaan keluarga, bagaimana memanfaatkan masa cuti dan sebagainya. Dan tahun-tahun selepasnya ialah masa untuk kita menuai hasil tarbiyah yang telah terlaksana.
Nasihat ini barangkali, boleh juga dimanfaatkan oleh ibubapa di luar sana... Ibubapa adalah qudwah pertama anak-anak. Apatah lagi anak kecil. dia hanya memantulkan kembali apa yang dilihat dari kedua ibubapanya...
dalam hal ini, ummi dan abi pun selalu muhasabah kembali diri..lebih2 lagi jika lihat ada satu saat, umar suka marah2.. kalau tak dapat barang, akan marah2, kalau ummi tak ikut cakap umar, pun akan marah2..dsb. Ummi dan abi termenung seketika untuk fikir, kenapa umar berubah sedemikian rupa... macam2 yang kami bincangkan. Pendek kata, penutup muzakarah itu, ummi dan abi decide untuk lebih memerhatikan tingkah laku kami sendiri.. bukan sekadar itu, bahkan bibik juga diberi perhatian untuk berhati2 bertingkah laku di hadapan umar dan ahmad..... Beginilah, ummi abi pegang sangat pada prinsip bahawa, untuk mendidik anak-anak, kita harus mendidik diri sendiri terlebih dahulu. bagaimana kita mahu peribadi anak-anak terbentuk, begitulah kita harus memperhatikan peribadi kita..... inilah proses tarbiyah dan ditarbiyah. kita mentarbiyah anak-anak dan dalam masa yang sama kita ditarbiyah oleh kehendak dan hajat kita.....
Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan .....





New Born
No comments:
Post a Comment