Assalamualaikum wrh...
Khalifatullah..Kali ni, ummi tertarik pada satu kisah di zaman Rasulullah saw.. Kisah Abdullah bin Zubir yang berani. Abdullah bin Zubir adalah anak kepada Asma Bt Abu Bakar..Waktu tu, dia masih kecil. Umur lebih kurang 12 tahun.
Satu hari, sedang dia bermain-main dengan kawan-kawannya datang Saidina Umar lalu di situ. Maka kanak-kanak tersebut semuanya lari bertempiaran kerana takutkan Umar.
Umar pun memberi salam pada Abdullah dan bertanya:
“Kenapa kamu tak lari seperti kawan-kawan kamu?”
Abdullah dengan selambanya menjawab:
“Aku bukannya zalim. Jalan ni pun tak sempit untuk aku beralih dan aku tak buat apa-apa kesalahan pun sehingga aku perlu lari”
“Aku bukannya zalim. Jalan ni pun tak sempit untuk aku beralih dan aku tak buat apa-apa kesalahan pun sehingga aku perlu lari”
Umar tersenyum gembira dengan keberanian Abdullah, lalu beliau mengusap-usap kepala Abdullah sambil berkata:
“Anak ini akan hidup dengan kehebatan”
Begitulah kisah keberanian Abdullah Bin Zubir.. bagaimana..khalifatullah suka?...Semoga Khalifatullah juga akan memiliki sifat-sifat keberanian seperti Abdullah Bin Zubir.. Tapi sebenarnya, ummi dulula yang perlu mencontohi Asma' Bt Abu Bakar..betul tak?.. Insya-Allah..kita sama-sama doakan...
Khalifatullah anak lelaki...Lelaki mesti kuat dan berani..perlu tegas dan sabar..Barulah benar-benar menjadi pahlawan islam yang sejati... Baiklah khalifatullah, nnati ummi sambung cerita lagi yea...






New Born
No comments:
Post a Comment