Sahabat Setia

Sunday, August 23, 2009

Catatan Untuk Khalifatullah (2)

Assalamualaikum wrh...
Khalifatullah..kaifahaluka fi hazal yaum? ...Semoga khalifatullah sentiasa di bawah payungan Allah swt..

Meniti hari-hari dengan kehadiran khalifatullah, memang sangat bermakna buat ummi dan abi..Syukur kepada Allah swt kerana menganugerahkan khalifatullah buat kami. Khalifatullah adalah pengikat kasih sayang ummi dan abi..Bila kami dapat tahu saja keberadaan khalifatullah dalam perut ummi, terus kami rancang hospital mana yang akan dipilih untuk lahirkan khalifatullah nnti..Alhamdulillah kita ada Pusat Bersalin Barakah. Walaupun agak jauh dari rumah kita, tapi tak mengapalah kerana ummi dan abi mahukan khalifatullah lahir di tempat yang baik dan terjaga suasananya..disambut oleh doktor yang jelas imannya..Supaya khalifatullah juga mewarisi sedikit sebanyak keikhlasan doktor tu...Bagi ummi dan abi, sangat penting tangan yang menyambut khalifatullah nanti.. Tapi kalaula tiba2 abi yang sambut..bagaimana? lagila ummi suka..wah, beruntungla khalifatullah kalau macamtu..Siapa tahu kalau Allah susun macam tu. Abi pun dah macam senior HO sekarang ni kan..dah makin mahir...

Di awal kandungan dulu, Alhamdulillah ummi takla mengalami morning sickness yang teruk.. Cuma pagi2, muntah dan pening kepala saja. Alhamdulillah, Allah mudahkan..Khalifatullah pun macam faham2 saja kan ummi masih belajar.. Sekarang dah tak ada lagi dah. Cuma khalifatullah makin berat.. Ummi dah takleh jalan laju-laju, pantas-pantas macam dulu lagi.. Nak jalan lama-lama pun tak boleh dah sebab kaki akan cepat lenguh dan sakit.. bila khalifatullah makin besar ni, lain pulala ujiannya..tapi ummi boleh adapt..lagipun abi kan ada..doktor hati ummi..


Hem..Abi kata, syukurla ummi ni ada ayah doktor..suami doktor..sebab apa, ummi selalu je cemas dan risau.. kadang-kadang benda kecil pun ummi perhatikan juga..kemudian abila jadi mangsa soalan-soalan ummi.. Bila abi dah jelaskan, barulah ummi rasa puas hati...hehe.itulah susunan Allah swt utk ummi sebenarnya. Agaknya, kalaula dalam keluarga kita tak ada doktor, tentu hari2 ummi pergi klinik nak tanya doktor kat sana kan..? hem..tak adala sampai macam tu sekali..sebab ummi tahu abi doktorla ummi selalu tanya soalan kat abi...


No comments: