Saalam rahmat jua kasih sayang buat khalifatullah yang dirindui kerana Allah.Moga diri khalifatullah jasad dan rohnya sentiasa bernaung dalam rahmat Allah yang Agung.Moga kasih sayang Allah kita gapai bersama dalam menuju kearah destinasi yang satu serta MATLAMAT yang pasti Syurga Allah..Ameen..
Kaifa haluk ya waladi hunak?InsyaAllah abi dan ummi harap khalifatullah sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera,kekal bersemangat dalam menempuh hari2 kelahiran khalifatullah ke dunia.InsyaAllah..ingat pesan abi,jgn lupa zikrullah,kerna itu adalah makanan rohani kita.
Harini abi yang nak ceritakan serba sedikit tentang betapa hebatnya kasih ummi pada khalifatullah.Dah 32minggu umur khalifatullah dalam kandungan ummi kan,dan sudah 32minggula abi dapat lihat keintiman kasih sayang ibu dan ayah pada khalifatullah.Dan sehebat-hebat kasih abi pun tidak sedikit pun dapat menyaingi kasih dan pengorbanan ummi pada khalifatullah tau. Abi ingat lagi disaat awal kandungan dulu,macam-macam ujian yang ummi terima..Muntah,loya-loya setiap masa,makan tak berselera, tidur pun sering terganggu dan macam2 lagi..namun dari awal lagi dah Nampak kekuatan ummi tau.Sedikit pun tak pernah merungut atau sedih apatah lagi menyesal,sebaliknya apa yang sering dibimbangkan adalah keadaan khalifatullah.Bila muntah,umi fikir camna makanan untuk khalifatullah kalau semua makanan keluar kan?emm..bila tak dapat tido,ummi akan fikir khalifatullah dapat rehat ke tak ni?subhanallah..sedikit pun ummi tak pernah fikirkan keadaannya sendiri.Subhanallah,hebat sangat kasih ummi kan.
Abi hanyalah boleh menyokong dari luar jer,bagi sokongan kat ummi dan hakikatnya abi tak merasa sebagaimana yang ummi rasakan. Ummi tu,kalau nak gerak aktif2 sikit pun bimbang kalau-kalau dapat member kesan sampingan pada khalifatullah..alhamdulillah melihat kekuatan ummi tu pun abi cukup yakin yang khalifatullah abi ni pun bakal mewarisi sifat tabah n cekal kan,sebagai salah satu ciri pewaris wasilah rasulullah.oklah khalifatullah,lain kali kita abi bercerita lagi yer..ummi dah tunggu abi ni…nak pergi cari barang untuk khalifatullah sket.nak tahu yer…nnti abi ceritakan kemudian yer…bersambung….





New Born
No comments:
Post a Comment