Assalamualaikum wrh...
Khalifatullah yang sentiasa dekat di hati ummi dan abi...
Apa khabar khalifatullah hari ni? Hari ni 31 Ogos 2009..Hari kemerdekaan negara kita.. Tapi ummi tak merasainya sangat kerana abi oncoll hari ni. Kemerdekaan, kita sambut dengan kesyukuran.. tanda terima kasih kita kepada Allah swt kerana mengurniakan kita jiwa yang merdeka. Tetapi pada hakikatnya, jiwa seorang mukmin adalah jiwa yang bebas dari sebarang belenggu yang tidak soleh..
Khalifatullah, minggu ni sudah hampir 33 minggu usia khalifatullah.. Anak ummi dan abi ni makin aktif pula. Ada saja aktiviti yang khalifatullah lakukan tidak kira wkatu ummi tidur atau pun jaga..Maafkan ummi ye 2 hari ni tidak mencatat apa2 memori buat khalifatullah. Bila abi cuti 2 hari ni, ummi betul2 memaksimumkan masa ummi untuk bersama dengan abi. tambahan lagi, ummi tidak berapa sihat kerana sakit belakang. Apapun, abi menggantikan ummi, mencatat peristiwa untuk khalifatullah tersayang..
Khalifatullah sepanjang abi berada disisi, gembira betul dia..aktif jer. Khalifatullah sekarang dah pandai landing lutut or siku dekat dengan pinggang ummi tau. Geli juga rasanya. Bila kuat sangat khalifatullah landing lutut kat situ, terpaksala ummi dan abi betulkan sedikit kedudukan khalifatullah tu. Kadang-kadang kami usap-usap, kadang2 kami tolak sikit. Khalifatullah pula suka..alihkan sekejap, kemudian letak lagi.. Ada waktu, ummi biarkan saja ikut keselesaan khalifatullah...agaknya, anak ummi dan abi ni makin membesar, dah kurang ruang dalam perut ummi ek.. selesa betul dia ye..
Hari sabtu, kita balik ke kampung nenek ummi..Nanti khalifatullah panggil dia 'wan'..sepanjang perjalanan ke sana, abi asyik cerita tentang Silat.. Kata abi, nanti kalau diizin Allah bila khalifatullah besar sikit, abi nak hantar khalifatullah belajar silat. semangat betul abi cerita.. ha, khalifatullah yang dalam perut pula..apalagi.macam teruja saja..Teruk ummi kena kick dengan khalifatullah. Khalifatullah gerakkan kaki bertubi-tubi. Geli betul rasa.. Pandai anak ummi ni ye. Macam faham-faham jer apa yang ummi dan abi sembangkan. Ish.. Khalifatullah ni agaknya banyak betul persamaan dengan abi kan.. Apa dia persamaan tu, ha kita tunggu dan lihat nanti..






New Born
No comments:
Post a Comment