assalamualaikum khalifatullah yang dirahmati Allah..
kaifa haluk anak soleh abi n umi ni?abi harap mujahid abiummi ni sentiasa dalam sihat dan bersemangat.Pertamanya abi nak pohon maaf kerana sudah lama tidak merangkap pena buat khalifatullah.Bukan ape,mutakhir ni abi agak sibuk dengan urusan kat wad kanak-kanak.Macam-macam ragam yang abi tengok,membuatkan setiap masa abi terbayangkan khalifatullah tau.Doa sentiasa abi panjatkan moga khalifatullah sentiasa sihat fizikal dan iman jua lahir sebagai anak yang menguatkan lagi ISLAM.
dah 35th minggu khalifatullah sekarang yer.Alhamdulillah khlaifatullah masih lagi seperti biasa, aktif bergerak, menjalankan tanggungjawab rutin menemani ummi waktu abi oncall kan.Solehnye anak abiummi ni kan.Khalifatullah tahu abiummi sekarang ni asyik duk mengira hari kelahiran khalifatullah jer tau..Insya allah nnti kita kan ketemu biiznillah (dengan izin ALLAH)..
Untuk pengetahuan khalifatullah gambar kat atas tu adalah 'ayahanda' khalifatullah..tapi bukan ader pertalian dari segi darah pun..tapi ape yang abi ertikan disini..'ayahanda' dari segi contoh semangat jihad yang ade padanya..siapakah die?Insyallah nnti abi ceritakan nnti yer...
sehingga kita ketemu lagi khalifatullah...
salam kasih sayang dari abi n ummi..





New Born
No comments:
Post a Comment