Assalamualaikum wrh..
Khalifatullah..
Apa khabar anak ummi dan abi? Semoga sentiasa di dalam naungan kasih sayang dan rahmat Allah.. Sewaktu ummi sedang tulis ni, khalifatullah kuat sangat gerak dalam tummy ummi.. Buat apa tu hm..? ehe..Hari ini, kita dah mula berpuasa sunat 6. Insya-Allah, ummi tahu anak ummi ni kuat orangnya. Alhamdulillah kita telah menjalani ibadah puasa ramadhan selama sebulan. Allah benar-benar makbulkan doa kita kan..? Allah berikan kita kekuatan untuk tunaikan Ibadah puasa dan Sunat terawih semaksimum mungkin.. Cuma ummi kesalkan sedikit, tak mampu khatam quran ramadhan ni. Insya-Allah, ummi sambung lagi sehingga syawal dan hinggalah saat kelahiran khalifatullah..
Ohya, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat khalifatullah...
Maafkan ummi yea.. Raya kali ini, ummi makan semahunya. Bila difikirkan kembali, kasihan pula pada khalifatullah kan..Minggu ni khalifatullah dah berusia 36 minggu.. Insya-Allah jika diizinkan Allah, tinggal sebulan sahaja lagi penantian ummi dan abi..Namun, ummi tetap berdoa semoga dapat lahirkan khalifatullah lebih awal dan mudah-mudahan segalanya selamat belaka....






New Born
No comments:
Post a Comment