Sahabat Setia

Thursday, September 10, 2009

Ummi ke Seremban

Assalamualaikum wrh..

Khalifatullah, kaifahaluka ? semoga sentiasa sihat dan ceria..

Hari ni, abi oncoll..ummi berhajat untuk bersama-sama dengan aunty ema ke seremban, untuk iftar bersama-sama dengan anak-anak yatim di sana.. Abi dah berikan keizinan pada ummi.. Insya-Allah nanti kita pergi bersama yea.. Sepanjang mengandungkan khalifatullah, ummi tak ada kesempatan lagi untuk turun berbakti dan bersama-sama dengan anak-anak yatim.


Besar rahmat Allah swt sekiranya kita mengasihi dan berbelas kasihan pada mereka. Harapan ummi, agar khalifatullah kelak lahir sebagai insan yang berjiwa lembut dan penyayang.. Meskipun khalifatullah seorang lelaki, tetapi khalifatullah tetap perlu memiliki jiwa seperti jiwa Rasulullah saw. Rasulullah saw sangat penyayang pada kanak-kanak dan Baginda saw sangat menyintai dan mengasihi anak-anak yatim.. Rasulullah saw adalah contoh tauladan terbaik buat kita...Baginda seorang yang sangat berani dan perkasa tetapi sungguh lembut terhadap kanak-kanak....


Khalifatullah temankan ummi yea..Doakan abi sentiasa ceria dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt, Tuhan yang merencakan kehidupan kita...

No comments: