Salam sayang.. Alhamdulillah.. akhirnya Allah bagi peluang untuk ummi teruskan catatan buat umar and ahmad.. =))) maafkan ummi untuk masa-masa sebelum ini... Kerja sahajalah alasannya =P apapun, mudan-mudahan apa jua yang kita lakukan sentiasa dalam pagaran Syariat Allah swt...
Ye minggu lalu, kita sekeluarga mengikuti program Rehlah Tarbawi anjuran Usrah abi. seronok rasanya dapat berkumpul bersama-sama sahabat sahibah..dah lama kita tak luangkan masa bersama di tepi pantai... Walaupun masih ramai yang tidak dapat hadir, tapi Alhamdulillah.. Allah izin ramai juga yang menyertai program ukhuwah ini... Umar dan amin pun tak ketinggalan.. seronok sungguh kalian hari tu...
Sesi tazkirah selepas makan pagi.
Destinasi kita di Pantai Balak, Melaka....Lihatla amin yang excited tengok katil. Pakcik sedang
bagi penyampaian, amin seronok melompat2 atas katil...
Umar beriadhah bersama abi dan beberapa org sahabat abi...
Lihatla amin... begitu teruja dia melihat pantai subhanallah !
Umar seperti biasa... berwaspada, berhati-hati dan very particular sedikit... bukan takut... =)
Umar dan amin bersama Amar dan Iman... subhanallah nama yang hampir sama.. usia pun sama.. =)
Amin, Umar, Amar dan Iman...
Semoga kalian menjadi sahabat seperjuangan suatu masa akan datang...
Tidak lama lagi biiznillah..
Aktiviti sepanjang setengah hari ini, makan pagi bersama.. kemudian sedikit penyampaian dan sesi perkongsian. Pengalaman berada dalam tarbiyah dan macamana pakcik-pakcik istiqamah di atas jalan ini.. apa rahsia-rahsianya....
Sebenarnya mar, jika umar dengar dan perhatikan betul2.. tidak senang untuk istiqamah di atas jalan dakwah dan tarbiyah ni. sejarah membuktikan telah ramai murobbi2 yang gugur di pertengahan jalan.. pada ummi, barangkali inilah ujian keikhlasan dan tapisan Allah swt.. hanya orang yang benar2 ikhlas memperjuangkan deenNya tanpa mengharap ganjaran dunia.. hanya mereka inilah yang tetap dan kekal berada di atas jalan ini.... walaupun pada awalnya kita lihat mereka ini terlalu perlahan dan berdikit-dikit dalam gerakan islam...
sebab itu umar, di suatu ketika.. apabila umar dan ahmad telah telah dewasa dan diberi peluang (mudah-mudahan ya ALlah) untuk mewarisi jalan dakwah dan tarbiyah ini... Umar kena faham.. lambat atau cepat sesorang itu dalam usaha dnt ini, itu bukanlah persoalan.. yang menjadi soalan utama adalah tentang keikhlasan dan niat kita kepada Allah swt... Jangan sembunyikan walau sebesar zarah sekalipun dalam hatimu kerana Allah swt tahu... sebab itu, ikhlaskanlah hati... walau apa jua ujian yang datang, yakinilah bahawa Allah nak uji keikhlasan kita....oleh itu sabar dan pohonlah bimbingan Allah swt selalu...
Keseronokkan amin bermain dengan pantai.. Umar? umar begitu berjaga-jaga.. =)
dah siap2 tukar baju...
Happy saja abi umar dan amin ni... seronok dapat main sukan pantai..
curious apa tu amin?






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




New Born