Assalamualaikum wrh..
Anak abi dan ummi yang dikasihi...pohonan cinta di hati abi dan ummi...
Umar Al-Fateh..
Hari ini insya-Allah hari ke-7 kelahiran khalifatullah. Hari ini juga abi dan ummi merasmikan nama khalifatullah sepanjang kehidupan khalifatullah nanti.. UMAR AL-FATEH BIN MOHAMMAD HAZIMI... Gelaran khalifatullah sentiasa kekal kerana Umar juga adalah Khalifah Allah dimuka bumi ini kan?.. Semoga Umar menjadi Hamba Allah yang soleh dan anak abi dan ummi yang sentiasa mendoakan kami..
Nama umar adalah nama yang sekian lama abi dan ummi idam-idamkan.. Umar lambang kegagahan seorang pembela Nabi saw.. Umar Al-Khattab.. Umar lambang kelembutan hati seorang sahabat Rasulullah saw... Pahlawan yang berani dan perkasa.. seperti Umar Mukhtar..Al Fateh pula sempena Panglima tentera Islam dalam pembebasan konstantinopel. Abi dan Ummi doakan, semangat dan kekuatan Sultan Muhammad Al-Fateh akan terus menghangatkan jiwa Umar kelak..insya-Allah..
Umar yang dikasihi...
Banyaklah lagi yang hendak ummi dan abi kongsikan dengan Umar.. Insya-Allah proses perkongsian ini akan sentiasa berterusan selagimana Allah izinkan kita bersama di dunia ni. Umar adalah anak-anak kelahiran generasi baru Islam.. Generasi Umar kelak adalah generasi yang diharapkan akan membawa masa depan Islam. Generasi Umar insya-Allah yang dicita-citakan bakal membentuk bakal-bakal rijal yang hebat yang akan terus membawa panji "asyhadu Allah ilahaillah.."..Kerana itu, pembentuk generasi itu sendiri perlu kuat dan hebat..Doakan abi dan ummi sentiasa dalam bantuanNya...Besarnya harapan abi dan ummi. Semua ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dari Allah swt...Semoga harapan ini akan terus terpatri kukuh..
disini, ummi doakan sahibah2 ummi yang lain juga akan segera melahirkan mujahid dan mujahidah baru yang akan menjadi sahabat dan teman Umar nanti.. =) agar Umar tidak kesunyian dan ketandusan sahabat yang soleh kelak...
Salam sayang dari abi dan Ummi...






New Born
6 comments:
al-fateh..conquerer..
insyaAllah,,umar adalah sehebat namanya,dan sehebat harapan walidain.
moga ramai lagi anak2 baitul dakwah bakal lahir ya k.anis.. ameen..=)
insya-Allah..mudah2an kita sntiasa dlm rahmatNya.Doakan umar yea diha..
salam anti..pasal yang aniti serita ttg umar yang dah lama matanya jd bertaik tu kan..ana bru teringat msa onthe way nk balik tu..mak n ibu ana ada pesan yg ibu yang menyusu bdn xleh mkn benda2 panas..sbb kesan dr susu buat mata baby bertaik..antara jd pantang tu cm durian, ais, buah tembikai atau apa2 makanan yg bersifat panas..lagi satu mak ana ad pesan,minuman herba pun panas tau..ada setengah baby yg xyahan, dia mudah cirit..mgkin minuman herba yang anti minum tu kuat panasnya..lgsatu anti pun kurg minum air kosong ka..so,mgkin kat situ xbalance panas n sejuk bdn tu..ana suggest antu cuba minum air masak byk2 n minum sikit2 je minuman herba tu..org cakap amik syarat je lah..hehe..mana tahu makin berkurang mata bertaik umar tu..k..sekadar berkongsi..
huhu byknye spelling error..
salam laila.jzk anti..alhamdulillah hari ni mata umar dh bertambah baik.smlm akhi titikkan ubat sket.tapi ana rasa ada kemungkinan juga mcm yg anti ckp tu.sbb ana sndiri pun kurang minum air kosong...
ana pun confius jg.satu utk baik pulih kesihatan ibu,tp makanan yg kita makan tu pula effect pd bby kan.risau jg ana.
Post a Comment