Hari sabtu lalu..kita jalan-jalan di Bangsar Village. Sementara tunggu cik ani cabut gigi dia..hajat hati kami nak breakfast dulu, tapi rupanya kat dalam ni, semua tak ada kedai makan..Kalau makan di restoran kat luar, risau pula umar terdedah direct pada udara yang tak bersih. Jadi akhirnya, kami tak jadi makan. Jalan-jalan sajalah, bawa umar dalam stroller..hai, tak senyum pun anak ummi ni..macam takut saja umar bila abi tolak stroller tu..jangan takut yea sayang..Insya-Allah selamat..Allah kan ada...
Ohya umar..ummi terbaca perihal kehebatan Muhammad Al-Fateh itu asalnya dari ibunya sendiri. Ummi copy dari laman Langit Ilahi ..
“Lihatlah bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakhluk Konstantinopel. Tahukah kamu apakah yang dia lakukan kepada Muhammad Al-Fateh?”
Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:
“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhlukny a) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya”
Setiap hari, tanpa bosan, ibunya buat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan Hadith Rasulullah SAW tadi.
Tidaklah ibu ini tahu bahawa hadith itu untuk Muhammad Al-Fateh. Namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu.
Akhirnya kita dapat melihat, dari tangan ibu yang juga bercita-cita besar, yang sabar dan tabah mendidik anak untuk menadi seorang yang hebat, lahirlah seorang Sultan, yang pada umurnya sangat muda, yakni 23 tahun, dia berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telah berusaha 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya...
yea umar...
Kisah ini masyaAllah amat menyentuh hati ummi. Betapa besarnya peranan ibu dalam pendidikan awal anak-anak. Ketegasan dan kehalusan seorang ayah dan hikmah seorang ibu.. Inilah juga yang dikatakan oleh Syeikh Abdullah Naseh 'Ulwan dalam bukunya 'tarbiyatul aulad'..Umar, semoga Allah maembantu kita..umar menjadi hamba Allah dan anak yang soleh, ummi dan abi pula menjadi ibubapa yang menunaikan hak-hak terhadap anaknya seiring dengan anjuran Rasulullah saw..
salam..





New Born
4 comments:
Assalamu'alaikum,
semoga anak kamu itu, Allah berkati. Besarkanlah dia dengan tarbiyah islamiyah yang baik. Tunjukkan pada dia kehidupan Islam yang baik.
Janganlah semata-mata kamu serahkan didikannya kepada sistem pendidikan di sekolah, mahupun sekolah-sekolah agama yang tersedia.
Ketahuilah, madrasah pertama manusia adalah rumahnya, ibu bapanya. Maka kamu punya tanggungjawab yang besar. Kamulah yang mencorakkannya.
Kirimkan salam saya kepada anak kecilnya.
semoga Allah redha...
~seorang hamba...
Hilal Asyraf
salam sayang buat umar al-fateh..
semoga umar sentiasa sihat...sudah 2 bulan yea bersama ummi dan abi umar...semakin berat yea..moga menjadi mujahid bakal pewaris ummi dan abinya...umar ikutlah jejak langkah sultan muhammad al-fateh dan umar mukhtar..ameen..
Pembentukan awal syaksiah anak-anak bermula dari rumah..rumah adalah institusi dakwah yang pertama bg utk anak2.
smg anis dan zauj sentiasa dalam rahmatNya..besarkan amanah Allah itu dengan baik ye..
-Sakeena, Irbid-
Post a Comment