Sahabat Setia

Monday, March 1, 2010

Segala Puji Bagi Allah...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wrh buat putera hati ummi dan abi...

Anakku yang dikasihi..segala puja dan puji bagi Allah swt di atas limpahan rahmatnya yang tanpa sempadan.. memberikan kita nikmat iman dan islam...disamping nikmat-nikmat lainnya. Nikmat sakinah, mawaddah dan banyak lagi. Subhanallah..maha pemurahnya Allah swt..

Umar anakku..
Sedar tak sedar dah nak masuk 5 bulan dah Umar. Dah makin besar anak ummi abi ni. Alhamdulillah, ini semua di atas kekayaan Rahmat Allah swt..kadang2 bila ummi dan abi bangun tidur..menyedari ada insan kecil disebelah ummi..terasa sungguh agungnya kuasa Allah swt..Umar adalah anugerah dari Allah swt..hadiah di atas kasih sayang ummi dan abi..Ia adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganya...Mudah-mudahan kasih sayang ini terbina di atas dasar keimanan kepada Allah swt. 

Semoga dengan kehadiran Umar, meningkatkan lagi keimanan dan rasa kehambaan ummi dan abi kepada Allah swt. Tiadalah manfaatnya jika dengan memiliki anak, hati makin jauh dari Allah, dan kehidupan hanya disibukkan dengan anak semata-mata. Yang paling indah, anak-anak menjadikan kita lebih dekat dengan Allah swt..doa ummi dan abi mudah-mudahan kami tidak tergolong dalam golongan yang Allah swt sebutkan dalam Al-quran..janganlah anak-anakmu, isteri2mu..dan harta2mu..melalaikan kamu dari jalan Allah...nauzubillahi min zaalik..

Umar..
Setelah beberapa fasa kehidupan yang ummi lalui, ummi mempelajari beberapa perkara. Yang pertama, bahawa kehidupan ini tiada kebahagiaan dan ketenangan jika ianya tanpa keimanan. yea mungkin ada orang mengatakan mereka bahagia dengan cara mereka..miliki kerjaya yang hebat, personaliti yang dibanggakan..dengan itu mereka cuba lagi tunjukan melalui gaya hidup yang riang-ria bersama teman-teman..menjelajahi panggung2 wayang dihujung minggu..melewati tiap-tiap gedung2 jualan, mengikuti perkembangan artis2..fesyen-fesyen terkini..

namun anakku...

dipengakhirannya mereka tetap pasti merasa hairan..kenapa kebahagiaan yang dicari tidak jua kunjung tiba..Setelah puas berusaha dengan pelbagai cara...hati tetap jua resah dan sakit..benarlah umar..hidup ini tidak akan bahagia tanpa iman...ummi dan abi juga merasainya. Bila disaat hati itu jauh dengan Allah..segala ujian yang datang..sukarnya utk redha pada Allah swt..astagfirullah.akhirnya segala yang dilakukan terasa ada saja yang tidak kena...ternyata..bahagia itu bila kita dekat dengan Allah swt...itulah dia sumber kebahagiaan. "Alangkah pelik urusan mukmin itu..semua perkara baik baginya..apabila dikurniakan nikmat mereka bersyukur..dan apabila ditimpa musibah mereka bersabar..kedua-duanya baik baginya.."


2 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum

Terasa sejuk lagi mendinginkan tatkala membaca kata-kata seorang umi buat anaknya...

Teruskan...

Mohd Ariff B. Abd Rashid said...

Assalamualaikum. Atuk dah tak sabar nak jumpa Umar.Pejam celik..dah besarpun cucu atuk...