Sahabat Setia

Sunday, April 4, 2010

Didikan yang bagaimana..?

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wahai jundullah ummi dan abi..
Semoga ruang-ruang waktu kurniaan Allah swt ini kita pergunakan sebaiknya untuk menggapai redhaNya..Umar yang soleh, terima kasih menemani waktu-waktu kesibukan ummi dan abi ini dengan penuh sabar dan taat.

Melihatkan umar, hati ummi rasa sayu sangat-sangat..betapa besarnya amanah yang Allah swt titipkan bersama-sama dengan kehadiran Umar..Bentuk didikan yang macamana yang bakal umar terima dari kami..? Apa yang ummi rasa kini, dengan adanya umar, lebih-lebih lagi ummi rasa penting dan berkehendak kepada suasana dakwah dan tarbiyah dalam keluarga kita.. Hanya proses itu yang dihajati..kerana ummi tahu, tidak ada short-cut..tidak ada jalan lain yang lebih selamat untuk ummi dan abi membesarkan umar melainkan dalam suasana yang soleh saja..hanya suasana ini yang akan menyelamatkan umar ...

Bagaimanakah suasana yang soleh yang diimpikan itu..?

Itulah dia suatu suasana atau fenomena keluarga yang mana didalamnya penuh dengan aktiviti-aktiviti yang tarbawi..Suasana yang sentiasa membawa kita mengingati Allah swt..ahli keluarganya mentaati perintah Allah swt, mereka mendirikan solat..menghayati al-quran..menghidupkan majlis-majlis ilmu di hujung minggu ..disana, mereka juga memelihara auratnya..pertuturan mereka adalah pertuturan yang tarbawi...ahli keluarga itu juga sangat menyintai dakwah dan yakin proses tarbiyah itu memerlukan kepada kesabaran..

Umar, jika ini masih belum lengkap dalam keluarga kita, ummi dan abi yakin..kamilah orang yang bertanggungjawab untuk menyuburkannya dalam keluarga kita. Seperti kata Ulama' besar, Prof Hamka, bapa itu yang menaburkan benih-benihnya..manakala ibu itu pula yang bertanggungjawab menyiram dan menyuburkan benih-benih itu kedalam diri anak-anak agar bisa tumbuh darinya sebuah pohon yang indah...

Yea umar, hanya dalam suasana keluarga ini, akan lahir qader-qader dakwah...seperti kata pakcik rosdi..untuk mendapatkan anak yang soleh itu memerlukan kepada perancangan. Ia tidak hanya cukup dengan memohon doa kepada Allah, bahkan ia perlu disusun dan dirancang..tidak akan lahir anak yang soleh dari keluarga yang tidak soleh...

Justeru...kini benar-benar telah ummi rasai...
Betapa seninya islam itu Umar...Islam syorkan beberapa kriteria..tempat yang bagaimanakah yang sesuai untuk membesarkan anak..Ummi teringat kata-kata Ustaz Zahazan dalam penyampaiannya..jika anak itu dibesarkan dalam suasana ilmu, dia akan menjadi seorang yang sangat menyintai ilmu..jika anak itu dibesarkan dalam suasana ibubapanya dekat dengan alim ulama'..maka anak itu akan menjadi seorang yang sangat menyintai orang-orang alim ulama..bahkan, bila anak itu dibesarkan dalam suasana ibubapanya melakukan kemungkaran, maka suatu ketika ia akan membesar menjadi anak-anak yang suka membuat kemungkaran...wana'uzubillah...

Umar..doakan ummi dan abi..mudah-mudahan menjadi mukmin yang sentiasa merenung dan memperbaiki dirinya..

4 comments:

Nurul Huda said...

salam anis...
titipan anti ni, buatkan ana rasa teringin sgt nak walimah cecepat, then lahirkan zuriat utk jadi pewaris dakwah ni.

dialah mad'u utama anti skrg

Kak Naimah said...

assalamualaikum penulis
saya telah memiliki 3 orang cahaya mata which is kata penulis ia adalah amanah Allah. saya tak pernah terfikir begini indah pemikiran seorang ibu muda seperti penulis. saya tidak pernah merancang macamana nak memiliki anak yang soleh. saya cuma tahu dalam doa, memohon agar dikurniakan anak yang soleh.ingatkan itu sudah cukup.
Semoga terus berkongsi.mmg betul kata penulis,walaupun saya dh beri segala didikan akademik yg terbaik, tapi entah kenapa tetap rasa macam something default.ada yang tak lengkap je..

NurtaQwa08 said...

salam huda..insya-Allah..ana doakan..

salam kembali buat kak naimah.subhanallah..sudah 3 permata hati..doakan saya juga.banyak yg perlu saya berguru dengan akak ni.. =)terima kasih juga sudi berkongsi pengalaman..

Anonymous said...

Tarbiyah islam sungguh murni lagi memurnikan hati insan-insan didalamnya..