Assalamualaikum Umar Al fateh...
Umar dah nak masuk 9 bulan dah. Alhamdulillah. dah makin besar, dah makin banyak perkara umar belajar.dan juga..dah makin pening juga ummi memikirkan cara yang paling maksimum untuk jaga Umar disebabkan keaktifan umar sekarang...kataorang, anak-anak sedang tempoh aktif, tak boleh disekat..sebab itu saatnya umar sedang develop jentera otak umar, umar sedang belajar dengan perkara disekeliling umar..patutlah setiap benda pun umar nak pegang kan..? tapi ummi berpandangan, walaupun tak halang, tapi inilah masanya juga untuk mengajar umar..apa yang boleh dipegang..apa yang tidak boleh..apa yang boleh dimakan..dan apa yang takleh dimakan..etc..Sekarang pun, ada waktunya bila umar nak main plug electric ke contohnya, ummi cakap 'umar..no..'..umar tak pegang..tapi alahai..lama lepas tu pergi pegang pula..
Mungkin inilah namanya proses.kan..?
Sejak umar boleh merangkak ni..ummi dah tak dapat goyang kaki sangat. Selalu kena tengok kemana hala-tuju Umar yang tak kenal erti lelah tu..
Seronoklah ummi dan abi tengok umar membesar. Sekarang umar dah pandai nak pandang muka ummi lama-lama kan. kadang bila lama bertentang mata dengan umar, ummi pula tersipu..rasa malu pula. apalah kan...Umar tu..kecil2 dah pandai main mata ek..
Favorite umar sekarang ni wayar-wayar..wayar electric lagi dia suka..bahayanya.huhu..Umar juga suka main spec mata..Tempat kegemaran umar nak bergayut..dekat meja Tv. Tadi baru terhantuk kat situ..Kasihanla umar. Ummi sudah selalu larang umar bergayut disitu..tapi suka juga nak berdiri depan tv ...Bila ummi angkat umar letak kat play-ground umar..dia merangkak balik pergi kat meja tv...
Hai, saya Umar Al-Fateh yang sudah semakin matang dan dewasa..dah boleh berdiri ni..
Penatla ummi kejar kamu marr..baru nak start kemas mainan umar..Umar dah mula berdiri kat kerusi makan..bahayala. ummi takut kerusi tu jatuh. sebab umar tu lagi berat dari kerusi..
ha..inilah tempat favorite saya..kenapala ummi nak pisahkan kitakan meja..umar belai2 meja tu pun..meja tak faham apa-apalah marr...
Umarkan..kalu tengok meja ni..abi panggil pun dia sengih-sengih then merangkak juga kat meja ni.. Hati-hati yea..nanti cedera pula..
Umar sekarang dah tak boleh duduk dalam 'kenderaan dakwah' umar tu..sebab kaki dah lebih. Lagipun umar akan menangis bila ummi letak. Mungkin umar lagi suka bebas merangkak. Itu lagi bagus untuk latihan lutut and tangan umar kan..
Umar yang soleh...
Terima kasih kerana menggembirakan ummi abi..
Ummi harap semoga Allah berikan ummi abi kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan umar. Rupanya memang benar kata abi, bila kita fikirkan anak itu adalah amanah Allah..penat pun kita rasa redha..ummi akui, Umar pun banyak mentarbiyah ummi.. menjaga umar ni mengajarkan ummi betapa sucinya jiwa umar..semuanya menantikan warna manakah yang bakal ummi abi celupkan buat umar. Adakah warna-warna yang islamik atau sebaliknya... ummi fikir, mendidik anak juga adalah seni yang perlu dipelajari..Mungkin ummi abi perlu lebih make sure, mainan yang macamana kami perlu pilih untuk umar, pakaian yang macamana, buku yang macamana..
Wayar ?? amboi..sukanya..
Hari tu ummi jumpa seorang ibu. Dia cerita, pagi tadi dia bertengkar dengan anaknya kerana anak dia keluar nak pakai seluar pendek..macam2 ummi dengar dia marah kat anak dia..last sekali dia kata anak dia cakap..sejak kecil bukan ker mak juga yang berikan saya pakaian macamni. so kenapa hari ni mak marah bila saya nak pakai macamni..? mak dia cakap balik, dulu kamu kecil, sekarang kamu dah besar. Berdosa kalau nampak lutut. Aurat tu. Anak tu jawab balik, kalau mak nak cakap tentang dosa, mak patut ajar saya dari awal supaya tak suka pada pakaian macamni. Sekarang saya rasa, mak yang tak jalankan tanggungjawab mak...
Bila ummi dengar kekesalan makcik tu..ummi rasa benarlah janji Allah.."..kamu hanya akan mengutip hasil dari apa yang kamu tuai.."
Tapi..itulah dia..Manusia itukan tak sempurna..Ummi abi belajar dari kesilapan.. =)
Salam sayang anakku..





New Born
5 comments:
Salam....
alahai Umar...tak sedar masa berlalu dah besar dah,mcm baru je acik tgk kamu kecik masa first time follow blog Umar...
Budak-budak ni memang suka main wayar kan...Uwais pun sama jugak ngn Umar..bila tgk wayar mcm tgk mainan yang best sangat..
Jadi anak soleh ye...
memang susah rupanya nak besarkan anak..lagi susah nak didik dia jadi Hamba Allah yang soleh. Bila baca entry ni kita rasa to be a mom..mmg perlu sangat2 bersedia..mental fizikal.am i rite?
kita dh lama follow blog umar ni.something interesting here.
salam ummu ardhini.. iye kan?..mungkin kanak2 suka bnda yang mcmtu..umar pantang sgt tgk wayar. saudari lebih berpengalaman.nanti jgn segan berkongsi pengalaman mendidik dua putera dan puteri =)
anonymous - =) mmg perlukan kesabaran yg tinggi. slbihnya harapkn bantuan Allah saja..huhu
comel btulla umar ni.. dah pandai berdiri.. insyaAllah xlagi lagi boleh jalan dah. nak balik.. kalo balik msti umar dah tak kenal kan..
bila mama ngah nak baliknye?..
kasihan umar lama tak jumpa mak saudara dia.. =)
jaga diri baik2 ye ngah
Post a Comment