Sahabat Setia

Monday, August 23, 2010

Wajarkah beralasan dengan ibu..

Assalamualaikum ya qurratun 'ayyun...
Umar, semoga umar cepat sembuh dari selesema.. segera berjalan..ummi dan abi sangat gembira dan bahagia melihat perkembanganmu...Disini, ingin sekali ummi perihalkan pada umar satu artikel yang sudah lama ummi simpan dalam koleksi ummi. Barangkali ini boleh umar renung-renungkan kelak jika suatu ketika, ada tindakan ummi yang akan bertentangan dengan kehendakmu...Artikel ini juga adalah pagar peringatan buat diri ummi untuk sentiasa menjadi anak yang solehah yang sentiasa berkembang mekar dalam naungan kasih sayang ibubapanya. Sesungguhnya bagi ibubapa, anak-anak adalah harta yang termahal dalam kehidupannya....inilah yang ummi pelajari semenjak bergelar ibu kepadamu Umar....


 Anak yang dulunya kecil..kini sudah dewasa...


WAJARKAH BERALASAN DENGAN IBU..?


Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuap makanan dan memandikan kita, kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan yang istimewa dan berzat untuk kita, kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon, kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit “ saya tak mahu pergi sekolah ”


 Yang menjadi keutamaannya..dan kekuatannya untuk terus hidup..

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke tempat tuisyen, membawa kita membeli-belah dan menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 14 tahun, ibu menegur cara kita berpakaian yang kurang sopan, kita membalas teguran ibu dengan mengatakan ibu tak ada ‘taste’.

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja seharian. Kita membalas budi ibu dengan mengunci diri dan bersendirian di bilik.


yang ingin sentiasa dekat disisi anak-anaknya..


Apabila kita berumur 18 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira, kita membalas budi ibu dengan pulang lewat malam ke rumah kerana meraikan kejayaan bersama kawan-kawan di luar.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sehingga ke asrama, kita membalas budi ibu dengan hanya bersalaman di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas pertanyaannya dengan menjawab “ saya tidak mahu menjadi seperti ibu ”

Apabila berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu menghadiahkan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.

 yang sentiasa ingin melindungi dan mendampingi anaknya dalam apa jua keadaan..


Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga, ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi ibu dengan berpindah ke tempat yang jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi ibu dengan menjawab.. “ala zaman sekarang lainla bu..”

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata “ saya sibuk ”

Apabila kita berumur 45 tahun, ibu jatuh sakit dan memerlukan jagaan dan kasih sayang kita. Kita membalas budi ibu dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan perlu pulang segera.

Kemudian, pada suatu hari, ibu meninggal dunia. Dia pergi dengan menanggung rindu dan kesepian menantikan anaknya sepanjang hayatnya. Dan kita, kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat, Ibu kita yang setia menyayangi kita tidak kira apa jua keadaan kita, hanyalah seorang dan tiada galang-gantinya. Kasihilah ibu kita selagimana dia masih ada dan doakanlah dia apabila dia telah tiada.

...........

Umar...ummi teringat pesanan wan pada atuk umar.." jangan sesekali kau kecikkan hati mak ye..kalau mak ada buat salah..maafkanlah mak.."...kata-kata ini benar-benar menyentap hati ummi marr...betapa hati seorang ibu, takut sangat jika suatu hari nanti, bila dia tidak lagi berdaya, anak-anak akan meninggalkannya..mensisihkannya..membuangnya bila baktinya tidak lagi diperlukan...aduhai, ibu seorang mampu menjaga dan memberikan kasih sayang pada 10 org anak..tetapi 10 org anak belum tentu dapat menjaga walau hanya seorang ibu !

yea umar..untuk diri umar, ummi dan abi...kita sama-samalah menjadi anak yang soleh dan solehah yea..yang berbakti pada ibubapanya..yang mendoakan mereka dan sentiasa ada...bila2 masa sahaja yang mereka perlukan..Jadilah bintang yang sentiasa bersinar dalam kehidupan ibubapanya...

4 comments:

faiz_naimi said...

Salam sahabat tercinta, semoga sentiasa sihat2 hendaknya. Kpd Umar yang tersayang, semoga cepat2 sembuh selsema dan boleh cepat2 jalan ek... Tak sabar aunty Naimi nak kejar2 Umar.. Artikel ni mmg sangat2 menyentuh hatikan.. Rindu sgt2 kat mak di kg. Mcm2 memori bermain dlm fikiran...Rindu jugak saat2 masa bujang dulu, pantang ada cuti je, msti blk kg.Skrg bila dh bsuami, ada family sndiri,wlpn bcuti, suami tak cuti, tak blhla blk kg.Mmg byk pgorbanannya..Cthnya, thn lps beraya dgn suami tanpa parents kat Putrajaya. Wlpn Naimi dpt cuti, tapi faiz kena keje,tak blhla biar dia sorg2 kan? Sebak pula bila igt mcm ni...Tringat gak cite2 y anis pnh cite sblm Naimi kawin dulu, apa perasaannya kita seorg anak prmpuan slps mjd isteri org... Apatah lagi bila mengenangkan ibu... huhuhu...Sayunya pagi2 ni....

dr muthiah said...

jazakillah kak...
huhu
memang kena dengan saya juga nih...

alhamdulillah allah kurniakan diri yg serba kekurangan ini dengan sahabat2 yg selalu menuturkan kata-kata nasehat yg indah

doakan sy dapat meningkatkan kualiti diri dari aspek nih...

(T___T)

suhaib alrumy said...

bgs perkongsian ni...

NurtaQwa08 said...

salam kembali..

Naimy - yea naimy, bila berjauhan dengan ibu kita baru kitakan mengenangkan kembali jasa2nya..tambahan lagi..melihatkan kedut2 yang makin bertambah pada raut wajahnya..dia sudah makin tua dalam membesarkan kita..mg Allah swt merahmati ibubapa kita..

Dr.Muthiah - insya-Allah dik, sama2 kita tingkatkan akhlak kita pd ibubapa..mg kita menjadi pembelanya dihari tua..

Suhaib - moga bermanfaat.. Dipetik dari Majalah Haluan 2003