Assalamualaikum ya habibi...
Umar yang semakin membesar...doa ummi dan abi, umar sentiasa sihat, ceria, gembira dan bahagia bersama kami..
Pejam celik, rupanya telah sampai kita di penghujung ramadhan..aduhai, ummi rasa sangat sedih kerana bila dikenangkan kembali diary ramadhan ummi tahun ini, sungguh sedikit ummi membaca al-quran dan solat-solat sunat. kurang berbanding tahun-tahun lalunya...kesimpulannya, rekod tahun ini sangat merosot..Ya Allah, andainya ini ramadhan yang terakhir..
Bukanlah ummi menundingkan pada umar, cumanya kadangkala terlalu penat dengan waktu kuliah yang padat, sehinggalah waktu menjaga umar, membuatkan ummi selalu terlajak tidur..kadang2 hingga terlepas waktu sahur..masya-Allah..mmg bila ini berlaku, ummi akan kesal sepanjang hari..rasa tidak sempurna puasa ummi jika tidak bersahur..yelah sayang, melewatkan sahur itukan unjuran Rasulullah saw...ramai yang suka bersahur lewat malam supaya tidak perlu lagi mengorbankan tidur di awal pagi..ummi tidak suka begitu...rugi meninggalkan sunnah nabi saw...
Umar, umar nak tahu kenapa bulan ini dipanggil sebagai bulan berkah..bulan rahmah ?..ini kerana jika umar perhatikan di bulan ini, dipenuhi dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari bulan-bulan biasa.. Apa saja yang kita buat, Allah balas berlebih-lebihan lagi..Malah, disiang hari, sukar kita nak melihat lagi orang yang mendedahkan aurat, berpegangan tangan, berpeleseran sambil berdating dan sebagainya..malah..suasana juga segar tanpa orang yang merokok..Di malam hari pula, surau-surau dan masjid-masjid berkumandang indah bacaan Al-quran, cahaya juga bergemerlapan sehingga larut malam...suasana riuh rendah suara orang2 islam kedengaran di merata tempat..ada yang memenuhi masa selepas solat terawih dengan membaca al-quran, berbual-bual sambil merapatkan ukhuwah, makan-makan di kedai...kemudian di awal pagi, bersambung lagi hiruk-pikuk manusia yang bangun untuk menunaikan qiamulail..semuanya berlumba-lumba untuk meraih sebanyak mungkin ganjaran pahala dari Allah swt.... Inilah dia bulan ramadhan.. Bulan yang dipenuhi dan dilimpahi barokah dari Allah swt...Indahnya bulan ini...Bulan ramadhan..mengajarkan kita erti kesabaran.....
Insya-Allah, kalau diizinkan Allah..lusa dapatlah kita berbuka puasa di kampung.. Perancangan ummi dan abi untuk pulang ke kampung selama beberapa hari sehingga selepas Aidilfitri.. Kali ini, giliran kampung abi pula di kelantan..Hasrat hati ummi nanti, nak bawa umar ikut keluarga ummi ke dataran kota bharu untuk sama-sama bertarawih dengan imam dari mekah..sebenarnya, memang tidak ada bezanya bertarawih di mana sahaja, cumanya..suasana islam di kelantan agak lain dari negeri2 lain...Boleh dikatakan, suasana ini tidak akan dapat didapati di tempat lain...Kelantan bila tiba ramadhan..ia menjadi sebuah negeri yang unik....insya-Allah...





New Born
No comments:
Post a Comment