Barisan jihad pemuda islam..terus maju mara ke hadapan...
Assalamualaikum anakanda umar yang ummi dan abi cintai...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana setelah sedikit waktu kesulitan ummi dalam tempoh kuliah, kini Allah berikan ummi sedikit kelapangan hati...justeru itu, ummi continue untuk mencatat bingkisan the new umar ini...
Mujur ada mama ngah membantu ummi mengejar umar =)..kini dia telah pulang ke indonesia. Meneruskan saki baki perjuangan medicnya di sana..
Subhanallah, anak ummi dan abi yang dulunya senyap, terbaring sahaja di tilam, yang sentiasa di dukungan ummi dan abi kini rupanya sudah semakin meningkat perkembangannya.. Dah dapat berjalan alhamdulillah..malah ke sana ke mari dengan gembiranya... langkah demi langkah diayunkan dengan penuh keyakinan... rasanya mengawasi umar berjalan pun dah boleh jadi jogging yang bagus untuk kami berdua.. ehehe...boleh tahanla juga bila umar berjalan tu...tidak mahu dituntun tangannya, tidak mahu di halang-halang laluannya, tidak mahu disuruh duduk...apa yang hanya umar mahu...to explore every single thing...to explore every path.. Inilah the new Umar Al-Fateh kan...? Demi memenuhi sifat ingin tahumu..ummi dan abi tidak kisah berpenat mengejar umar ke sana ke mari... Cuma kalau ia tidak baik untuk umar, meskipun umar menangis..ummi dan abi tak dapat turutkan... terpaksalah abi atau ummi dukung umar dan membawa umar ke tempat lain....
Umar suka pusing-pusing ..
Fokus berjalan..
Ya shamsy..ta'ala hunaqq..
Umar, kini papa am dan mama ngah sudah kembali ke tempat pengajian mereka. Satu di cairo, satu lagi di indonesia.. Sedih juga rasanya ummi bila berjauhan dengan mereka.. Tapi mengenangkan pengembaraan ilmu itu suatu sunnah yang dituntut, insya-Allah ummi relakan saja.. Kelak, ini juga akan ummi hadapi bila keadaan menuntut umar untuk pergi jauh mengembara menggali khazanah ilmu di bumi Allah ini... Kata seorang sahibah ummi ni...anak lelaki harus keluar menuntut ilmu jauh dari rumahnya...Semuanya pasti sudah direncanakan Allah...
Mu'allim Umar Al-Fateh..dah nak berangkat ke Madinah ke ni ya habibi ?
hati-hati di jalanan..
Oh rupanya bukan umar yang pergi..tapi mama ngah...its ok to have a dream ye sayang..
one day its your turn to say take care to ummi..
Umar..beberapa malam lalu, ummi terbaca tentang suatu kisah betapa cintanya Rasulullah saw terhadap binatang.. pada suatu ketika Rasulullah saw hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahawa ada seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubahnya. Rasulullah saw kemudiannya memotong lengan jubah tersebut dengan tujuan tidak membangunkan kucing itu...kemudian sayang dalam suatu kisah yang lainnya, Rasulullah saw terlihat ada seorang lelaki yang menduduki belakang untanya sambil bercakap-cakap dengan orang ramai. Kemudian Rasulullah saw segera menegur orang itu dengan berkata, janganlah kamu menggunakan belakang binatangmu itu sebagai mimbar kerana Allah swt telah menjadikannya tunduk kepadamu dengan membawamu dari suatu tempat ke tempat yang lain yang tidak dapat kamu capai melainkan dengan badan yang letih... Itulah dia umar..sifat penyayang Rasulullah saw terhadap binatang... begitu Baginda menghormati binatang... Semoga sifat ini subur dalam diri kita. Kataorang, kalau mahukan anak menyintai binatang, kita harus memelihara sekurang-kurangnya kucing..demi menyemai perasaan cinta dan belas kasihannya terhadap binatang...
Sibuknya si panglima kecil ini mencari destinasi..
Tidak mahu ummi pegang..
Ummi kan selalu bersama umar..insya-Allah..
Sudahla tu yea marr..tidak penat ke kaki umar tu?
Haa..kan sudah terdampar disisi mama ngah..
dapat ummi ambil gambar gigi bawah umar...alhamdulillah..
Baiklah umar..insya-Allah..nanti ummi proceed dengan catatan lain lagi...doakan moga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga yea...umar anak soleh !




















New Born
3 comments:
Assalamualaikum Umar sekeluarga.. Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat kasih sayangNya..insyaAllah.
Alhamdulillah, masa yang berlalu begitu pantas.. dari alam rahim, ia bergerak ke alam dunia.. Meneroka keindahan dunia
Setiap langkahnya itu adalah satu kebahagiaan ibu bapanya. Setiap tangisannya itu adalah satu kegusaran di hati ibu bapanya
Itulah anak.. Permata jiwa, belahan kasih ibu dan bapanya...
salam ya umar.....
alhamdulillah umar dah berjalan...doakan adik uwais pulak ye.....
tidak lupa selamt hari raya buat anis dan keluarga....
semoga keberkahan syawal sentiasa bersama....
salam buat ummu sofea dan ummu ardhini..alhamdulillah..seronok rasanya mendengar khabar kalian disini...doakan ummu umar yea..sangat sibuk di final year ni.mg tak terabai hak2 lainnya..huhu..tahun akhir di fakulti undang-undang, barulah terasa mencabarnya menjadi ibu ketika bergelar pelajar... =) nanti hajat ummu2 boleh bahagikan tip2..hihi
Post a Comment