Sahabat Setia

Wednesday, December 8, 2010

Pak Kiyai Umar..

 Terima kasih abi sebab bantu umar duduk...


 hal indakum sualun ?

Min aina wassolna ?

 Alhamdulillahi lazi nahmaduhu wa nasta'inuhu wanastaghfiruh...

Assalamualaikum Panglima Ummi dan Abi....

Mudah-mudahan umar sentiasa dalam rahmat Allah swt....cemburunya ummi dan abi padamu... Umar masih kecil...Anak kecil yang sangat dekat disisi Allah swt dan sangat-sangat dicintaiNya...Umar tahu, Allah swt itu sangat menyintai anak kecil hinggakan dalam suatu hadis qudsi, Allah swt mengatakan kepada Rasulullah saw...yang bermaksud..."..Sungguh besar kemarahanku terhadap mereka yang mendurhakaiku siang dan malam..tetapi apabila melihatkan anak-anak kecil itu, mereka berlari-larian menuju ke rumahKU..maka redalah kemarahanKU dan terhiburlah kembali hatiKU...."..subhanallah umar...lihat, betapa Allah swt sentiasa bergembira melihat anak-anak kecil sepertimu...bermain-main, berlarian-larian...senyum dan tertawa...itu semua rupa-rupanya menghiburkan Allah swt....Sungguh tinggi kedudukanmu...Beruntunglah Umar kan....

Alhamdulillah, kita telah melangkah ke Tahun Baru 1432 Hijrah...Tahun baru, tahun permulaan empayar islam..kenapa ia dipanggil tahun hijrah...ini sorotan dari peristiwa Hijrah iaitu perpindahan Rasulullah saw dan para muhajirin dari Mekah ke Kota Madinah demi menyelamatkan akidah serta mengembangkan Islam.. Kerana peristiwa penuh bersejarah inilah umar...kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam....sehingga ke hari ini..Subhanallah..sungguh besar pengorbanan mereka....Jika kita diminta meninggalkan rumah, segala harta benda, haiwan ternaikan, perniagaan, sanak saudara, tanah tumpah negeri kita...demi Islam..ke suatu tempat yang tiada apa-apa bagi kita....adakah kita mahu Umar ...?? Peristiwa Hijrah, Allah swt mengajarkan kita erti keikhlasan, ketaatan yang tidak berbelah bagi pada pimpinan kita, redha dan keyakinan yang tinggi pada Allah swt...Masya-Allah, banyak yang kita perlu pelajari dari peristiwa ini.....

 Saya suka Rumah Allah !

 Assalamualaikum ..tak sabar umar nak masuk rumah Allah..

 Sabar menanti pintu masjid di buka..


Semalam, abi bawa kita ke Masjid Putrajaya, hasratnya untuk meraikan Tahun Baru Hijrah dengan solat berjamaah beramai-ramai di sana sambil mendengar tazkirah antara magrib dan isyak...Tapi rupanya Umar sekarang tak sama macam dulu lagi...Bila jejak je lantai marmar masjid semalam, bukan main laju umar berlarian ke sana- ke sini...berlarian di ruang solat muslimah etc...untuk kemaslahatan, ummi terpaksa tinggalkan solat berjamaah dan kawal umar di ruang legar...Bagi abi solat dulu..Abi lebih aula untuk  solat berjamaah..Kalau ummi turut solat sama, alamatnya tak khusyukla nanti para jamaah lain dek kerana suara umar yang excited tengok masjid dan berlari-lari sana-sini... =) ..takpelah ye mar, mudah-mudahan bila makin membesar, umar makin memahami....

Ohya umar, minggu ini kita ternanti-nantikan kehadiran seseorang.. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan urusan kedatanganya..Mudah-mudahan juga kedatangannya memppermudahkan lagi kerja-kerja ummi dan abi malah memudahkan urusan dakwah dan tarbiyah kita sekeluarga.. Moga Allah swt merahmatinya....

Umar tahu, pembantu nenek mok di kampung panggil umar 'Pak Kiyai'...Ini kerana pernah dulu abi bertanyakan dia tentang guru-guru soleh di Solo, Indonesia..Katanya...ada banyak juga Pak Kiyai di Solo, namanya Umar.. =) ya Allah, secara ikhlasnya, memang ummi senang sekali bila dengar dia panggil umar 'pak kiyai'..mudah-mudahan kata-katanya dimakbulkan Allah swt...

sekian dulu....fi amanillah...



4 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

masya'Allah, sesuai... pak kiyai umar...comel... secomel orgnya...

Diary Qol said...

hihi.tula kak...seronok juga bila dengar..alhamdulillah..kak pun boleh panggil umar gelaran ni.anis sgt senang hati...hehe

Anonymous said...

oloo tomeynya pakai kopiah.....

uweis al qarni said...

Alhamdulillah dah besar anak Mi dan Mahfuzah. :)

"..Sungguh besar kemarahanku terhadap mereka yang mendurhakaiku siang dan malam..tetapi apabila melihatkan anak-anak kecil itu, mereka berlari-larian menuju ke rumahKU..maka redalah kemarahanKU dan terhiburlah kembali hatiKU....".. (Dari mana sumber hadith ni ek?)