Sahabat Setia

Showing posts with label Umar 1 year. Show all posts
Showing posts with label Umar 1 year. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Kosong..



Umar Al-Fateh dan Little Khalifatullah...
Bila kita nak berpindah rumah...semua barang-barang kita packing kemas-kemas
dalam kotak...


Berkotak-kotak..banyaknya barang...
rumah kosong...hati pun rasa kosong...
adakah begini rasanya apabila kita berpindah dunia...?


Adakah kita sudah bersedia menyiapkan amalan kita ke dalam kotak-kotak ini..
untuk dibawa bersama ke alam abadi...
kematian itu menjemput pada bila-bila masa mar...
tidak kira tua, muda, sakit atau tidak...
its never waiting for you even for a second...
Bila Allah kata 'thats the time..'..so Thats the time ...


Umar...
Patutlah Rasulullah saw berpesan..'banyakkanlah menghadiri majlis-majlis kematian, kerana majlis kematian itu mengingatkan kamu kepada mati ..Kurangkanlah menghadiri majlis-majlis keraian dan perkahwinan, kerana ia akan menyebabkan kamu lalai dan merasa senang terhadap dunia dan kesukaannya...'


nah umar, bila orang yang dekat dengan kita sudah tiada...barulah kita terasa kematian itu dekat...
Bersediakah kita untuk menemui Allah swt?

Marilah sama-sama kita berdoa mar...
semoga ALlah swt mengurniakan kesudahan yang baik..husnul khatimah..
kebaikan disisiNYA didunia dan akhirat...insya-Allah..





Umar try solat tanpa bantuan ummi dan abi..dah boleh angkat takbir, dah boleh letakkan tangan kat perut, rukuk dengan cara duduk...dan sekarang abi ajar umar sujud dengan cara yang betul...sebelum ini, umar sujud dengan cara meniarap sambil letak pipi atas lantai...





Jubah hitam 'Harmain'...Hadiah Sidi dari Bumi Makkah...

Friday, May 20, 2011

Khalifatullah 38 minggu..


Assalamualaikum wrh....

Umar dan khalifatullah yang sentiasa didoakan...Semalam genap 7 hari pemergian ayah long umar... Abi masih merindui abangnya serta masih dalam tempoh memulihkan semangatnya.. Bukanlah                             semangat itu  hilang kerana pemergian itu..cuma mungkin sedikit pudar kerana ikatan adik beradik ini mar adalah suatu ikatan yang unik..Insya-Allah, jika punya kelapangan, nanti biar abi abadikan disini kisah ayah long umar agar kamu masih mengenalinya disuatu ketika nanti..dan sentiasa mendoakannya...Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham ayah long umar...




Umar sudah setahun 7 bulan.. Abi hadiahkan Umar kopiah 'Muhammad Thoha'..

Semalam juga ummi menghadiri temuduga sebagai Pegawai Undang-undang L41 (Legal Officer) di Jabatan Peguam Negara..Kali pertama ummi menghadiri temuduga kerja dengan mengendongkan khalifatullah...Berdepan dengan Tan Sri Abdul Ghani Patail sebagai Attorney General of Malaysia bagi ummi satu pengalaman baru...Dia cuma seorang biasa yang hanya diberikan pangkat yang dipandang tinggi oleh masyarakat umumnya.. Tak hairanlah jika teman2 ummi begitu teruja untuk menemuinya.. Bagi ummi, ummi tidak terasa sangat perbezaannya.hurm, tiada apa sangatla yang istimewa tentang interview ini mar...cuma ummi doakan yang terbaik buat masa depan kita dan juga cita-cita ummi...there are certain vision that need to be completed...macam yang pernah ummi katakan dulu...gunakan apa saja opportunity yang ada untuk  membangunkan ummah...ummah yang terbaik tu adalah ummah yang memiliki kesedaran... i do hopes that Allah will placed me at the best...insya-Allah....



Ohya umar.




Adikmu khalifatullah sudah berusia 38 minggu insya-Allah...Semoga Allah kurniakan dia kesihatan yang baik serta kesejahteraan. Ummi, abi dan umar sudah tidak sabar menanti kelahiran khalifatullah...Kali ini ummi dan abi merancang melahirkan khalifatullah di KBMC dibawah seliaan Dr.Suziana..kawan Dr.Khairiah. Insya-Allah..kali pertama ummi dan abi menemuinya minggu lalu...sangat sejuk rasa hati...dia sangat solehah persis Dr.khairiah...kali terakhir 2 minggu lalu check-up berat khalifatullah 2.5 kg. Berat ummi pula 63 kg...


Dalam kereta..sedang tunggu abi balik locum..

Muka sudah mengantuk..

baiklah umar dan khalifatullah...nanti ummi sambung lagi...



Wednesday, May 4, 2011

Umar 2nd Swimming Lesson

Assalamualaikum wrh...

Umar, hari ini Alhamdulillah..Allah lapangkan masa abi dan ummi untuk bawa umar ke Pusat Rekreasi Air di Putrajaya..kali ini, ummi abi rendamkan umar dalam kolam kanak-kanak..Alhamdulillah juga kali kedua masuk dalam air tanpa sokongan pelampung, umar lebih berani compared kali pertama umar masuk air beberapa hari lalu...





Ummi ada terbaca satu artikel " Make your child feel free in the water.." Antara yang 
menariknya mar, satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem di German Sports Collage di Cologne, mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada peringkat awal menunjukkan pembangunan lanjutan dalam: kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), Kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan serta boleh menangani situsi yang diluar jangka....


Tak hairanlah mar kenapa Rasulullah saw mengunjurkan latihan renang buat anak-anak...


Umar dalam keadaan back floating. Cara ini untuk membantu meningkatkan confidence dan self-esteem pada diri kanak-kanak. Malah cara ini antara langkah awal untuk membantu mereka mengapungkan diri di atas air...Mula-mula umar memang sangat takut...lama-lama, abi buat banyak-banyak kali..umar makin okey..tapi masih takut-takut lagi..Insya-Allah..kena practise lagi si Umar Al-Fateh ni..





tengok, umar dah boleh gerak-gerakkan kaki macam gaya mengayuh..makin beranilah panglima ummi abi ni kan?



Umar dalam keadaan Swim Position..ummi tengok umar lagi selesa gaya ni..Sebab sambil berenang sambil dia minum air.. =)



Manjanya umar dengan abi.. kasihan abi..banyak abi batalkan locumnya semata-mata untuk lapangkan masa untuk panglima kecilnya ini..Umar demam sewaktu abi ke Terengganu...Bila abi balik, umar asyik nak abi dukung saja..



Menjerit selepas kena selam...



Gembiranya umar main air...Apapun sayang..ini hanyalah latihan untuk umar membina potensi tersendiri serta kemahiran..Sebab apa mar, kalau umar nak tahu Rasulullah saw seorang yang mempunyai kemahiran dalam banyak lapangan kesukanan..

Pernah ummi terbaca satu sirah rasulullah saw. Pada suatu ketika datang seorang pemuda Quraisy bernama Rukanah, mengajak Rasulullah saw untuk berlawan gusti dengannya...Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu...


Bagaimana mar?..hebatkan?..begitulah..Jika orang islam menguasai pelbagai lapangan kemahiran, insya-Allah akan pasti ada manfaatnya..

Ummi tinggalkan umar dengan satu hadith Rasulullah saw..

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: 

Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah), seorang yang mendidik kudanya, bermain-mainnya seseorang dengan isterinya dan belajar berenang.” 
(Riwayat Thabarani)

oklah sayang..insya-Allah...kalau Allah izin, lain kali kita kesini lagi yea...

Umar 1st Swimming Lesson

 Muqodimmah, baca bismillahirahmanirahim dulu...


Hari Isnin lalu, abi berkesempatan membawa kita ke tempat yang dicadangkan oleh sahibah ummi, ukhti laila..iaitu Ummu dzaatin..Subhanalah cantik tempat ni mar..Pusat Rekreasi Air ini brsebelahan dengan Pullman Resort Putrajaya. Kerana itu pemandangan yang telah direka bentuk ditempat ini sungguh menarik...
Kerana hari isnin Pusat Rekreasi Air ditutup, jadi ummi dan abi 'rendam'kan umar di Pantai buatan sajalah.. =)




Sebenarnya mar, ini bukanlah pertama kali umar direndam dalam air..Sebelum ini umar dah banyak kali juga cuma ini kali pertama umar dilepaskan dalam air tanpa sokongan pelampung...Awalnya umar gayat juga bila abi lepaskan tangan umar...Alhamdulillah lama kelamaan makin ok..Kat atas ni, abi try nak latih umar mengapungkan diri...Umar masih takut2..


Alhamdulillah..setelah lama sket,umar dah makin berani dengan air...tu aksi apa tu..? lama uar hibernate macam tu..Ummi risau umar menrn BO..sebab tak pakai pampers.. =)



Di panggil naik pun tak nak....dah confident sket...Alhamdulillah...


Khalifatullah pun dah berusia 36 minggu..Semoga Allah swt permudahkan segalanya ye...Kata abi..ummi sekarang pun dah kena banyakkn berjalan...takleh duduk saja... =) ..


Saturday, April 30, 2011

Berenang (1)

Assalamualaikum Umar dan Khalifatullah...


Semoga sentiasa dalam lindungan iman dan kasih sayang Allah..Bagi ummi dan abi, hanya mendoakan agar umar dan khalifatullah sentiasa sihat sejahtera, ceria, gembira serta membesar dalam suasana keluarga yang sempurna. Apa yang ummi abi maksudkan dengan 'keluarga yang sempurna' iaitu kecukupan dari sudut pendidikan iman serta pembentukan akhlak..yang paling utama, menanamkan dasar-dasar akidah yang kukuh serta pembinaan fikrah islam..hm macamana nak memastikan kecukupan ini tercapai, ia adalah suatu proses..dan proses inilah yang sedang ummi dan abi usahakan dari semasa ke semasa mar..


Mudah-mudahan Allah swt kekalkan kita berada di atas nikmat merasai iman dan islam ini ....


Semalam, ummi dan abi belikan umar satu swimming suit..Akhirnya setelah sekian lama kami berkira-kira untuk beli. Kali ini ummi abi lebih bersemangat setelah melihat Dzaatin belajar berenang dari abinya..malah sewaktu kedatangan Ummu Dzaatin malam tu pun, dia menceritakan kepada ummi kelebihan belajar berenang. Teruja juga ummi kerana sejak dulu ummi sememangnya ada simpan artikel tentang kelebihan anak di ajar berenang diusia bayi...

"..Hasil penelitian di Melbourne, Australia, menunjukkan, secara statistik IQ anak-anak yang diajarkan berenang sejak bayi lebih tinggi daripada anak-anak yang tak diajarkan berenang atau diajarkan berenang setelah usia 5 tahun. Anak-anak tersebut diukur IQ-nya ketika mereka berusia 10 tahun. Tak hanya itu, pertumbuhan fizikal, emosional dan sosialnya pun lebih baik..."

Dari sudut daya ketahanan tubuh, selalunya orang kata kalau biasa bagi anak kecil bermain air, risau kalau kembung perut, paru-paru berair dan sebagainya. Sedangkan jika dari sudut kajiannya..

 "..berenang dapat meningkatkan daya tahan anak.Gerakan yang dilakukan saat berenang akan memperlancar sirkulasi darah dan kerja organ-organ tubuhnya. Juga, otot-otot tubuhnya akan kian lentur dan kuat. Lalu, daya tahan tubuhnya jadi tinggi. Keuntungan lain adalah, diduga gerakan anggota badan si kecil ketika berenang akan merangsang saraf-saraf tepinya. Kalau sudah begini, saraf di otak jadi aktif..."

Malah, ia juga mampu membentuk peribadi anak-anak tersebut...tidak jauh bezanya dengan aktiviti sukan berkuda mar... Berenang boleh membentuk kepribadian. Biasanya anak yang belajar berenang akan membesar menjadi anak yang percaya diri, bahagia, mandiri, dan senang menyesuaikan diri. Nah, ini semua berdasarkan kajianla mar..cumanya..yang perlu kita ambil berat, ia adalah suatu aktiviti yang dituntut oleh Rasulullah saw..

Sebenarnya, mmg sangat banyak lagi sunnah-sunnah Rasulullah saw yang boleh kita praktiskan..tidak sekadar ini sahaja. Cumanya ummi dan abi suka jika boleh pelbagaikan aktiviti umar..Cuba teka sunnah Rasulullah saw yang mana yang umar dah selalu sangat praktis dalam beriadhah skrg ?...hm tentulah berlari..Rasulullah saw suka diwaktu lapangnya berlari-lari anak sambil ulang-alik di jalan yang sama beberapa kali..=) ..


Insya-Allah, kalau diizinkan Allah swt, nanti ummi dan ummu dzaatin hajat nak sama2 bawa umar dan dzaatin berenang walaupun kakak dzaatin tentula lagi expert berbanding umar...tak apalah mar..learn from the first step ye..mudah-mudahan umar menjadi seorang pemuda muslim yang kuat dan sihat tubuh badan....


Ohya, semalam abi belanja ummi makan Macaroon. Kerana ummi yang beriya-iya teringin nak makan pemanis mulut yang berasal dari UK ni..Sedap juga mar. Cuma sangat manis. Betul kata kawan ummi.." u should try macaroon with original tea.." huhu. kerana ia manis, ummi tak dapatla bagi umar rasa..Ummi dan abi pun kongsi saja sebab sangat manis... =) 




(gambar internet)

Tuesday, April 26, 2011

Belajar Khat

Assalamualaikum wrh...

Umar dan khalifatullah ..
kheif al-ann ?..

Semoga putera-putera hati ummi dan abi sentiasa dalam barokah dan kasih sayang Allah swt. Alhamdulillah, dengan izin dan maha pemurah Allah swt, akhirnya peperiksaan ummi sudah berakhir..perjuangan ummi dibumi UKM juga berakhir untuk waktu dan ketika ini...Terasa begitu sekejap masa berlalu. Di bumi hijau inilah banyak kehidupan ummi berubah..Disini, ummi memulakan kehidupan baru bersama abi sepulangnya abi dari Russia 3 tahun lau..dan disini juga ummi mengandungkan Umar Al-Fateh, melahirkan umar seterusnya sempat lagi mengandungkan pula khalifatullah..Kawan ummi bergurau..katanya..dibumi UKM ini terbinanya keluarga bahagia kita..ehee..mudah-mudahan..doa-doakan..



Di International Book Fair, Happynya bila dapat Balloon..
Disini, abi hadiahkan ummi sebuah Al-quran kecil yang ummi sangat sukai, berwarna pink meksipun kata abi..janganlah pink, warna lain banyak lagi..apakan daya, ini juga pilihan hati ummi..huu..untuk abi pula..abi hadiahkan kitab ringkasan Riyadus solihin. Abi menatapi kitab itu dengan penuh takjub dan suka..bila ummi baca2..hanya sekadar himpunan ayat quran dan hadith..tapi kata abi..itulah mutiaranya..Ia perlukan kupasan dan paling baik adalah dgn cara berguru..nanti abi akan bacakan pada kita..itu lebih baik dari baca sendiri namun tidak memahaminya kan mar?...



Kini segala itu tinggal kenangan sajala mar..Pokok hijau disekeliling fakulti, bilik tutorial yang sunyi ..dewan kuliah yang sentiasa sejuk..kantin dan library yang begitu sabar menahan karenah bising student law UKM..From now on..ummi begitu tak sabar untuk menguji ketahanan diri ummi dalam profession guaman ini  samada join private sector atau service government..walaupun kata abi, dunia pekerjaan lain pula stressnya..Umar dan khalifatullah doakan yang terbaik untuk kita ye..whatever it is..abi dah bagi syarat pada ummi...buatlah apa saja yang ummi hajati..mine deserve to get it but family's matter cannot be abandoned..Dirumah adalah pusat pentarbiyyahan yang utama untuk anak-anak..hurm..insya-Allah, tentulah abi, umar dan khalifatullah adalah priority ummi. Yang paling penting, bidang yang bakal ummi ceburi perlulah yang tidak meletakkan ummi dalam dilema mematuhi kehendak syarak. Syarak must comes first..Syarat yang abi kenakan tak ketat pun mar..bagi ummi itulah syarat yang the best in the world.. =)

Mudah-mudahan mar, Allah swt tidak menguji iman yang segumpal ini dengan ujian keimanan yang berat..Ummi katakan begini kerana yelah masa depan kita adalah ditangan Allah swt. Kita tidak akan tahu sebaik, sebagus dan sesoleh mana kita selagimana kita tidak diuji dengan suasana yang sebenar..Kataorang medan amal tidak sama dengan medan cakap....kerana itu kena selalu sandarkan pergantungan pada Allah..


"..demi masa depan kita yang berada dalam kekuasaanNya.. =).."


Dua hari lalu, abi mulakan lagi sesi mengajar umar menulis khat..Seperti yang pernah abi ceritakan dulu, abi begitu meminati seni khat..diajarnya umar satu persatu..walaupun sememangnya ummi dan abi tahu hasilnya pastilah tak sepertinya, tetapi..inilah proses permulaannya kan..Tanpa di ajar umar dah pandai rupanya pegang pen/pencil sendiri..mungkin Allah berikan umar daya pemerhatian yang tinggi hingga umar boleh ikut sendiri cara ummi abi pegang pen...Bak kata Charles Beck, "..your child is your loyal follower. He might be failed to hear what you have told, but he will never failed to do what you have done.." ..







Untuk putera ummi abi yang kedua pula, semalam alhamdulillah..akhirnya dapat juga ummi abi lunaskan hak-hak khalifatullah untuk mendapatkan keperluan yang sama seperti abang umar dapat dulu. Barang2 untuk kelahiran khalifatullah..telah hampir separuh ummi dan abi beli semalam..Set botol untuk starter kit pun sudah kami beli. Maafkan ummi abi sedikit lewat membuat persiapan. Apakan daya..Allah izin, khalifatullah membesar dalam tummy ummi disaat ummi melalui saat paling kritikal dalam perjuangan ummi sebagai pelajar tahun akhir...Khalifatullah nanti ucapkanlah terima kasih pada abi yea..Dalam keadaan abi seorang yang bekerja, abi tetap mahukan yang terbaik buatmu..Semalam, ummi rasa sangat sayu melihatkan kasih sayang abi padamu..Macam-macam yang terbaik abi belikan buat khalifatullah..walhal ummi lihat betapa abi berusaha mencari rezeki siang dan malam untuk memberikan kehidupan yang sempurna buat kita. Jika khalifatullah nak tahu, dengan bekerja seorang dan menjalani kehidupan di Bangi..dengan kadar hidup yang tinggi, itu bukanlah sesuatu yang mudah...Semoga Allah merahmati abi dan Allah menyaksikan kebaikan abi terhadap amanah2 Nya ini...

salam sayang dari kami buat umar dan khalifatullah.