Sahabat Setia

Friday, February 25, 2011

Kesabaranmu...

Assalamualaikum umar dan khalifatullah...


Kaifahalukuma? Semoga Allah sentiasa menaungi kedua panglima ummi dan abi...






Umar.. Melewati minggu ini.. Ummi makin sibuk.banyak rasanya kerja2 kuliah yg perlu ummi berikan perhatian yg padu.terutamanya project final year ummi iaitu mock trial. Sivil dan syariah. Begitu bertungkus lumus ummi dan 2 lagi rakan sekumpulan menyiapkan kes ini serta segala proses utk membawanya ke mahkamah moot pada 24 mac nanti.. Dari awal pertuduhan, mengklasifikasikan seksyen2 yang terpakai, mencari trible issu, evidence hinggalah menyiapkan bundle of authorithy untuk memastikan kes ini berada pada track yg sah disisi undang2 jenayah.
Kata abi.. Nanti kerja tentu ummi lagi sibuk dan tekun sebab abi tengok ummi begitu sibuk terhadap kes ni =') .. maklumlah umar, klu dulu ummi yang hantar abi kerja serta ummi yang asyik jadi penonton melihat kekalutan abi untuk ke tempat kerja awal pagi..


Tapi sekarang..


The condition is different.. Ummi keluar ke fakulti lagi awal pada abi dan pulang malam lewat dari abi pula. Begitulah.. Semoga Allah mengembalikan waktu2 lapang ummi sedikit waktu lagi insyaAllah... Inilah pengorbanan kita sekeluarga sayang.. Demi sebuah kehidupan yang masih panjang.. Sebagai mukmin, kita perlu berjuang !


Isbir nafsak ya umar.. Kesabaranmu menawar kepenatan
hati ummi....






Jumaat lalu, setelah sekian lama ummi tinggalkan medan Kuliah umum, kali ini ummi dijemput menjadi panel untuk forum "berkahwin ketika belajar, cabaran atau dorongan".. Apa yang
boleh ummi katakan.. Ummi kurang berpuas hati atas penyampaian yang kurang bagus. Pertama
kali bercerita ttg pengalaman sebagai pelajar dan isteri di hadapan khalayak umum memang agak
menjanggalkan ummi.. Hm tak mengapalah.. It just a proccess untuk mematangkan ummi.. Mungkin jawapan yang sepatutnya ummi bagi waktu forum tempoh hari boleh ummi kongsikan
disini dalam susunan ayat yang jauh lebih teratur. InsyaAllah..


Baiklah umar.. InsyaAllah kita sambung lagi yer...

No comments: