Assalamualaikum Umar dan Khalifatullah....
Alhamdulillah...Allah swt masih memberi peluang untuk ummi dan abi coretkan catatan untuk umar dan khalifatullah. Umar sekarang dah Setahun 4 bulan..dah makin memahami apa yang ummi dan abi katakan. Khalifatullah juga makin aktif. Mudah-mudahan Allah berkati kalian berdua...
Look Umar, the future is only belong to Islam !
Sudah hampir dua minggu kita sekeluarga berpindah dari rumah di Putrajaya ke rumah di Bangi. Lantaran abi beralih kerja ke Seremban, jadi tak dapatlah kita menetap di rumah lama kita..Tapi alhamdulillah, rumah baru ini mudah-mudahan memberi lebih ruang untuk kita menjalani kehidupan yang lebih teratur dan sistematik. Apa yang paling ummi dan abi suka tentang rumah ini, sebab tuan rumah sudah sediakan ruangan khas untuk kami jadikan ruang solat. Siap ada kabinet buku serta ruang untuk abi letak Frame Kaligrafi Islam kesukaannya serta White Board kita.. Insya-Allah mudah-mudahan ruang solat yang selesa ini dapat kita sekeluarga manfaatkannya semaksimum mungkin..
Cuti seminggu, kita sekeluarga pulang ke Kampung Halaman. Mmg indah !
Mula-mula umar takut nak pijak pasir pantai...malah bila ombak datang menerpa kaki umar, umar kuat sangat berpaut pada nenek. Muka juga sangat cemas.. Tapi rupanya sekejap saja. Kemudian umar sangat gembira dan berlari-lari ke sana ke mari mengejar ombak. Hinggakan jenuh abi, nenek dan mama sue kena kawal Umar. Macam tulah. Umar kena berani. Umarkan anak lelaki. Man is born to be a Warrior ! ... =)
Seronok sangat ummi dan abi tengok umar petang tu...entah bagaimanalah perasaan yang hendak ummi dan abi gambarkan..kerana dijadikan cinta itu indah dari hati manusia....
Ohya umar, dikala ini nun jauh di bumi Mesir sedang berlakunya pergolakkan yang semakin dasyat. Pada pandangan mata ummi, ia bukanlah sekadar satu revolusi baru malah lebih dari itu ia merupakan satu kebangkitan jihad di kalangan para penduduk mesir yang rata-ratanya yang telah bertapak benih-benih fikrah islam dalam jiwa mereka. Iya umar..Hanya orang-orang yang memiliki kesedaran islam yang tahu apa tuntutan deen terhadap negara watani mereka. Dan hanya orang-orang ini yang memiliki semangat yang kuat dan jiwa yang kental..Mungkin benar kata papa am..
" Hujan melanda Mesir. Adakah ini menandakan bumi anbiya ini sedang menangis, meminta agar dilepaskn dari cengkaman diktator laknatullah, penyebab gugurnya ramai syuhada dan ulama. Moga Allah rahmati para syuhada. Jatuhnya Mesir mungkin satu tanda kepada pembukaan PALESTIN "Mudah-mudahan...dan inilah yang kita doakan....Justeru Palestin dan Bumi Anbiyak Mesir adalah milik orang Islam..Semoga perjalanan Papa Am ke Jeddah dalam naungan Allah. Meksipun ketika hebohnya pergolakkan di sana, ummi dan keluarga kita kerisauan, tapi sebenarnya bak kata atuk...Semua itu pengalaman tarbiah, yang akan mematangkan Papa Am.. Iyalah umar, ramai yang berbicara tentang jihad..tetapi berapa ramai yang sanggup menghadapinya, malah berapa ramai pula yang mahu menyahutnya bila benar seruan itu tiba? ....sekurang-kurangnya, berada dalam pergolakkan tersebut, kita boleh lihat..sejauh mana kekuatan dan kekentalan hati kita.... hm ummi juga hanya setakat ini.. =(
La takhalul allaila yabqa..
Aushakal fajru yaluuhun..
Wa syarurul zulim tamdhi..
Wa dumal baghiy..tatihuu..
Wanida'ul haqqi ya'luu..
Fidunnya Allahu akbar..
Ya junudallahi sabra..
Inna ba'dal usri yusra..
La tazhunnu assijna qahra..
Rubba sijniin qaada nasra..
Fasta'iddu saufa ya'luu..
Sautukum..Allahu Akbar!
Jangan sangkakan malam berterusan..
Fajar hampir menyingsing..
Kegembiraan gelap berlaku..
Boneka kezaliman tersingkir..
Laungan kebenaran kian memuncak didunia, Allahu Akbar..
Wahai tentera Allah..bersabarlah
Sesungguhnya selepas kesengsaraan menjelma kesenangan..
Janganlah kamu sangkakan penjara itu kekerasan..
Ada penjara membawa kemenangan..
Bersedialah kamu semuga terjulang suara kamu, Allahu Akbar..
Fajar hampir menyingsing..
Kegembiraan gelap berlaku..
Boneka kezaliman tersingkir..
Laungan kebenaran kian memuncak didunia, Allahu Akbar..
Wahai tentera Allah..bersabarlah
Sesungguhnya selepas kesengsaraan menjelma kesenangan..
Janganlah kamu sangkakan penjara itu kekerasan..
Ada penjara membawa kemenangan..
Bersedialah kamu semuga terjulang suara kamu, Allahu Akbar..
[Nasyeedul Mujahiden]











New Born
No comments:
Post a Comment