Assalamualaikum.Moga Allah serikan hidup kita hari ini, dan seterusnya dengan Limpahan Kasih sayang Allah. Moga Allah berkati masa-masa kita yang lalu, jua ampunkan segala dosa2 lampau kita. Ameen..
Apa khabar Umar dan Khalifatullah?Moga anak2, kalian sentiasa membesar dalam Biah Solehah..
Dah macam2 aktiviti Umar sekrang ye, tiap2 ari ada je benda baru yang Umar belajar. Umar skrg ni pegang je buku, terus mcm2 benda yang Umar cuba ceritakan kat abi dan ummi. Walaupun bahasa Umar masih belum abi dan ummi fahami, tapi InsyAllah, kami akan cuba utk mmhami ye.hihii..kelakar je bila tgk wajah umar waktu umar nak ceritakan sesuatu tu. Sampai basah baju abi n ummi terpercik air liur die..hihi. InsyAllah, besar nnti Umar nak jadi Story Teller ye cam Mama Su...? Nnti abi n ummi bgtau Mama su train Umar betul2..
Khalifatullah pun tak kurang hebatnya kan. Bila abg Umar bercerita je, ada je gerakan2 dalam perut ummi tu..abi pun bleh rasa 'kick' khalifatullah..ok2la..abi dan ummi tahu khalifatullah pun nak cerita juga ye..??hihi..
MasyaAllah..hebat perasaan kasih sayang yang Allah anugerahkan dalam keluarga ye.
Abi teringat kata 'Siti'..anak2 ini cukup menghiburkan.
Abi sgt setuju. Bukan sahaja menghiburkan tapi dapat mendekatkan diri kita dengan Allah...dengan merasai anugerah kasih sayang yang Allah bagi. Bila kita melihat anak2 membesar, melihat celoteh jua ragam2 mereka, akan terdetik rasa syukur yang tak terhingga pada Allah, dan akan sentiasa berdoa pada Rabbi moga kekalkan kebahagian ini dalam RahmatMu yang Agung..
Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya,
" Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu)."
(HR. Aththusi)
Abang yang tertua (sulung) kedudukannya sebagai ayah.
(HR. Al-Baihaqi dan Ath-Thabrani)
Serba sedikit celoteh abi dan ummi buat kalian..
Ha..Umar, ingat bahawa Umar punyai tanggungjawab yang lebih besar ye..
InsyAllah..kami yakin padamu Umar..
ok sayang semua..bertemu lagi di celoteh yang lain ye..
Barakallah alaikumm..
Wassalam..
Abi & Ummi





New Born
No comments:
Post a Comment