Sahabat Setia

Monday, March 21, 2011

Berkahwin Ketika Belajar; Cabaran atau Dorongan...



Moderator Forum, Fitri Haris


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum umar dan khalifatullah...Disini, ummi tumpang beberapa perkara yang tertangguh, berkenaan forum yang menghadirkan ummi sebagai salah satu panel yang tak bertauliah untuk berkongsi pengalaman sebagai married-student. Seperti yang pernah ummi gambarkan dalam post yang lepas, apa yang ingin ummi sampaikan tidak mampu diterjemah dengan baik ketika membuat penyampaian..maklumlah, pertama kali ummi berkongsi kisah pengalaman bergelar pelajar dalam masa yang sama sebagai isteri dan ibu. Malah, ummi juga terpaksa consider beberapa kekangan2 yang ada memandangkan audien ummi adalah dikalangan pelajar undang2...Ternyata, sesi sharing-moment isn't going too easy to run on..tak mengapalah.Past is past. Ummi sekarang cuba untuk sampaikan dalam bentuk yang lebih teratur disini...serba sedikit, " Perkahwinan ketika belajar, antara cabaran dan dorongan manis.."


Pertama sekali, bila sebut tentang perkahwinan, ummi dan abi cuma ingatkan diri kami dari awal lagi, atas dasar apa kita nak membina sebuah perkahwinan ini, lebih-lebih lagi diusia yang boleh dikatakan masih muda..Kalaulah perkahwinan itu hendak dibina hanyasanya kerana cinta semata-mata atau atas dorongan kehendak muda, atau nak ikut kawan-kawan, iya itu belum cukup untuk menjamin bahawa kami mampu mengemudikan bahtera rumahtangga ini..Kerana cinta akan pudar bila datangnya ujian yang kuat dalam rumahtangga, tanpa asasnya iman..



Ustaz Shamsul Hakim


Dulu, atuk umar selalu pesan, kalau nak nikah, biar betul-betul jelas, siapa pasangan kita dan apa misi yang sama-sama kita nak bawa dalam rumahtangga kita. Adakah pasangan itu akan memberi faedah pada agama kita atau tidak. Kalau iya, tak ada masalah untuk melansungkan pernikahan diusia muda, sedangkan Rasulullah saw juga menyarankan, "..apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Deen dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)


Perkahwinan biarlah dibina, atas dasar keimanan kepada Allah swt..Kita dan dia, sama-sama hajat untuk bersatu dalam baitul muslim, semata-mata kerana hanya jalan ini yang mampu menghidupkan fikrah kita malah kita yakin, perkahwinan ini akan lebih menambah baik agama kita...


Dr. Salawati


Inilah yang ummi rasai dalam perkahwinan dengan abimu...Ternyata, dalam soal urusan aurat, muamalat dan akhlak ummi..abi yang menjadi monitor yang setia memberikan teguran, nasihat dan pandangan. Ada waktunya dia berlembut pada sesuatu yang dia rasakan boleh bertolak ansur..Tapi ada tikanya juga, abimu sangat tegas dan serius melarang atau memerintahkan kepada sesuatu yang dia rasakan tidak boleh bertolak-ansur..terutamanya dalam hal-hal melibatkan syarak. 


Ummi selalu dengar kataorang bahawa kahwin awal untuk mengelakkan maksiat...bagi ummi, tak salah cuma tak juga boleh jadikan itu satu alasan. Itu bukanlah penyelesaiannya....Kalau masanya belum tiba, kemampuan tidak ada, lebih baik kita utamakan dulu perkara-perkara lain yang lebih penting...janganlah membuka jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak perlu couple-couple, tak perlu berdua-dua ke mana saja, tak perlu membina hubungan jika hubungan itu kita sendiri tak mampu jamin, sejauh mana ia mampu pergi...




Bagi ummi, perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan, ia adalah hubungan yang sia-sia...kerana bila tiba masanya, Allah swt akan tentu hadirkan untuk kita insan yang dipilih olehNya...hanya perlu sabar saja...Cinta selepas kahwin seribu kali jauh lebih indah...Lebih indah lagi, jika kesucian perasaan itu kita pelihara sebaiknya hanya untuk diserahkan kepada insan yang bergelar suami atau isteri...Cinta itu menjadi sungguh murni...Dialah yang pertama kita kenali, dialah yang pertama kita dekati, dialah yang pertama kita fahami ragam dan riak wajahnya...Bak kata orang, yang pertama akan terus kekal indah sampai bila-bila....itulah dia hadiah Allah swt untuk orang-orang yang sabar dan yakin terhadap janji-janjiNya mar....


Nah, cuba kalau sebelum kahwin sudah berdua-dua, dating2, makan sama2, naik kereta sama2, bila dah kahwin, apalagi yang istimewa...? semuanya dah rasa macam biasa. Macam kata seorang kawan ummi sewaktu awal perkahwinannya..dia kata, tak ada apa yang best sangat nis, nak pergi mana-mana round KL, semua kitorang dah pergi dah dulu. Bosan jugakla...pastu suka buat perangai sebelum kahwin. Ingatkan bila kahwin dah berubah,m rupanya tak. malas nak layan...Ish3..sangat sedih ummi mendengarnya...


Adik-adik yang manis..


Kerana itu, yang paling utama, letaklah nilaian syarak sebagai asas. Kalau syarak melarang kita untuk berhubungan akrab, keluar bersama dan sebagainya sementara kita belum bernikah, maka..itu hendaklah kita elakkan demi menjaga kesucian perhubungan itu...


Kemudian, perkahwinan ketika belajar, adakah ia dorongan atau cabaran..nah, bagi ummi sudah tentulah ia satu dorongan manis nan indah buat ummi..Abimu adalah orang yang sangat sabar dan setia mendokong saat jatuh bangun ummi dalam pelajaran...Dalam keadaan dia juga manusia biasa yang ada waktu kuat dan lemahnya, dia sabar membantu ummi menongkah satu demi satu ujian dan cabaran sebagai pelajar...waktu assigment berlambak-lambak, abi yang bantu ummi handle rumah dan umar..dia biarkan ummi dengan keselesaan ummi berkurung dalam bilik belajar..ada waktu lapangnya, dia akan buatkan air, hidangkan makanan..tak pernah sekali abi merungut atas kesibukan ummi...dia selalunya memahami..adakalanya abi masakkan lauk2 untuk juadah kami..begitu banyaknya dia menghiburkan ummi dikala ummi stress pada pengajian ummi..di awal perkahwinan dulu, abi sediakan meja belajar serta kerusi yang baik agar ummi selesa belajar..kadangkala, meja study ummi pun abi tolong susunkan kembali...berbezanya kami, abi lebih sistamatik...




Malah dialah juga tempat untuk ummi mencurahkan segala maklumat undang-undang yang ummi pelajari..kupasan2 isu semasa..perihal sistem kehakiman, perundangan yang sukar untuk difahami..cerita-cerita yang sering tiada awal dan hujungnya...ummi tahu bukan senang seorang yang berlatar-belakangkan ilmu perubatan hendak coop dengan ilmu undang-undang...tapi abi tetap sentiasa berusaha melontarkan idea-idea dan pandangannya..begitu berusaha demi tidak mematikan semangat ummi...Dia juga sumber rujukan ilmu ummi...alhamdulillah, Allah swt berikan abi dalam kehidupan ummi...



Nah, setelah begini..boleh tak ummi katakan ia sememangnya satu dorongan yang manis?


Kalau nak diceritakan cabaran, memang banyak mar...


Tambahan lagi bila ada anak...Banyak pengorbanan yang perlu dibuat...kadangkala ummi tak dapat study di rumah kerana bila dirumah, ummi perlu berikan perhatian pada umar..jadi tunggu sehingga umar tidur, barulah ummi akan mula membelek buku-buku kuliah ummi..ada waktunya dulu, ummi menghafal kes-kes law sambil menidurkan umar...


Ada sekali, waktu final exam...umar meragam dan menangis tak henti-henti, abi pula oncoll... Ummi menangis sebab risau sangat pada subjek yang akan ummi ambil esok, sedangkan kes-kes law banyak lagi yang perlu ummi revise balik..ummi tawakkal saja pd Allah dan kata abi, baca setakat yang mampu..dan sabarlah dengan umar...Keesokkan harinya, Allah izin..soalan masuk pada tajuk2 yang ummi baca. Subhanallah umar...masa tulah ummi teringat kata-kata sahibah ummi...makcik azzah..dia kata...jangan risau, Allah beri kita keberkatan jika kita buat semua ni kerana Allah..Allah tahu kita berada dalam dua medan jihad..jihad membesarkan anak dan jihad belajar..Allah tahu kemampuan kita...



Ajk program..

Begitulah umar...

Apa yang boleh ummi simpulkan disini...berkahwin ketika belajar bukan sedikit pun penghalang untuk kita berjaya...Terpulang bagaimana kita mengendalikannya. Jika kita memberatkan rumahtangga semata-mata, maka pelajaran akan terabai..jika kita memberatkan pelajaran saja, maka rumahtangga pula akn terpinggir..oleh itu, kena menyeimbangkan keduanya...dua-dua ini sangat penting untuk manfaat deen kita. Perkahwinan akan menguatkan kita terhadap jalan yang penuh redha Allah...sementara pelajaran akan menentukan kedudukan kita sebagai muslim dimata masyarakat...Muslim berjaya bermakna deen islam ini juga berjaya...


Jika ada kemampuan, ibu bapa juga tidak menghalang..ummi rasa tak salah berkahwin ketika belajar..kahwin ketika muda dapat menyelamatkan kita dari banyaknya gangguan fitnah..Tetapi, meskipun begitu...jika kemampuan belum cukup, tangguhkanlah dulu niat untuk berkahwin..kerana bimbang nanti, kita menzalimi diri sendiri dan pasangan. Cinta semata-mata tidak cukup untuk membina rumahtangga.. bila indah kian hilang, pahit pula yang datang nanti.. Kerana itu, carilah Allah swt dalam setiap keputusan kita...


Pelihara kesucian cinta, agar Allah swt mengurniakan kita cinta insan yang menyintaiNya..dan kita saling menyintai keranaNya..



Sumber Gambar : bulanbintang


14 comments:

layla_elyas said...

alhamdulillah..amat memahami isi entry anti..;)

Nur Islah said...

terima kasih kak

kali pertama komen di blog akak

jzkk atas perkongsian menarik ini :)

AA said...

jazakillah kak anis
perkongsian yg mntp..

'atiqah said...

salam.
setuju!! ^_^
p/s : dulu selalu dengar org ckp, berkahwin itu, selain menjaga diri, nafsu dan mengelak fitnah, ia juga mencipta tenang..sekarang dah faham =) alhamdulillah

Anonymous said...

salam anis.....

sangat berfaedah dan bermakna pengisisan yang saudari tuliskan....
cuma saya ingin menambah menurut sudut pandang yang berbeza.....

berkahwin bila mempunyai kemampuan sgt besar pengertiannya...klu dari segi kewangan, tidak semua pasangan bernasib baik untuk berkahwin dengan pasangan yang mampu....

tapi itu tidak seharusnya menjadi kayu ukuran...takut nanti ada insan diluar sana yang telah terjebak dengan cinta , memilih jalan untuk tidak berusaha ke arah perkahwinan, kerana khuatir tidak mampu......

semoga Allah memberi manfaat untuk setiap keputusan....pengisian yang anis bawakan sangat berfaedah sebagai panduan......

Diary Qol said...

wa'alaikumsalam wrh..
syukran2..ini hny perkongsian dr hamba Allah yg hina..

saudari,terima kasih.saya sangat menghargainya..saudari punya pengalaman begini?..boleh berkongsi2..buat panduan anakanda saya juga nnti =)

niamoody said...

salam, eh kak anis, tekejut bile blog sy ade dlm post akak! :) selamat jmpe di alam maya, slain jmpe kt fac slalu heheh

Anonymous said...

SALAM KAK...
SERONOKNYA BACA PENGALAMAN AKAK.
DALAM KESIBUKAN BELAJAR...MASIH BOLEH KENDALIKAN RUMAHTANGGA.

SAYA CUMA NAK TANYA,MACAMANA AKAK YAKIN BOLEH MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI DULU?..SAYA FIKIR TANGGUNGJAWAB TU SANGAT BERAT.

MACAMANA KITA NAK TAHU BILA KITA MAMPU ATAU TIDAK UNTUK MENJADI SEORANG ISTERI?

MAAFKAN SAYA BANYAK TANYA.HARAP AKAK SUDI BERKONGSI

IKHLAS - NADIRAH

nani said...

salam.dah lama sy jd silent reader blog k anis.trm ksih utk sgla prkongsian akk..mohon share di note fb ye..=).sy pn stuju dgn nadhirah..smg jika k anis ada kelapangan,dpt share tntg itu jg..

Diary Qol said...

salam niamoody..terima kasih atas pic masa forum.akak copy dari blog awak.. =) smg snts maju jaya..

nadhirah - memang bnr kata nadhirah tu.tanggungjawab tu sangat berat. Tapi bila kita yakin pd setiap bantuan Allah, insya-Allah..semuanya terasa mudah. ada sahaja jalan keluar yang dititipkanNya..Kita hanya tahu bila kita rasa mampu utk menjadi isteri bila kita dh kahwin sbnrnya..kataorg, selagi xcuba, selagi tu kita tak tahu ability kita kan.cumanya, sblum tu.banyakkanla doa dan pohonkan petunjuk Allah swt..jika mmg sudah sampai masanya utk kita nikah, Allah akan beri signal. Diri kita sendiri akan tahu insya-Allah..

Nani - terima kasih sudi menjadi silent reader..segala perkongsian hnyla dr hamba yng lemah =)

HabibahSRamli said...

K NISAh....
subhanallah...hebat benar ulasan k nisah..=).
suka2!
dOakan kami anak2 muda ini ya,,,
smlm bru jumpa k azzah,hehe

Diary Qol said...

salam bibah..ya Allah.teringat pula pertemuan kita masa ijtima' am di kuantan tempoh hari.mg Allah ikatkan ukhuwah kita dlm rahmatNya.. =)

Marlina Mohtar said...

perkongsian yg amat menarik sekali... :) ummi dapat sesuatu yg baru bila baca entri ni :)

SIS said...

salam, mohon share kalau diizinkan. sangat bermanfaat. saya suka membaca sesuatu yang berdasarkan pengalaman. kagum dengan akak.menguruskan keluarga dan sekaligus berjaya. hebat!!