Sahabat Setia

Tuesday, March 15, 2011

Solat Subuh....

Sobahan Nur....
Asyhadu allailahaillallah..wa asyhaduannamuhammadur rasulullah....

Umar dan khalifatullah...mudah-mudahan sentiasa dalam lembayungan rahmatNya..
Semalam, umar menangis lagi bila abi tinggalkan umar...kuat betul umar jerit panggil abi dengan gelaran 'abah'..umar cari di tandas, di bilik bacaan..semua tak ada. kebetulan semalam, abi ada program bermain futsal dengan ahli-ahli halaqahnya..Abi nak bawa umar pun, ummi pula ada test hari ni...akhirnya, umar menangis sekuat hati...ummi pujuk pun tak jadi. Hinggala ummi pasangkan zikir dari handphone kesukaan umar tu, barulah umar senyap...pegang2 hp sampai tertidur...kasihannye la.. =) 

Umar...kuatkan semangatmu yea....

Pagi tadi, ummi terbaca satu catatan dari blog Akhi 'Ali Irfan, berkenaan Solat Subuh....sangat menarik perhatian ummi..Tambah lagi dengan selingan kata-kata Pakcik Nassir Salleh ni...


" Islam tidak akan dibangunkan oleh mukmin yang bangun selepas azan Subuh!"

Saya merenung panjang dan terus hilang dari mengantuk ketika sesi kuliah Subuh itu, lantas jari saya mengambil pena dan mencatatnya di buku.

Saya bagaikan mendapat satu pukulan yang kuat dan peringatan ini benar-benar menusuk perasaan serta sanubari saya.

“ Dalam sejarah, jika kita lihat generasi yang memperjuangkan Islam adalah generasi yang bangun awal di pagi hari.”

“ Apa yang mereka buat, mereka menyendiri, bermunajat, berdoa, membaca kalamuallah dan mendirikan solat malam.”

Kita bagaimana?
Sebenarnya, dulu..nenek umar juga pernah mengulangi kata-kata yang disampaikan oleh pakcik nassir dalam satu penyampaian kuliah subuhnya sewaktu program akhawat dulu...Kata-kata ini juga memberi impak yang tersendiri pada hati ummi...

Bila direnungkan kembali, memang benarlah umar...hanya orang-orang yang kuat yang dapat bangun sebelum tibanya subuh...kekuatan itu sebenarnya datang dari dalam..Kalau tinggi hajat kita untuk bangun sebelum subuh, insya-Allah...kita pasti akan terjaga..Tapi jika sebaliknya, maka jadilah juga kita sama seperti orang lain yang hanyut bersama-sama subuh mereka...

Ummi teringat bila ummi pernah bertanya beberapa orang teman sekuliah, ketika itu mereka sibuk bercerita tentang banyaknya assigment dan task yang perlu dibuat sehingga terpaksa bersengkang mata menyiapkannya hingga pukul 4,5 pagi..kemudian tidur..justeru, ummi bertanya...bagaimana solat subuh..? kata mereka...subuh pukul 8.sebab tak terjaga...kemudian, ummi menambah lagi...tapi pukul 8 tu dah habis waktu imsak..malah sudah masuk waktu solat dhuha dah pun...dengan senangnya mereka kata...ala, kitorang niat qada' kak anis...hurm...sedih juga ummi mendengarnya umar...Bagaimanalah rupa makmumah mereka kelak jika imamnya juga sebegini rupa solatnya...

Hal ini, ummi kembalikan semula ke dalam keluarga kita..kadangkala bila ummi dan abi kurang disiplin terhadap masa-masa solat, ada waktunya kami terlajak...memang iya, jika subuh lambat, seharian kita rasa dalam keadaan resah dan tidak selesa. Entah apa rasanya ini. Mungkin bebanan ini Allah bagi sebagai amaran untuk kita titik beratkan Solat Subuh yang menjadi permulaan hari kita..kalaulah solat yang dipermulaan hari pun kita terabai, bagaimana pula solat2 lainnya pada pertengahan hari dan penutup hari kan marr?...

Semoga Allah pulihkan kembali kekuatan ummi abi untuk disiplin terhadap waktu bangun pagi...mudah-mudahan yang tumpul boleh dipertajamkan kembali kan...?

memetik dari blog yang sama..

Teringat kata-kata Fudhail bin Iyad : “ Ketika matahari terbit di ufuk barat maka aku gembira dengan kegelapan kerana orang-orang akan pada tidur. Pada saat itu aku akan berduaan bersama Allah yang Maha Rahman.”

Tips Bangun Subuh..


Sebelum Tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)

1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.

3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.

Selepas Tidur

1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.

2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.

3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.

4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.

5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.

6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.

No comments: