Sahabat Setia

Monday, March 14, 2011

Mock Trial Syariah...

Assalamualaikum wrh...

Umar dan khalifatullah..
Selamat pagi...semoga hari ini Allah redha pada kita....

Mengenangkan dosa-dosa dan kejahilan...
apakah cukup taubat yang dipinta dibanding beratnya dosa tersebut...


hurmm... =(

Hujung minggu lalu, adalah sesi perbicaraan dalam kamar (Mock Trial) bagi Syariah kehakiman. Setelah berminggu-minggu kumpulan kami bertungkus-lumus menyediakan pertuduhan, borang-borang prosedur jenayah syariah, pliding, ikatan autoriti hinggalah kepada membuat bahan2 bukti dan penghujahan...pulang lewat malam bagi menyiapkan project ini, alhamdulillah...sabtu lalu, segala tumpuan tertumpu pada sidang bicara yang akan menentukan prima facie kes ini. Bagi ummi dan kumpulan, kami mewakili pihak pendakwa. 

Kes yang dipertuduhkan adalah berkenaan doktorin salah di bawah Seksyen 7 dan seksyen 8 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Bila ummi fikirkan kembali, rupanya seronok juga bergelumang dalam bidang kehakiman syarie ni. Apa tidaknya umar, melihatkan teman-teman sekumpulan ummi yang dari bidang syariah islam, begitu faqeh dalam hal-hal dalil quran dan hadis..malah sangat hebat pula dalam menterjemahkan kitab-kitab hukum..cemburu sungguh ummi lihat kepandaian mereka dalam bidang ini... Semoga Allah merahmati mereka. 


Persediaan sebelum perbicaraan bermula..



Documentary evidence




Check List Evidence



Counsel wakil Pendakwa Syarie. Radin, Fara & Huril



Defence Counsel untuk Tertuduh. As, fairuz dan Syimir


Kes ini merupakan satu kes tuduhan ajaran yang bertentangan dengan hukum syarak dimana tertuduh, Mohd Faisal telah didakwa kerana mengisytiharkan dirinya mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit menggunakan kayu bercabang dua terhadap pesakitnya. Malah pesakit beliu juga di suruh menulis nama beliau dalam bentuk terbalik, tulisan jawi sebanyak 1000 kali di atas sehelai kain berwarna kuning. Malah, pesakitnya juga diminta sujud kepadanya untuk tujuan penyucian dosa.

Keterangan pihak pendakwa syarie berasaskan kepada Fatwa negeri selangor yang menyokong mana-mana kes yang serupa dengan kes-kes seperti ajaran qadariyah, ayah pin, naqsyabandiyah dan sebagainya sebagai salah dan bertentangan dengan hukum syarak. Malah merujuk Kaedah garis panduan perbomohan mengikut jakim turut menyebutkan bahawa tidak boleh ada unsur menyembah atau membuat sesuatu yang menyerupai upacara pemujaan.

Kemudian, secara ringkasnya, pihak peguam bela pada mulanya membuat bantahan awal terhadap pertuduhan dengan mengatakan bahawa pertuduhan adalah salah ab initio kerana dalam kertas pertuduhan tidak ada menyebutkan acara-acara specific tentang aktiviti tertuduh. Hakim Syarie menolak bantahan awal tu kerana sepatutnya semasa pertuduhan digunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh tertuduh.


Pertuduhan dibacakan oleh pembantu mahkamah. ( Gambar Sharysham )



Suasana dalam Mahkamah Moot



Saksi disoal balas dalam kandang saksi..



Mahkamah Menangguhkan sidang seketika..


Alhamdulillah...setelah bertungkus-lumus ummi lihat barisan pendakwa syarie membalas setiap penghujahan dan soal balas peguam bela, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa pendakwa syarie telah berjaya membuktikan prima facie kes. Jika dalam keadaan sebenar, setelah kes telah dibuktikan prima facienya, maka proses seterusnya adalah perbicaraan akan diteruskan dengan memanggil saksi-saksi tertuduh bagi membuktikan bahawa terdapat keraguan munasabah terhadap pensabitan tersebut. Sekiranya peguam bela berjaya buktikan beyond reasonable doubt, maka tertuduh akan dilepaskan dari tuduhan itu..

tapi for the purpose of mock trial, perbicaraan hanya setakat membuktikan prima facie kes...



dah dapat tersenyum lega...



Tahniah untuk kedua pihak..Team ini walaupun banyak dugaan pada awalnya, alhamdulillah..Allah bantu lancarkan segalanya...

Pada keesokan harinya, bermula perbicaraan kes mal iaitu tentang tuntutan fasakh oleh si isteri terhadap suaminya. Dimana dalam pernyataan tuntutan, isteri telah menuntut fasakh kerana suaminya sudah tidak lagi bertanggungjawab terhadap dirinya dan keluarga, tidak lagi memberikan nafkah, mengasarinya dan anak-anak serta telah mengabaikan haknya sebagai seorang muslim.

Kes kali ini diwakili oleh sahabat ummi, aunty ema...
wah2..kalau umar nak tanya, aunty ema ni sangat hebat rupanya buat soal balas saksi..sampaikan hakim pun tidak membuat sebarang halangan terhadap soalan-soalan cross nya..



Pihak Peguam Defendan, mewakili si suami. Aunty ema sibuk cari hujah...



ikatan autoriti



Sahabat ummi selaku pembantu mahkamah...lily dan sufi selaku peguam bagi Plaintif..



Aunty ema ketika cross-examine..


Baiklah umar..sehingga ini saja perkongsian ummi tentang Mock Trial ini. Alhamdulillah, hanya tinggal satu saja lagi, iaitu Mock Trial Sivil pada 24 March 2011 ni. Umar doakan ummi yea. Bagi ummi..Mock Trial Sivil ini adalah paling penting yang akan menentukan kedudukan akhir ummi sebelum menamatkan pengajian. Maklumlah, Perundangan sivil adalah bidang major ummi...

Insya-Allah, atas setiap usaha yang dicurah..pasti ada nilaiannya disisi Allah swt kan...?

No comments: