Assalamualaikum Umar dan Khalifatullah...
Semoga sentiasa dalam lindungan iman dan kasih sayang Allah..Bagi ummi dan abi, hanya mendoakan agar umar dan khalifatullah sentiasa sihat sejahtera, ceria, gembira serta membesar dalam suasana keluarga yang sempurna. Apa yang ummi abi maksudkan dengan 'keluarga yang sempurna' iaitu kecukupan dari sudut pendidikan iman serta pembentukan akhlak..yang paling utama, menanamkan dasar-dasar akidah yang kukuh serta pembinaan fikrah islam..hm macamana nak memastikan kecukupan ini tercapai, ia adalah suatu proses..dan proses inilah yang sedang ummi dan abi usahakan dari semasa ke semasa mar..
Mudah-mudahan Allah swt kekalkan kita berada di atas nikmat merasai iman dan islam ini ....
Semalam, ummi dan abi belikan umar satu swimming suit..Akhirnya setelah sekian lama kami berkira-kira untuk beli. Kali ini ummi abi lebih bersemangat setelah melihat Dzaatin belajar berenang dari abinya..malah sewaktu kedatangan Ummu Dzaatin malam tu pun, dia menceritakan kepada ummi kelebihan belajar berenang. Teruja juga ummi kerana sejak dulu ummi sememangnya ada simpan artikel tentang kelebihan anak di ajar berenang diusia bayi...
"..Hasil penelitian di Melbourne, Australia, menunjukkan, secara statistik IQ anak-anak yang diajarkan berenang sejak bayi lebih tinggi daripada anak-anak yang tak diajarkan berenang atau diajarkan berenang setelah usia 5 tahun. Anak-anak tersebut diukur IQ-nya ketika mereka berusia 10 tahun. Tak hanya itu, pertumbuhan fizikal, emosional dan sosialnya pun lebih baik..."
Dari sudut daya ketahanan tubuh, selalunya orang kata kalau biasa bagi anak kecil bermain air, risau kalau kembung perut, paru-paru berair dan sebagainya. Sedangkan jika dari sudut kajiannya..
"..berenang dapat meningkatkan daya tahan anak.Gerakan yang dilakukan saat berenang akan memperlancar sirkulasi darah dan kerja organ-organ tubuhnya. Juga, otot-otot tubuhnya akan kian lentur dan kuat. Lalu, daya tahan tubuhnya jadi tinggi. Keuntungan lain adalah, diduga gerakan anggota badan si kecil ketika berenang akan merangsang saraf-saraf tepinya. Kalau sudah begini, saraf di otak jadi aktif..."
Malah, ia juga mampu membentuk peribadi anak-anak tersebut...tidak jauh bezanya dengan aktiviti sukan berkuda mar... Berenang boleh membentuk kepribadian. Biasanya anak yang belajar berenang akan membesar menjadi anak yang percaya diri, bahagia, mandiri, dan senang menyesuaikan diri. Nah, ini semua berdasarkan kajianla mar..cumanya..yang perlu kita ambil berat, ia adalah suatu aktiviti yang dituntut oleh Rasulullah saw..
Sebenarnya, mmg sangat banyak lagi sunnah-sunnah Rasulullah saw yang boleh kita praktiskan..tidak sekadar ini sahaja. Cumanya ummi dan abi suka jika boleh pelbagaikan aktiviti umar..Cuba teka sunnah Rasulullah saw yang mana yang umar dah selalu sangat praktis dalam beriadhah skrg ?...hm tentulah berlari..Rasulullah saw suka diwaktu lapangnya berlari-lari anak sambil ulang-alik di jalan yang sama beberapa kali..=) ..
Insya-Allah, kalau diizinkan Allah swt, nanti ummi dan ummu dzaatin hajat nak sama2 bawa umar dan dzaatin berenang walaupun kakak dzaatin tentula lagi expert berbanding umar...tak apalah mar..learn from the first step ye..mudah-mudahan umar menjadi seorang pemuda muslim yang kuat dan sihat tubuh badan....
Ohya, semalam abi belanja ummi makan Macaroon. Kerana ummi yang beriya-iya teringin nak makan pemanis mulut yang berasal dari UK ni..Sedap juga mar. Cuma sangat manis. Betul kata kawan ummi.." u should try macaroon with original tea.." huhu. kerana ia manis, ummi tak dapatla bagi umar rasa..Ummi dan abi pun kongsi saja sebab sangat manis... =)
(gambar internet)







New Born
2 comments:
salam, maaf xdapat teman anti ke pool baru ni sbb pulang ke kg..insyaAllah, minggu ni kita rancang sekali ye..dan atas info kelebihan berenang tu, terima kasih..baru tahu tu ;)
sama2 anti...
xsabar nk tgk skill dzaatin..umar budak kecik baru belajar.. =)
Post a Comment