Assalamualaikum wrh...
Umar dan khalifatullah yang sentiasa dikasihi dan dicintai...
Semalam, akhirnya dapat juga ummi SET BERSALIN yang ditempah minggu lalu. Set ini abi yang pilihkan dan hadiahkan untuk ummi..Untuk kelahiran kali ini, abi hajat belikan ummi mana-mana set bersalin yang boleh bantu segera pulihkan luka dan tenaga selepas bersalin..melihatkan dulu, sewaktu berpantang...ummi mengambil masa yang agak lama untuk betul2 pulih sepenuhnya. Sebenarnya itu hanyalah asbab saja mar...Allah jualah yang memberikan kesembuhan itu. Cuma kali ini ummi dan abi lebih berikhtiar.. =)
Ini antara item dalam Set Bersalin Tropicale Herbs...
Bila ummi kenangkan kembali tempoh berpantang kali pertama dulu...barulah ummi sedar kepentingan untuk melalui tempoh ini dengan baik. Pada mulanya, ummi juga seperti orang-orang muda yang lain yang kurang menerima adat resmi orang-orang tua untuk menjalani tempoh berpantang secara tradisional..Tetapi mar...sebenarnya disana..memang ada juga manfaatnya untuk kita taat pada orang tua.. Bagi ummi, tak salah mengikut mana-mana yang boleh asalkan ia tak melampau sangat..Ada keuntungannya bagi ummi kerana ummi dibesarkan dalam keluarga yang berasaskan perubatan modern memandangkan atuk umar seorang doktor..sedangkan abi pula dibesarkan dalam keluarga yang begitu berpegang pada adat berpantang secara tradisional..oleh itu, kedua ilmu pengetahuan ini dapatlah ummi catukan... =)
Sewaktu tempoh berpantang dulu, siti umar yang jaga ummi kerana nenek berkerja. Siti ni mar seorang yang sangat teliti dan berkomitmen tinggi. Begitu baik dia menjaga ummi...Apa yang ummi dapati dulu, kepercayaan orang tua-tua, bila makan tak boleh tambah nasi..sebab takut perut buncit, tak boleh makan ayam atau telur, kerana bimbang akan buatkan luka jahitan bertambah teruk, tak boleh duduk bersila..dan sebagainya..minum air juga kena teguk sedikit demi sedikit... =) ini semua ummi akur menjalaninya walaupun jika difikirkan logik, apalah sangatkan...kemudian dari sudut buah-buahan, ummi tetap ambil orange sebagai vitamin c... Alhamdulillah semua pun ok...
Mulanya dulu, ummi selalu pertikaikan apa significant ummi menjalani semua proses ini sedangkan scientific prove takde membuktikan kesan-kesan sedemikian sekiranya tidak menjalani tempoh berpantang seperti ini...Namun mar, kata-kata sahibah ummi, kak Amirah sangat menyedarkan ummi..katanya.. "kalaulah berpantang itu boleh memulihkan kembali tenaga dan kesihatan kita ke tahap yang maksimum, anti buatlah betul2..Sebab kita jaga badan kita as amanah dan kita nak guna badan ini untuk jangka masa yang lama...buatlah semua ini untuk Islam..kalau kita tak berpantang dengan baik, dan kemudian kita sakit2 badan, islam akan rugi sebab kehilangan tenaga kita...bagi akak, akak sangat strict dengan berpantang sebab akak yakin, atas setiap usaha kita menjaga tubuh badan, insya-Allah pasti berbeza dengan orang yang tidak berusaha..."
Begitulah mar....
Sekarang ini pandangan ummi agak berbeza..pengalaman itu mengajarkan kita erti sebuah penerimaan...walaupun ia kelihatan konversional..tapi ummi terima selagimana ia tak melanggar batas-batas syarak..namun, ummi tetap menghormati ada diantara kawan-kawan ummi yang tidak suka berpantang cara orang2 dulu..setiap orang apsti ada pandangannya yang terdiri...
SET BERSALIN TROPICAL HERB
Baiklah, kenapa ummi memilih set bersalin tropicale herb ini...yang pertama, kerana ummi sememangnya tak suka jamu-jamu..memandangkan hajat ummi nak menyusukan khalifatullah..Mengikut testimoni yang diberikan oleh staffnurse2 abi yang pernah menggunakannya serta pandangan beberapa orang kenalan ummi...pil-pil yang diberikan dalam set ini bertujuan menambahkan susu ibu...kerana ia terdiri dari herba-herba terpilih..malah ia tidak panaskan badan..Selebihnya :
Item yang terdapat dalam Set Bersalin ini...
Hurm...
sejauhmana keberkesanannya, kena tunggu dan lihatla..apapun ini hanyalah sebagai alat..Allah swt jualah yang memberikan kudrat kesembuhan dan kekuatan...kalau Allah tak izin, sebaik manapun alat tersebut, ia tetap tidak memberi kesan apa-apa kan?...












New Born
No comments:
Post a Comment