Assalamualaikum wrh...
Alhamdulillah puja dan puji kita rafakkan ke hadrat Allah swt di atas kurniaan serta rahmatNya..nikmat yang paling besar sekali yakni nikmat iman dan islam yang kita kecapi disaat dan dikala ini.. Subhanallah..bayangkanlah umar amin...di pagi yang indah ini, kita menghirup udara segar milik Allah swt...dalam keadaan beriman kepadaNya...subhanallah..subhanallah..subhanallah..nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan? ...
hari ini sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan untuk ummi abi berpuasa dan bertarawih walaupun ada malam-malamnya kita hanya bertarawih dirumah..Cerita tentang tarawih ini, ummi dan abi pernah satu malam tu bertarawih di Masjid Besi, Putrajaya...ini pun setelah ummi mendengar khabar dari Aunty Naimy tersayang.. tentang imam yang mengimami solat tarawih di sana adalah Imam muda adik Muhammad Ahmad Zahid... teruja benar ummi dan abi ni hinggakan usai saja solat tarawih..sepanjang perjalanan dari masjid ke kereta..dari putrajaya ke rumah kita di bangi..begitu tinggi dan banyak kami memasang cita-cita untuk melahirkan huffaz juga dari baitul muslim kita ni... Umar Al-Fateh Al-Hafiz..Ahmad Al-Amin Al-Hafiz...subhanallah...bayangkanlah mar, di usianya..rakan2 lain sibuk lagi bermain, tapi dia sudah mengimami sejumlah besar jamaatul muslimin...
Umar tahu...Imam Muhammad ini pada usianya 13 tahun telah terlebih dulu menghafaz kitab hadis Matan Al-Arbain himpunan Al-Imam Al-Nawawi, Matan Tuhfatul Atfal dalam bidang tajwid, 60 kaedah fiqh, syarah Matan Al-Ajrumiyah dalam nahu dan beberapa kitab saraf dalam bahasa Arab...ini juga antara cita-cita ummi dan abi...Kemudian, Selain itu, Imam Muhammad juga mahir berenang, memiliki tali pinggang hitam (Dan pertama) dalam taekwon-do, menganggotai kelab ilmu astronomi dan kelab komputer...hebatnya, membentuk seorang Huffaz yang Multi-talent..
Ummi tertarik pada kata-kata ayahnya dalam menyusun strategi untuk mengasah bakatd an kemahiran Imam Muhammad untuk berani membaca Al-quran di khalayak ramai..katanya.."Kami mencari peluang untuk membiasakan Muhammad dengan orang ramai. Kami hantar surat kepada jawatankuasa masjid dan surau, meminta kebenaran agar Muhammad dibolehkan mengaji al-Quran di masjid berkenaan sebelum Solat Jumaat dimulakan. Jadi kami ada strategi, membiasakan Muhammad dengan audien berskala kecil sehinggalah besar. Ia dijadikan sebagai satu bentuk latihan kepadanya,"...
Begitulah umar amin...melahirkan seorang anak yang hebat, sebenarnya penyusunan pendidikan anak-anak itu sendiri perlu hebat..mungkin dari cara Imam Muhammad di besarkan serta kaedahnya, boleh dijadikan panduan buat ummi dan abi kan...Ummi teringat kata-kata pakcik rosdi dalam seminar hari tu, ".untuk melahirkan anak-anak kita menjadi seorang mukmin, kita kena plan betul2..menjadi mukmin bukan boleh jadi macam tu saja, tetapi ia perlu kepada perancangan. mak dan ayah...kena plan how make your child as a mukmin.."
Semoga Allah bantu dalam perjalanan melalui setiap marhalah pendidikan ini..
fi amanillah..





New Born
1 comment:
ASsalam,Hanisah.Tak terlambat lagi akk nak ucapkn Slmt Bpuasa.
Maaf dh lma tak ksini,tak sedar yg Umar sudah punya adik-Ahmad.
MOga Allah memberkati hidup Hanisah sefamily dan dpmudahkn segla urusn.
Salam Rindu dari Egypt.
Post a Comment