Sahabat Setia

Wednesday, August 24, 2011

From now towards....

Assalamualaikum buah hati ummi dan abi...

Apa khabar umar dan amin? Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Sudah lamalah ummi dan abi tak meninggalkan catatan bisu disini. Sebenarnya umar,amin..Bulan ramadhan ini menjadikan ummi dan abi lebih sibuk kerana kesedaran bahwa bulan ini bulan perubahan..bulan tamrin dan tarbiyah untuk kita saling berlumba meningkatkan amal.amat rugilah mar jika kita tidak merebut peluang-peluang mendapat rahmat dan pengampunan Allah dibulan barakah ini.bak kata sahibah ummi, cheqna..bulan ramadhan ni..macam Hujan pahala. Buat 1 amalan baik, digandakan Allah swt dgn seribu pahala. Subhanallah..hm insyaAllah mudah2an amalan yang xseberapa ini diterima oleh Allah swt..

Sudah hampir seminggu ummi memulakan chambering di legal firm yang tidak jauh dari rumah kita. Latihan yang perlu ummi jalani dalam tempoh 9 bulan untuk mengutip kemahiran sebelum ditabalkan sebagai peguamcara dan peguambela malaya..kata abi, ummi kena kuat =) ummi hajatkan doa dari abi,umar amin dan semua..agar dipermudahkan segalanya oleh Allah swt. Kamahiran dan kepakaran ini perlu kita nak guna untuk membangun dan memajukan islam. Bak kata bait2 nasyid tu .."jikalau islam dipuncak tinggi,akanku terus jua mendaki..jika islam dihujung dunia, kerna islamku terus berjuang..." kata2 ini ummi letak pada meja kerja ummi..sebagai pembakar semangat.. ^_^

Biar islam boleh tumpang pada bakat dan kemahiran kita....insyaAllah.

Tentang umar dan adik, kita masih akan berjumpa tengahari seketika sebelum Ummi mula kerja lagi petangnya dan tamat pukul 5pm..seronoknya ummi dapat balik
Rumah tengahari untuk temani umar dan adik..tengok adik yang semakin suka diagah..dan umar yang banyak cakap dan umar yang suka main kereta dan toolsnya... =)

From now towards..beginilah dulu rutin kita mar..semoga Allah swt sentiasa meredhai kita sekeluarga..

Okeyla..insyaAllah ummi sambung lagi..salam Sayang..


Office : 12.25 pm, 25 august 2011

No comments: