Sahabat Setia

Monday, November 14, 2011

Menguasai Al-quran



Assalamualaikum wrh... 

Umar dan Ahmad yang sentiasa didoakan.. Semoga kalian berdua sentiasa sihat, ceria dan gembira..Alhamdulillah, masa terasa begitu cepatnya berlalu. Abi yang semakin sibuk dengan kerja-kerjanya..Begitu juga ummi, semakin hari semakin bertambah perkara yang ummi pelajari. Melengkapkan ilmu2 perundangan bahkan ilmu2 lain juga, rupanya tidak cukup dengan hanya kita belajar di perkarangan sekolah semata-mata, bahkan di luar sana..lebih banyak yang masih perlu kita pelajari dan tekuni. Semakin hari, semakin bertambah ilmu baru...semakin bertambah juga pengalaman..kerana itu sebenarnya, apabila kita merasa susah, itu sebenarnya kita dalam proses untuk belajar dan memahami bidang tersebut. Apa yang boleh ummi katakana disini, kita sama-samalah kuatkan semangat meskipun susah dan sesukar mana proses yang kita lalui, kita bersabar sajalah..insyaAllah, kesusahan pasti akan berlalu..dan kita akan makin memahami. Barulah Berjaya proses pembelajaran kita. 


Samalah keadaannya pada Umar dan Ahmad. Semenjak umar belajar naik turun tangga, ummi akan selalu pimpin tangan umar sambil kira anak tangga dalam bahasa Inggeris atau Arab..masa berganti masa, hinggala sekarang..tiba2 ummi dengar Umar sendiri yang turun tangga sambil kira one..two..thee, four...selepas tu...berteraburlah dlm ayat umar. Subhanallah gembira sungguh hati ummi. Sekurang2nya, umar dha pandai kira anak tangga. Tak mengapa tak pandai kira penuh lagi. InsyaAllah sekurang2nya ummi tahu Umar sudah belajar perkara baru kan..sekarang, ummi dan abi praktiskan inisetif yang mungkin telah diamalkan oleh ibu2 lain..iaitu menampalkan huruf2 hijaiyah di setiap dinding2 rumah kita. Tempat tumpuan tentulah di ruang main umar, tangga dan dapur..Alhamdulillah..rupanya bila kita lekat didinding flash card tersebut..setiap masa pembelajaran boleh berlansung indirectly..Bukan setakat umar, malah bila ummi dukung amin, sambil ajar umar huruf2 di dinding..Amin pula beriya2 senyum dan bunyi suara.. =) 

Amin dah pandai nak makan biskut...


Beberapa minggu lalu, Allah izin, ummi dan abi berkesempatan mengikuti Kursus pengajaran Al-quran kepada bayi oleh Lina Karim, Ibu kepada darwisy dan Darwisya. Seronoknya mempelajari ilmu baru dalam pendidikan anak-anak. Ummi dan abi rasakan kami seperti dah terlalu lambat untuk mulakan pengajaran yang konsisten untuk Umar. Tapi xmengapa, insyaAllah..Allah pasti akan beri masa, jika kita berhajat kepadanya. Sekarang ni, umar baru nak mula betul2 kenal huruf Hijaiyah dan Iqra 1. Tak mengapalah ye mar...kita mulakan perlahan-lahan..InsyaAllah, Allah pasti akan bantu.. 



Untuk Amin, amin kena mula lebih awallah.. Sememangnya cita2 ibubapa sentiasa menggunung tinggi buat anak-anaknya cumanya adakah cita-cita itu tinggal cita-cita saja atau ibubapa memainkan peranan utk memastikan cita2 itu tercapai...Semoga Allah swt kekalkan semangat dan hajat ini..mudah2an, Umar dan Amin mampu menjadi anak2 yang hafaz Quran. Ummi tertarik pada kata2 Lina Karim, bahawa anak2 yang hafaz quran, dia akan mudah mempelajari ilmu2 lainnya. Kerana Ilmu al-quran adalah satu bidang keilmuan yang sukar untuk dipelajari..alangkan ilmu yang sukar ini pun mampu mereka kuasai, apatah ilmu2 lain lagi insyaAllah pastilah tidak sesukar mana... pendek kata, dalam mempelajari apa jua bidang keilmuan, memerlukan kesungguhan, keazaman dan pengorbanan ....Dari banyak sudut, ummi mengangumi dirinya kerana Allah swt pilih dia untuk memiliki semangat dan keazaman seperti itu. Cita-cita agar anak-anak menguasai Al-quran dan beramal dengannya, cita-cita apakah yang lebih tinggi dari ini...? 

Amboi..sedapnye..selesa je amin makan tanpa gangguan abg umar. Sebab abg umar pun dapat makan biskut Amin.. =)


insyaAllah..jika Allah izinkan, dilain masa..ummi sambung lagi ye...semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dan menetapkan hati2 kita untuk terus berada di atas toifah nabi saw...Hanya Jalan ini yang akan memastikan kejayaan didunia dan akhirat..insyaAllah..



Ummi abi sayang Umar Amin..
nahnu nuhibukunna fillah..

1 comment:

Hani said...

Ummi abi sayang Umar Amin..
nahnu nuhibukunna fillah..


nahnu nuhibbukuma Fillah