Sahabat Setia

Showing posts with label Umar dan Amin. Show all posts
Showing posts with label Umar dan Amin. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Explorasi Alam


"meskipun jalan ini (dakwah & tarbiah) panjang, kita akan terus merintisnya perlahan-lahan.."


Salam sayang buat kedua anakanda yang sedang membesar Umar dan Ahmad..

=) makin hari makin banyak taklifan ummi dan abi..makin kurang masa ummi abi untuk mencatat disini. beginilah lewat kehidupan kita umar dan ahmad..tidak akan selamanya begitu. dalam fasa-fasa kehidupan itu, ada proses dan perubahan-perubahan yang perlu kita lalui..hanya kita doakan semoga dalam melalui proses itu, Allah swt tetapkan hati kita dalam iman dan ubudiyyah kepadanya InsyaAllah.. bila difikirkan kembali, rasanya ummi kena lebih tanamkan azam untuk kembali aktif menulis seperti dulu.. =) lazimnya mar, bila menulis secara tak lansung kita memperingatkan diri kita sendiri..dan menajamkan lagi ingatan kita terhadap apa yang kita baca dan dengar.. mudah-mudahan Allah swt istiqamahkan ummi dan abi...

Esok, Umar Al-Fateh genap berusia 3 tahun... ummi masih berfikir2 apalah hadiah untuk Umar nanti. Bila di tanya pada umar :-

Ummi : Umar, hadiah ulangtahun umar nanti, umar nak apa?
Umar : Umar nak aeroplane...

dilain waktu, bila di tanya lagi...

Ummi : Umar, hadiah ulangtahun umar nanti, umar nak apa?
Umar : ermm.. umar nak ultramen...

begitulah berulang-ulang. makin diulang tanya, makin lain dijawabnya.. =) moga Allah kurniakan umar ketetapan hati ye.. mungkin sebab itu, ummi masih belum belikan apa2 hadiah untukmu..insyaAllah, jika mengikut perhitungan abi, abi mahu hadiahkan satu suit lengkap pakaian untuk umar menunggang kuda.. insyaAllah, apa jua sekalipun, ummi abi harapkan..biarlah pelaburan kepada Umar dan Ahmad, disana ada manfaatnya buat kalian, agar pelaburan itu beroleh rahmat Allah swt.. mudah-mudahan ia adalah sedekah yang diterima Allah swt..

ohya, ini ummi titipkan gambar2 kalian di waktu tamrin di janda baik tempoh hari.. sebenarnya, walaupun ummi tak dapat masuk dan duduk sekali dalam penyampaian2 program tersebut, tapi kupasan balik abi dan atuk, lengkap, seakan-akan ummi duduk sekali mendengar dalam program itu.. =) syukran buat abi dan atuk.. 




abang umar buat apa tu.... (amin)



Adik jalan-jalan dulu, abang umar nak rehat kejap...





Teruskan berjalan, jika berhenti sekalipun, itu cumalah untuk rehat seketika..berhenti terus, tidak wujud dalam kamus seorang pejuang.. Ingat tu Umar.. 





Ahmad yang begitu seronok dalam meneroka alam, bebas sendirian....
Bgeitulah seharusnya ahmad..jangan sekali gentar..




masih seronok meneroka sendiri.. yea, ummi bagi saja peluang itu, supaya ahmad juga boleh merasai...betapa nikmatnya 'bebas'.. 



Tidak kira apa jua mendatang, yang penting kekuatan kita adalah dengan bersatu...




Ingat pesanan ummi, sekuat2 bangsa sekalipun, bila mereka berpecah belah, mereka akan menjadi lemah...
tetapi selemah-lemah bangsa, apabila mereka bersatu padu, mereka akan menjadi kuat..



begitulah seharusnya...




berfikir2...jadi da'e kecil ya.. 


Umar, ada beberapa perkara yang menggembirakan hati ummi abi saat ini..

Pertamanya, umar sudah pandai berdiplomasi. Apa saja, boleh dibawa berbincang. seronoknya bila budaya ini makin hidup. Kita boleh berbincang tentang hal2 makanan, mainan, waktu yang sepatutnya kita bersiar2, tentang pakaian yang umar nak pakai atau tentang kisah2 kartun yang umar sukai.. walaupun hanya hal2 ini, tapi bagi ummi, ummi sangat suka... walaupun adakalanya umar tetap juga akan menangis dan meragam, ummi faham kerana umar masih anak kecil..tetapi sekurang2nya umar sudah belajar untuk berbincang....

Yang keduanya, Umar sudah hafal beberapa surah pendek..Al-kausar paling lancar. Al-ikhlas, An-nas, Al-fatihah masih memerlukan leading. tapi umar sudah boleh sambung dengan lancar..

Yang ketiganya, umar rupanya sedar tak sedar dah banyak hafal zikir2.. ummi sedari ini bila waktu nak tidur, ummi bacakan zikir, umar dengan lancarnya baca satu persatu.. ini amat menggembirakan ummi.. Ummi teringat kemungkinan benar formula yang mengatakan usia anak-anak seawal lahir sehingga 2 tahun adalah usia dimana mereka merakam dan mengumpulkan input..subhanallah..hebat Allah buat otak anak-anak kecil....ahsanta. moga Allah pelihara zikir2 dan surah2 tersebut dalam dadamu...

keempat, Umar sudah mengingati Nama-nama 4 sahabat nabi saw.. dan sekarang sedang proses mengingat nama-nama Rasul pula insyaAllah...

Ummi dan abi sentiasa mendoakan, agar Allah swt membantu proses pembelajaran dan pembentukan peribadi soleh dalam diri umar dan Ahmad..agar kalian menjadi jauh lebih baik dari Ummi dan abi, dna tidak mengulangi kesilapan2 yang kami lakukan...semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya.. amin..



Wednesday, September 26, 2012

Passport



First Time Umar ambil Gambar Passport... Sebelum tu sibuk umar tanya..'nak buat apa tu'.. 





Ahmad seperti biasa, sukar sekali nak duk diam. ada shaja acara yang mencuri hatinya. 
tapi geram juga ummi bila pakcik yang ambil gambar ni, main snap sahaja tanpa bagi peluang anakanda kecil berdua ini, betul2 ready..

Hasilnya, beginilah......


Sorang mulut ternganga sikit...


sorang lagi mata ke bawah sambil mulut ternganga juga...


Biasanya, kita hanya travel dalam negeri sahaja. Jalan-jalan, sambil rehat, sambil melalui proses-proses yang berbeza dalam setiap perjalanan.. Kali ini, kita berjaulah ke tempat yang jauh sedikit dari kebiasaan kita.. Mudah-mudahan Allah redha dan mempermudahkan program ziarah kita.. biiznillah...




Wednesday, August 29, 2012

sudah lama tak mencoret

Salam sejahtera buat kedua putera hati ummi dan abi...
Alhamdulillahirobbil 'alamin..syukur yang tidak terhingga di atas nikmat2 Allah swt yang melimpah ruah..Mudah-mudahan nikmat dan rezeki ini diberkati olehNya selalu. Itulah yang paling penting..Sedikit tetapi berkat.. Banyak asalkan berkat..begitulah kehendak kita pada kehidupan yang singkat ini...

Sebulan ummi, abi, umar dan ahmad menjalani bulan ramadhan. Seperti kata abi, Ramadhan kali ini lain sedikit dari biasa..Terlalu sekejap sehinggakan amalan tak seberapa, sedar2 dah sampai ke penghujung ramadhan..masyaAllah..memang menyedihkan bilamana kita berhajat pada sesuatu namun daya dan alasan membataskannya..inilah apa yang kita doakan.."ya Allah, sampaikanlah kami kepada amalan-amalan hambaMu yang soleh, bekalkan dengan rahmat dan kasih sayangMu, sehingga tiada yang melambatkan kami dari mendekatiMu ya Allah.."

Sebulan ramadhan, Umar mulanya dijangkiti Chicken Pox..seminggu baik, kemudian adik pula kena hal yang sama..Alhamdulillah'ala kulli hal, kedua-duanya baik belaka. Syukurla, Allah berikan ujian sedikit sahaja. Walaupun pada adik, ada juga tinggal parut sedikit di dahi, gara2 adik selalu menggarunya. =) ...


Friday, July 27, 2012

Chicken Pox

Salam Ramadhan Kareem buat Umar dan Amin...
Alhamdulillah, sudah masuk 6 hari kita berpuasa...seronoknya bila menjelang bulan Ramadhan. Meriah benar rasanya. Apa taknya, sibuk menghidang juadah berbuka, kemudian bersolat terawih, baca quran, dan sibuk pula di awal pagi untuk solat sunat dan kemudiannya makan sahur.. Memang menyeronokkan bulan ini.. Dan ummi, umar dan amin pula, seronok juga kerana abi banyak bersama kita.. dapat menunaikan ibadah puasa bersama-sama..alangkah nikmatnya nikmat Allah swt...


Umar sudah masuk 2 minggu kena Chicken pox..Alhamdulillah sudah semakin recover. Syukurlah tak banyak sangat naik biji2 tu.. Abi sms kan lagi jadual makan ubat umar kerana kata abi, anti-virus tu perlu diberikan tepat pada masanya untuk kesan yang lebih aktif..Allah izin jua...Sejak tahu umar kena chicken pox dulu, sibuk ummi search internet bagaimana cara mengubatinya. ada orang kata melalui minum air kelapa banyak2..ada juga kata kena sapu bedak sejuk untuk hilangkan kegatalan..dan ada juga kata kena siram dengan air beras...=).. semuanya ummi cuba buat, disamping berikan ubat2 yang abi sediakan tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, cepat jugala umar sembuh...


Adikla yang paling seronok.. tengok abang umar pakai bedak sejuk, dia sibuk nak kopek bedak yang keras tu..sibuk nak try makan.. ish2.. adik2..itu bukan makananla syg..tak semua benda, amin boleh cuba rasa... =)


Kasihan ummi abi tengok sewaktu umar kena chicken pox.. tp tak mengapalah, semoga selepas ini badan umar lebih kuat dan sihat... hampir seminggu lebih jugala umar tak pergi sekolah, xkeluar rumah.. =) doa ummi, semoga adik tidak lagi berjangkit, tunggulah sehingga raya.. walaupun semua org tahu, adik lah orang yang paling high potential untuk dapat chicken pox, next to umar.. =) apapun jua, Allah lebih tahu mana baiknya....


salam sayang...

Sunday, July 22, 2012

Dua Beradik









DUA ANAK KECIL INI..
PENGHIBUR HATI..

ADA MASA
BUAT UMMI DIA PENING..

ADA MASA..
BUAT ABI DIA GERAM..

ADA MASA
BUAT KAMI BERDUA KETAWA
DENGAN KELETAH YANG TAK HABIS-HABIS..

YANG TERNYATA PASTI...
DUA ANAK KECIL INI
AMANAH BUAT UMMI ABI NYA..

YANG PERLU DIDIDIK UNTUK MENGENAL ALLAH DAN RASUL
SEAWAL USIA, AGAR CINTA ITU KEKAL DAN UTUH HINGGA AKHIR WAKTU..




Thursday, July 19, 2012

Aktiviti dalam bilik

Aktiviti Umar amin selepas maghrib....
Cari dulu apa mainan nak main..






tidak sampai 5 min dalam bilik, bilik sudah jadi 'full house'.. 
Bila bilik dah macamni.. baru nak start ambil iqra' atau buku..





Adik masih sambung explore.. tetapi biliknya....masyaAllah... =(


Thursday, June 7, 2012

Rutin harian umar dan ahmad

Salam sayang..

Sudah tidur umar dan ahmad..kalian adalah pohonan cinta ummi dan abi... Malam ini umar dan ahmad tidur bertemankan zikir ..ya latiff hu ya latiff..mudah2an sifat maha lembut Allah swt ini menyerap dan jadi malakoh (darah daging) kalian..insyaAllah...

Seharian ummi menemani umar dan ahmad. Tahu sangat ummi apa rutin dua beradik ni. Pagi makan biskut atau buah atau kacang badam fav umarr..kemudian main2 kejap, mandi, lepas tu tengok rancangan yang ummi
Abi aturkan atau make it simple pasang Dora, timmy time, special agent oso, pororo, the robot etc. hem lepas ni ummi nak atur TV show yang lain pula utk umar dan ahmad..jeng2...

Kemudian makan pagi spt bubur nasi, atau nasi dengan tomato,carrot.fav umar dan ahmad iaitu carrot dan bayam..kemudian sambung main(kanak2 bermain itu belajar) ummi percaya teori Prof.Karl ini kerana kanak2 sentiasa belajar dari imiginasi dan persekitarannya..hm semoga persekitaran kita adalah persekitaran yang soleh dan subur dgn kasih sayang ^_^

bila zohor, umar dan ahmad rutinnya akan tidur dan asar akan bangun..main2..pusing dalam rumah, kemudian mandi dan makan petang berupa bubur atau nasi juga.kadang2 pasta, spagetti, fettuciinni etc..berubah2 mengikut stok makanan di rumah kita.

Malamnya, dengar bacaan quran sdi cd room sambil main2..masuk bilik ummi abi..umar akan lompat2 dari katil ummi abi ke tilam queennya..adik akan bersorak2 dari tepi.usai saja isyak..dua2 akan berbaring disisi ummi dan kita bersembang2 tentang pelbagai perkara.Dari nasihat2 ummi, mendengar cerita umar yang cuba utk ummi fahami, hinggala pada isu semasa, kisah2 nabi, kisah sahabah, kisah keluarga dan cerita ttg impian kita sekeluarga..(sambil adik menyusu atau adik akan panjat ummi dan umar..huuu).. Kadangkala ummi hanya akan berzikir sampai kalian tidur atau jika ummi terlalu penat dan mengantuk, ummi biar saja Syeikh Sudais atau Ghamidi atau Al-masyari Rasyid mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-quran di ipad ummi sampailah habis bateri...

Jika abi lapang dari kerjanya, pastilah rutin petang kita begini, kita akan ke taman di putrajaya sambil tiba waktu magrib kita akan bersolat disitu..kadangkala kita akn keluar bersiar2 di ibu kota. Tetapi beriadhah di taman lebih menjadi kesukaan umar kerana umar sekarang suka sangat main badminton dan bola sepak.. Jadi mukmin yang kuat ye umar & ahmad !

Sebenarnya di samping waktu lain, ummi dan abi percaya waktu hampir atau sebelum tidur adalah waktu terbaik untuk ummi menasihati, dan membentuk fikrah kalian.. Mudah2 kata2 itu tersemat di hati dan ingatan
Kalian...

Segalanya ummi abi sandarkan
Pada Allah swt jua.. anta robbi wa ana 'abduka ya Allah..




Thursday, May 31, 2012

Bermain bersama

Assalamualaikum umar dan ahmad...
Semoga kalian sihat2 selalu...sukanya hati ummi dan abi bila melihat umar dan adik membesar dengan sihat, ceria, aman dan bijaksana...bila ummi penat balik kerja.. Dengar saja suara umar dengan pelbagai idea untuk bercakap, tersenyum sendirian ummi dibuatnya.. Ahmad juga sama.. Ketuk2 bakul mainan, merangkak sambil kejar bola.. Dan gugu-gaga dalam bahasa ahmad tu..kejap2 mendekati umar untuk bersahabat..its really meaningful.. Seronok ummi melihat umar dan amin bermain. Walaupun bilik bersepah, atas lantai bertaburan mainan..ia membahagiakan ! Betapa indahnya kasih sayang dalam sebuah keluarga itu ye..

Ismukuma manqusyun fi qolbi.. =)






















Wednesday, March 28, 2012

Umar dan Sekolah, Langkah pertama Ahmad



Salam sayang buat kedua2 khalifatullah..

Umar dan Ahmad..semoga kalian dalam keadaan yang baik-baik saja. Masuk hari ini sudah hampir 4 minggu umar bersekolah. Bagaimana?.. terokailah alam pembelajaran dengan keseronokan..


Ummi teringat kata-kata ibu julia dalam kisah Love never ending’.. “Dengan membaca kamu dapat menjadi sesiapa saja yang kamu mahu, dan kamu dapat menjelajahi seluruh dunia tanpa batasan dan mengetahui pelbagai adat, budaya dan keseronokkan serta keindahan dunia ini dengan sebebas-bebasnya..Membaca sama seperti kamu pergi kemana saja dan seolah-olah kamu melihat sendiri perkara yang belum pernah kamu lihat..dan kamu dapat mengetahui apa saja yang kamu mahu...membaca dan belajar menjadikan kamu manusia yang tahu serba-serbi..” terjemahannya begitulah. Tapi ummi merasa tertarik dengan kata-kata ini. Dan dalam kisah itu, julia dan adik-adiknya cuba menghayati kata-kata ibunya dan akhirnya mereka menjadi manusia yang suka berfikir dan mencari kebenaran.. Umar sabarlah, dan cubalah belajar satu persatu. Walaupun setiap pagi ummi dan abi harus memujuk umar untuk ke sekolah, atau terpaksa berpenat mendukung umar yang menangis tidak mahu ke sekolah..tak mengapa. There is no reason for both of us to give up. Ummi yakin, atas usaha walaupun sedikit, Allah pasti menilainya sekiranya kita ikhlas.. 



Kalau umar nak tahu bagaimana umar setiap kali ke sekolah, beginilah kisahnya. Setiap pagi, ummi abi harus setkan mid setting umar bahawa umar akan ke sekolah pagi ini. Kemudian siap2kan umar sambil berpesan banyak perkara.. dan ummi biasanya akan menghantar umar ke sekolah yang selang beberapa pintu saja dari rumah kita. Umar biasanya akan bawa ball atau makanan kesukaan umar. Dan sampai saja di pintu pagar sekolah, umar akan mula tunjukan mood untuk tidak ke sekolah. Dan aunties akan cuba pujuk dengan pelbagai gaya. Barulah umar akan masuk ke pagar sekolah dengan baik. Jarang2 sekali umar akan menangis juga. Ummi fikir ini proses adaptasi umar dengan suasana yang lebih sistamatik dan tersusun. Berusahalah ye mar. X mengapalah menangis, umar masih kecil.. =) itu jika ummi yang hantar. Jika abi yang hantar umar.. haa..meraung2la umar taknak ditinggalkan abi... 



Kata guru umar, umar masih dalam proses adaption. Masih tak dapat ikut peraturan pembelajaran. Contohnya sewaktu belajar bermain block, umar susun sekejap..selebihnya umar dah start buat benda lain, atau campakkan block2 tu, atau pergi ke tempat kawan untuk tengok kawan lain buat..ada waktunya umar berlari2 dalam kelas walaupun sepatutnya perlu duduk dan menjalani waktu permainan dengan baik... =) tapi sewaktu latihan sukan untuk Hari sukan minggu hadapan, aunties kata umar pandai main bola. Pandai kick dan pandai main basketball.. betul ke ni?...alhamdulillah...apa jua bidang, cuba2la mahirkan diri.. segalanya mungkin bila ada kemahuan.. betul x?...



Inilah proses .... 



Semoga Allah swt kurniakan kesabaran buat kita ye. Ummi dan abi xsabar menanti saat2 dimana umar sendiri yang xsabar2 nak ke sekolah =)) sementara ini terpaksala masing2 berkorban. Adik pula?... 



Adik dah tumbuh 4 batang gigi..sudah seberat 8.3Kg di usia 9 bulan lebih. Dan tanggal 24hb Mac 2012, adik sudah boleh melangkah dengan sendiri sebanyak 5,6 langkah. Alhamdulillah. Betapa seronok dan terujanya ummi lihat adik dengan senyum2 berjalan. Terus ummi call abi ditempat kerja. Begitulah adik, yang kedua tetap yang teristimewa di hati ummi abi. Adik sekarang dah pandai macam-macam. Terutama bab tiru abang umar marah dan berebut mainan serta berebut botol susu..Kadang2 ketawa terkekek2 bila abg umar geletek atau abang umar buat sesuatu aksi. Pandai adik ambil hati abg umar ye.. 


Semoga umar dan ahmad membesar sebagai saudara yang akan saling bela membela dan saling menguatkan. 



Doa ummi dan abi semoga dalam waktu singkat kehidupan ini, kita boleh memberi manfaat kepada ummah dan islam insyaAllah. Banyakla lagi yang mahu ummi dan abi kongsikan dengan umar dan ahmad..semoga Allah lapangkan masa kita untuk lebih lama kita bercerita... 



Salam sayang...

Monday, February 13, 2012

pentarbiahan di rumah

A s s a l a m u a l a i k u m ..w r h...

Segala puja dan puji selayaknya di kembalikan kepada Allah swt, tuhan yang maha Agung, maha Hebat serta maha Pentadbir alam ini..innalhamdulillah...






Umar dan Amin, Panglima hati ummi dan abi..

Bila bacakan catatan abi, tersenyum sendirian ummi mengenangkan gelagat umar dan amin sekarang. benarla kata abi..Sudah macam2 yang umar dan amin belajar. Alhamdulillah, Allah mudahkan proses itu. Disana, ummi dan abi sedar bahawa proses membesarkan umar dan amin is actually the real tarbiyah to be a murobbi and murobbiyah to both of you..our Mutarobbi..kenapa ummi katakan 'the real tarbiyah'..sebab umar dan aminlah mad'u sebenar ummi dan abi dan bagaimana natijah kepada asuhan kami ini, akan melahirkan the future Umar Al-Fateh dan Ahmad Al-Amin..masyaAllah..betapa berat dan susahnya.





Tanya sajalah pada abimu...berapa kali ummi menangis kerana terasa berat sungguh beban amanah menjaga dan membesarkan kalian..dan berapa kali juga abi termenung fikir bagaimana solusi terbaik. Semua ini proses tarbiyah buat ummi abi. membesarkan dua khalifah Allah ini benar2 mengajarkan ummi dan abi untuk sabar melalui malam-malam dengan tangisan umar dan amin silih berganti, sabar menggendong umar dan amin bergilir, sabar menahan rengekkan dan esak tangis umar yang mahukan sesuatu..disana juga Allah mengajar bagaimana untuk menahan marah dan menguatkan semangat untuk terus didik umar memahami apa yang boleh buat dan tidak boleh buat...berulang-ulang kali harus diingatkan..










Alhamdulillah...memang benar kata atuk, mendidik anak itu adalah seni..Harus hikmah dan bijaksana. Umar tahu, rupanya...bila saat kita begitu geram dan mahu marah, dan akhirnya kita memilih untuk sabar dan memaafkan kamu, dan mencium umar seraya memberitahu bahawa ummi atau abi tidak suka umar berbuat begitu..terasa seperti melepaskan satu bebanan yang besar dari pundak kita. nah benarlah kata Rasulullah saw tu bahawa orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya. Subhanallah mmg benar ! .. 


..dan disana..banyak kali juga yang kami kalah pada perasaan marah... =(







Begitulah Umar dan Amin...
semakin membesar umar dan amin..semakin ummi dan abi cuba untuk berikan yang terbaik. Apa yang ummi abi maksudkan disini ialah dari sudut hak umar dan amin untuk mendapat tarbiyah yang sempurna. 

Ummi teringat kata-kata pakcik Rosdi ketika kursus baitul muslim dulu.."rumah adalah tempat pertama pusat asuhan iman bagi suami isteri dan anak-anak. Dimana didalamnya kita kena pastikan neraca yang kita ikuti hanyalah neraca islam..menjadikan rumahtangga sebagai pusat pentarbiahan awal anak-anak untuk mengenal islam dan amal-amal islami..dan rumahtangga yang dibina itu hanya kita nak warnai dengan warna-warna islam sahaja...' nak membina hingga ke tahapan inilah ..perlukan iltizam..

sehingga ke hari ini...ummi abi masih merangkak2 berusaha..dalam diri yang penuh kelemahan ni...Umar dan amin doakan ye...






Ohya,
Hari ini, 13/2/2012..Umar sudah pandai mengayuh basikal mini umar dengan jayanya. Alhamdulillahh..ummi sangat gembira. Sekali saja ummi ajar umar, umar sudah boleh ikut. Jika dulu, banyak kali ummi tunjukkan, umar masih tidak dapat ikut..Putera sulung ummi abi sudah besar. tersenyum lebar umar bila berjaya mengayuh basikal kecil itu.. pasti umar juga tahu sekarang nilai 'mengapa kita harus berusaha untuk mencapai sesuatu peningkatan kan..? sebab kejayaan setelah kesusahan yang ditempuh itu...manis ! ..

sekian dulu....salam sayang dari ummi dan abi

Monday, January 30, 2012

As-seenu lana...



ASSALAMUALAIKUM WRH.. 




Kaifahaluk? 



Umar dan Ahmad yang ummi abi kasihi..Doa ummi abi, semoga kalian sihat-sihat selalu, ceria dan gembira. Semoga Allah menaungi keluarga kita dengan rahmat dan kasih sayangNya.. 



Hm. Coretan ummi, banyak rasanya yang mahu ummi kongsikan pada umar dan ahmad. ‘Ahmad’..panggilan kami untuk amin bilamana amin sedang gembira atau menangis. Dan amin tahu2 saja itu panggilan untuk amin. =) . Semoga amin segera membesar dengan soleh dan bijaksana dan menjadi saudara yang baik buat abangmu..Umar Al-Fateh.. 




Umar sekarang ummi dan abi dedahkan pada aktiviti menunggang kuda di hujung minggu. Kebetulan kenalan abi yang baik hati mengalu-alukan umar menaiki kuda-kuda peliharaannya.Suka benar hati kami.Memang besar hajat ummi abi untuk menghantarkan umar ke Kelas Menunggang Kuda. Sekarang, meskipun bukan kelas dan sekadar aktiviti hujung minggu, tapi Alhamdulillah..Allah berikan umar kesempatan emas. Sungguh baik Allah swt pada Umar. 







Alhamdulillah, sekarang umar semakin berani menunggang ibu kuda. Apa namanya, ummi sudah lupa. Ditemani abi dan ‘abg din’..umar semakin seronok di atas kuda sambil berpusingan di ladang. Berani dan kuatkan hatimu umar..Umar anak lelaki..Harus kuat, pantang menyerah ! =)…Lihat adikmu Ahmad…dia begitu teruja melihat Umar menaiki kuda..Dia juga pasti menyukainya..insyaAllah.. 



As-seenu lana… =)

Buat Umar dan Ahmad untuk dihayati….

Negeri Cina kepunyaan kami, negeri arab kepunyaan kami,
Al-Islam adalah cara hidup kami,
India milik kami n kesemuanya milik kami,
Seluruh dunia adalah tanah air kami,

Mentauhidkan Allah cahaya kami,
Kami sediakan roh utk menyambutnyaa,
Dunia kan hancur tetapi tidak akan terpadam,
(keagungan kami) dari catatan zaman,

Bumi ini rumah peribadatan kami.
Rumah yg pertama ialah kaabah kami,
Itulah rumah pertama yg akan kami jaga,
Akan kami jaga dgn hayat n roh,

Dibawah naungan Islam kami dididik,
Kami bina kedaulatan Negara kami,
Alam Islam yg telah berlalu,
Menjadi kebanggaan kebesaran kami,

Seruan muslim telah menyebabkan,
Kegemparan dibarat kerana kemuliaan kami,
Katakan kepada langit sesungguhnya,
Ketinggian kami melebihi bintang,

Wahai sejarah kau telah menguji dengan..
Api kesulitan keatas keazaman kami,
Taufan kebatilan gagal mengaramkan..
Kerana ketakutan kekuatan kapal kami!

Wahai naungan taman andalus,
Lupakah kau yg kita pernah bersama,
Dan dahan-dahan serta sarang burung,
Memenuhi kebangkitan perlembagaan kami,

Wahai dajla sudahkah kau tuliskan,
Diatas pantaimu tanda-tanda kebesaran kami,
Ombakmu memberi sumbangan kepada dunia,
Dan mengulangi mutiara sejarah kami,

Wahai bumi cahaya dari dua tanah haram,
Wahai tempat lahirnya syariah kami,
Taman islam dan pohonya yang rendang,
Darah kami telah membasahi tanahmu



Anak Kambing yang baru seminggu lahir...Umar panggil dia...'amin'.huhu..
maybe umar nak maksudkan dia adalah baby seperti amin..

Wednesday, January 25, 2012

Love for no reason...




Bismillahirahmanirahim... 



Alhamdulillahi robbil’alamin..syukur yang tidak terhingga di rafakkan ke hadrat Allah swt..di atas nikmat-nikmatNya..Rahmat dan kasih sayangNya buat kita sekeluarga..Dalam kepayahan, Allah swt tetap titipkan kita kebahagiaan..Kita masih mampu tersenyum dan ketawa bersama..Alhamdulillah ya Allah..kekalkanlah kebahagiaan kami, kuatkan hati kami dan tetapkan kami di atas jalan iman dan islam yang indah dan nyaman ini... 



Umar dan Amin yang ummi abi cintai selalu... 



Subhanallah, tak sangka ummi..abi telah coretkan puisi buat anak-anak pertama hatinya ini. Walaupun sememangnya ummi tahu sejak dulu, abi pandai mencoretkan kata-kata yang indah yang boleh membuatkan ummi sering tersenyum sendiri..dan ummi membaca bait-bait katanya berulang-ulang kali..Cuma kini..masa begitu mencemburui waktu-waktu romantis itu..sehingga abi agak sibuk dan jarang sedikit dapat mencoret kata2 buat Umar amin khususnya. Tapi abi selalu beritahu ummi... Abi sangat menyintai kalian..sangat mengasihi dan sentiasa meredhai umar dan amin.. ^_^ 



Jika umar dan amin ingin tahu..Abi adalah insan yang Allah beri kekuatan dan kelembutan dalam mengendalikan keluarga kecil kita. Umar tahu, abi selalu menggendong umar diwaktu tengah malam saat umar kencing malam dan bocor..Abi juga yang sering bangun malam untuk membancuhkan susu umar..dan yang selalu mengulit dan menepuk umar saat umar bermimpi dan menangis di malam hari. Abi juga yang sering merawati umar, yang bertahan saat umar berkeras tidak mahu makan ubat..kerana qudrat ummi tak mampu menahan umar..dan abi juga yang selalu mendukungmu bila umar merengek dan badmood. Kerana ummi terpaksa menjaga adik yang masih menyusu..



Abi berbuat begitu tanpa mengeluh dan mencari alasan kerana abi mahu membantu ummi dan abi sangat menyintaimu..abi juga menyintai adik, Cuma adik lebih ringan dan abi letakkan adik dalam dukungan ummi untuk tidak memberatkan ummi..Syukur alhamdulillah, bagi ummi..abimu adalah anugerah dari Allah..kerana itu hati ummi selalu tenang bila disisi abi...ye sudahla. Ummi selalu tersenyum sendiri bila mengenangkan abimu…. =) doa ummi selalu agar umar dan amin, mewarisi kelembutan dan kesolehan abi dalam melayani ahli keluarga.. Sabda Rasulullah saw ‘“Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka”… 



Ohya, Amin sekarang sungguh laju merangkak. Sudah masuk 8 bulan sejak semalam. Amin asyik nak berdiri dan bertatih saja. Pada pengamatan ummi dan abi, amin lebih advance dari abang umar dari segi meniarap, merangkak dan berjalan..kalau abang umar, 8 bulan baru nak merangkak..10 bulan baru nak mula berjalan dan tepat 11 bulan abang umar berjalan dengan lajunya..Amin pula bagaimana nanti ye?..semoga Allah bantu Amin dalam step terpenting ini. Usaha lagi ye. Ummi dan abi tak akan pernah jemu untuk memimpin tangan amin.. 



Umar pula sekarang sungguh banyak cakapnya..ada yang ummi abi fahami..ada juga yang tidak difahami. Tak mengapa..ummi abi sangat suka mendengar celoteh umar. Umar sudah boleh baca 1-10 dalam bahasa inggeris..1-6 dalam bahasa arab..juga sudah boleh baca huruf2 hijaiyah..dan sekarang umar sungguh ralit mengajuk skrip cerita Dora The explorer versi bahasa arab..MasyaAllah..semoga kamu belajar dengan gembira ye mar...ummi dan abi sangat terhibur mendengar suara emas umar menyanyi2 dan mengira.. 


Begitulah umar dan amin..selagi kita dihidupkan Allah swt atas dunia ini, kita tidak dapat lari dari proses belajar. Kita akan sentiasa melakukan kesilapan, dan belajar dari kesilapan tersebut untuk apa?..To be a better person..dan kata Saidina Ali R.A.W bahawa sebaik-baik mukmin itu adalah yang mana hari ini mereka lebih baik dari semalam, dan esok mereka lebih baik dari hari ini.. 


Semoga umar dan amin membesar menjadi anak yang soleh..yang taat pada Allah swt dan juga mentaati ummi dan abi..doakan kami selalu...


salam sayang....

Sunday, January 15, 2012

Umar dan Rota Virus



Assalamualaikum wrh…Umar dan Amin yang ummi abi kasihi…. 

Salam sayang buat anakanda berdua..Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan pada Allah swt di atas segala nikmat-nikmat serta kasih sayangNya buat kita sekeluarga…tidak putus-putus..masyaAllah..anta rabbi wa ana ‘abduka..ya Allah.. 

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw..para sahabat baginda radhiyAllahu anhu..Semoga dengan RahmatNya, kita terus istiqomah berada di dalam toifah Nabi saw…tidak jemu dan juga tidak futur.. mudah-mudahan…. 



1st day...

Umar.. 

Minggu lepas, Allah swt menguji kita dengan kesihatan Umar dan Amin. Pada hujung minggu lalu umar dijangkiti Rota Virus, iaitu muntah dan cirit-birit yang berterusan sehinggakan umar tidak lalu makan dan lemah. Saban malam abi dan ummi akan berjaga kerana umar menangis dan muntah2 serta BO. Alhamdulillah abi begitu berdisiplin memberikan umar ubat walaupun umar sentiasa menangis kerana tidak mahu makan ubat. Jauh disudut hati ummi dan abi sangat sedih melihat umar tidak sihat dan badan umar juga panas dan lemah. Sehinggala akhirnya abi buat decision untuk admit umar ke KPJ kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Kata abi badan umar sudah banyak kehilangan air dan garam..kerana itu umar demam dan lemah saja. Tak sanggup rasanya hati ummi melihat umar dicucuk lagi seperti dulu. Tapi abi tenang saja. Mungkin kerana abi lebih tahu konsistensi kesihatan umar berbanding ummi… 



Semalaman umar disana, ummi abi serta adik sentiasa disisi umar. Bila demam umar kebah, umar akan ketawa, senyum, bercakap2 dengan rancaknya, main2 bola dan gurau2..tapi bila suhu badan umar panas lagi..Umar hanya diam dan tidur saja.. Sayu rasanya hati ummi. 




Amin tertidur di atas katil Umar..keletihan seharian menemani umar di bilik ..

Alhamdulillah, keesokkannya umar lebih ceria dan bertenaga..Abi minta dengan doctor untuk bawa pulang umar dan pantau sendiri di rumah..Sampai saja di rumah, Umar terus landing di katil umar dan cium bantal yang selalu umar guna. Amboi..Umar pun tahu rindukan rumah ye..Alhamdulillah..alhamdulillah…Allah pulangkan keceriaan dan kecerdasan Umar...beberapa hari kemudian, adik pula yang kena cirit birit. Kasihan adik. Sebelum ini adik sabar saja menanti umar bangun untuk bermain..sekarang adik pula demam dan cirit birit.. Kata abi, rota virus adalah virus yang mudah berjangkit terutamanya jika di nursery.. Cuma Alhamdulillah adik dalam keadaan yang ok sebab adik masih menyusu badan dengan ummi. Cuma kasihan sebab adik demam. Sekejap panas..sekejap Ok.. 



2nd day..umar dah siap2 nak pulang ke rumah...syafakallah..


Pendek kata, minggu lalu dan sehingga kini…Ummi dan abi susah hati sentiasa memikirkan bagaimana keadaan kalian nanti. Mahu saja ummi berhenti kerja serta merta dan terus menerus jaga umar dan amin seperti minggu yang lalu… Namun apa kan daya ummi terikat pada prosedur undang-undang Malaysian Bar dan juga pada peraturan Firm ummi.. Oleh itu ummi dan abi hanya mampu berdoa mudah-mudahan umar dan amin selamat dan dalam keadaan yang baik di nursery. Semoga ia sementara waktu saja….kita nantikan berita gembira dari Allah swt… 


Umar dan Amin yang dikasihi selalu… 

Semoga Allah berikan kita jalan keluar yang terbaik disisiNya..Allah saja yang tahu bagaimana masa depan kita. Berbekalkan harapan itu sajalah ummi dan abi terus doa dan bertawakkal mudah-mudahan di sana ada jalan yang lebih baik untuk ummi abi serta umar dan amin.. Kalian janganla bersedih hati ye, apa yang kita lalui hari ini ia bukanlah terus kekal begini.. Allah pasti ada percaturanNya…kita yakinlah ye… 



Bismillahitawakkaltu’alaallah…La haulawala quwwata illah billah..... 



Semoga umar dan amin sihat2 selalu….salam sayang…