Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesempatan untuk terus menabur benih2 iman di ladang sementara ini...hasilnya yang pasti adalah akhirat kelak...mungkin dalam kehidupan di ladang ini, Ar-Razzaq memberi peluang merasai natijah tanaman tersebut..satu dari berjuta-juta nikmat-nikmatNya di syurga..
Apa khabar umar dan amin. Doa ummi dan abi semoga kalian baik-baik selalu. Ceria, bahagia..sihat sejahtera dan tenang membesar di ruangan rumah kita. Sungguh cepat masa berlalu..Umar sekarang sudah 2 tahun 1 bulan. Amin pula sudah 6 bulan..Banyaklah perkembangan Umar dan Amin yang mahu ummi catatkan satu persatu disini..semoga ada kelapangan untuk ummi berbuat demikian.. =) pasti ia akan menjadi diari pembesaran umar dan amin nanti..
Sedikit perkembangan Umar amin..
Umar sekarang aktif dan boleh tahan juga lasaknya. Suka berlari-lari, banyak cakap..percakapan umar juga Alhamdulillah improve a lot. Umar dah boleh sambung baca Alif, Ba, Ta..sampai Ya. Walaupun banyak lagi tak ingat. Kalau nak ummi abi pasangkan nasyid alif ba ta ..mesti umar akan cakap ‘nak alibaba’.. =) tentang umar dan adik, Umar masih suka usik adik. Sebenarnya tak salah umar juga..Amin yang sentiasa ketawa terkekek-kekek bila umar tutup amin dengan selimut. Tentu umar ingat amin seronok..walhal, sangat bahayala mar..u put amin at the dangerous position. Berapa kali sudah ummi dan abi maklumkan pada umar. Semoga segerala umar matang ye..^_^
Amin pula makin terserlah karekternya. Amin suka berguling-guling atas katil.Kerana katil Umar ummi abi rapatkan ke katil ummil abi, jadi amin selalu akan berguling hinggala jatuh ke katil Umar yang sedikit rendah, bila disitu barulah dia diam.. Sekarang amin dalam proses pengenalan dengan solid food. Ummi dan abi pun dah bagi amin rasa buah2an..biskut baby..Suka amin makan. Dah lama geram tengok abang umar makan ye..
Alhamdulillah, ummi abi sangat mensyukuri amanah Allah yang indah ini..’Allahumma bariik hazal walad, fil yaumin akhiri dahri...” insyaAllah. Semoga menjadi anak yang diberkati..
Memang benar, dalam halaqah ummi minggu lalu, kami bercerita tentang harapan kepada anak-anak. Simbolik disebalik itu, bahawa walau betapa tinggi menggunung harapan kita buat anak-anak, namun perlu memahatkan harapan itu pada Allah swt. Ummi dan abi akan berusaha mendidik umar amin untuk menjadi seperti mana yang kami harapkan..namun, masa depan adalah ketentuan Allah. Sebab itu, dalam berusaha, perlu bertawakkal. Kalaupun nanti, Allah tak jadikan anak-anak itu sepertimana yang ibubapa harapkan..usahlah terlalu kecewa..kerana Allah ada perkiraanNya..segalanya adalah ujian. Kalaulah ibubapa tahu betapa susah dan beratnya amanah membesarkan anak ni..
Itulah dia mar..mmg ummi abi selalu tengok2 orang2 sekitar..tgk2 keluarga ummi abi..banyak contoh2 yang boleh dicontohi..banyak juga contoh2 yang boleh diteladani dan dijadikan peringatan. Sungguh, ujian anak adalah ujian yang besar...kalau tidak, tidaklah ayah dan ibu menangis kerananya kan...
Semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita. Memang pasti ada susah, payah, perit dan pahitnya..pastilah. Jika manis selalu tiadalah indahnya..namun, ummi abi doa, agar setiap ujian itu..Allah berikan jalan keluar terbaik..dan ummi abi sabar, tenang dan tetap yakin pada Allah..Umar dan Amin adalah masa hadapan ummah !..mengingatkan inilah yang paling ummi abi risaukan... -)
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkan dan mohonkan ampun untuk mereka, bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.









New Born
1 comment:
moga menjadi pembala agama satu masa nnt.. Amin.
Post a Comment