ASSALAMUALAIKUM WRH..
Kaifahaluk?
Umar dan Ahmad yang ummi abi kasihi..Doa ummi abi, semoga kalian sihat-sihat selalu, ceria dan gembira. Semoga Allah menaungi keluarga kita dengan rahmat dan kasih sayangNya..
Hm. Coretan ummi, banyak rasanya yang mahu ummi kongsikan pada umar dan ahmad. ‘Ahmad’..panggilan kami untuk amin bilamana amin sedang gembira atau menangis. Dan amin tahu2 saja itu panggilan untuk amin. =) . Semoga amin segera membesar dengan soleh dan bijaksana dan menjadi saudara yang baik buat abangmu..Umar Al-Fateh..
Umar sekarang ummi dan abi dedahkan pada aktiviti menunggang kuda di hujung minggu. Kebetulan kenalan abi yang baik hati mengalu-alukan umar menaiki kuda-kuda peliharaannya.Suka benar hati kami.Memang besar hajat ummi abi untuk menghantarkan umar ke Kelas Menunggang Kuda. Sekarang, meskipun bukan kelas dan sekadar aktiviti hujung minggu, tapi Alhamdulillah..Allah berikan umar kesempatan emas. Sungguh baik Allah swt pada Umar.
Alhamdulillah, sekarang umar semakin berani menunggang ibu kuda. Apa namanya, ummi sudah lupa. Ditemani abi dan ‘abg din’..umar semakin seronok di atas kuda sambil berpusingan di ladang. Berani dan kuatkan hatimu umar..Umar anak lelaki..Harus kuat, pantang menyerah ! =)…Lihat adikmu Ahmad…dia begitu teruja melihat Umar menaiki kuda..Dia juga pasti menyukainya..insyaAllah..
As-seenu lana… =)
Buat Umar dan Ahmad untuk dihayati….
Negeri Cina kepunyaan kami, negeri arab kepunyaan kami,
Al-Islam adalah cara hidup kami,
India milik kami n kesemuanya milik kami,
Seluruh dunia adalah tanah air kami,
Mentauhidkan Allah cahaya kami,
Kami sediakan roh utk menyambutnyaa,
Dunia kan hancur tetapi tidak akan terpadam,
(keagungan kami) dari catatan zaman,
Bumi ini rumah peribadatan kami.
Rumah yg pertama ialah kaabah kami,
Itulah rumah pertama yg akan kami jaga,
Akan kami jaga dgn hayat n roh,
Dibawah naungan Islam kami dididik,
Kami bina kedaulatan Negara kami,
Alam Islam yg telah berlalu,
Menjadi kebanggaan kebesaran kami,
Seruan muslim telah menyebabkan,
Kegemparan dibarat kerana kemuliaan kami,
Katakan kepada langit sesungguhnya,
Ketinggian kami melebihi bintang,
Wahai sejarah kau telah menguji dengan..
Api kesulitan keatas keazaman kami,
Taufan kebatilan gagal mengaramkan..
Kerana ketakutan kekuatan kapal kami!
Wahai naungan taman andalus,
Lupakah kau yg kita pernah bersama,
Dan dahan-dahan serta sarang burung,
Memenuhi kebangkitan perlembagaan kami,
Wahai dajla sudahkah kau tuliskan,
Diatas pantaimu tanda-tanda kebesaran kami,
Ombakmu memberi sumbangan kepada dunia,
Dan mengulangi mutiara sejarah kami,
Wahai bumi cahaya dari dua tanah haram,
Wahai tempat lahirnya syariah kami,
Taman islam dan pohonya yang rendang,
Darah kami telah membasahi tanahmu
Anak Kambing yang baru seminggu lahir...Umar panggil dia...'amin'.huhu..
maybe umar nak maksudkan dia adalah baby seperti amin..





New Born
No comments:
Post a Comment