Sahabat Setia

Wednesday, March 21, 2012

Kepakaran



Assalamualaikum Umar dan Ahmad 



Semoga sentiasa berbahagia menjalani kehidupan dan pembelajaran saban hari.. Ummi dan abi alhamdulillah baik2 saja. Cuma kebelakangan ini, abi dihambat dengan kesibukan2 kerjanya..Malam abi berkejar ke Hospital untuk follow up patient..siang kalut di pejabatnya serta tugasan lain..Ummi juga begitu. berusaha mengejar dan mengaut apa saja pengalaman dalam bidang guaman ini.. beberapa waktu saja lag tamat latihan dalam kamar ummi ini. Ummi masih berkira-kira untuk memilih arah tuju yang mana.. Bekerja dan mencari pengalaman dulu sebagai seorang peguam atau pun meneruskan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi… Umar dan amin ada idea ?.. =) 



Umar dan amin, Allah rancangkan banyak perkara baru dalam hidup kita sekeluarga. Bila beberapa hari lalu ummi luahkan pada abi hasrat hati ummi untuk sambung belajar lagi ke peringkat sarjana undang-undang, Allah izin.. Abi pula yang lebih awal ditawarkan untuk further study dan berkomited dalam bidang pendidikan kedokteran. Pendek kata sebagai seorang pensyarah perubatan nanti. Semua ini menuntut pengorbanan dan tawakal pada Allah. Abi masih istikarah..Ummi juga doa semoga Allah berikan abi bidang kerja yang terbaik and forsure may it be the best decision for the sake of ummah. Disini, umar dan amin punya idea untuk abi?... 



Beginilah reality kehidupan.. selagimana kita hidup di dunia ini, Allah akan sentiasa memberikan kita banyak pilihan. Cuma tugas kita untuk sentiasa berdoa dan bergantung harap pada Allah swt.. Biarlah dia yang merancang dan dia juga yang menentukan. Itu adalah lebih baik.. kerana pilihan apakah lagi yang lebih baik melainkan pilihan Allah swt?..Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik disisi Allah dan apa yang kamu tidak suka itu lebih baik disisi Allah swt..? 



Umar dan amin juga kelak jadilah seorang yang gigih dan kuat hati mencari ilmu dan kepakaran. Dalam apa jua bidang, pastikan kita expert sebab dari kepakaran itu insyaAllah ummah dapat menumpang kebaikannya. Seperti ummi lihat paling ketara kerjaya abi dan atuk sebagai seorang dokter, bila setiapkali ada khidmat masyarakat, aka nada khidmat kesihatan percuma. Betapa gembira, riang dan rasa bertuahnya orang2 setempat yang datang ke program2 ini untuk mendapat rawatan kesihatan dan khidmat nasihat secara percuma. Banyak sungguh meringankan beban mereka..Dan mereka juga melihat akhlak dan syaksiah dokter2 islam ini. Nah subhanallah..dalam keadaan ini, betapa bermanfaatnya menjadi seorang dokter. Ummah menumpang tuah dari kepakaran kita. Begitu juga jika umar dan amin kelak menjadi ustaz mungkin..pastikan kita mendalami ilmu2 tersebut dengan sebenar-benarnya agar mampu member pandangan yang bernas dan sesuai dengan zaman..dan menjadi pelita buat ummah yang hidup dalam mendung dan kegelapan system jahiliah ini… lihat, sekali lagi..Ummah menumpang tuah pada ilmu2 yang kita pelajari… itu sajalah ringkasnya dari ummi. 



Apa saja yang kita lakukan, biarlah kerana Allah swt..untung dunia kita nak juga. Tapi untung akhirat itu yang kita hajati berganda2.. marilah kita menjadi seperti salah seorang sahabat nabi saw..Abdul Rahman Bin Auf yang pernah berkata..”aku mengumpulkan segenap hartaku yang ada, untuk aku berikan sepenuhnya untuk agama yang dibawa Muhammad ini..aku mahu mengumpulkan ia dengan lebih banyak..agar lebih banyak lagi yang dapat aku beri..”. Tetapi umar amin, janganla ini dijadikan landasan utama..kerana harus juga ingat..”betapa ramainya manusia yang diuji Allah swt dengan Harta..’ nauzubillah… 



‘ala kulli hal, marilah sama2 kita berdoa semoga Allah swt memurahkan rezeki kita..merahmati kita dan menetapkan hati2 kita di atas jalan orang2 muttaqin ini. Semoga keseronokan dan kebahagiaan dunia kita hanyala letakkan di tangan kita untuk kita genggam dan bukannya di hati kita untuk kita cintai..Yang harus kita cintai adalah kehidupan di akhirat nanti.. 



Wassalam…

No comments: